• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Sinopsis penuh drama Puteri Bukan nama sebenar, tv3

Sinopsis penuh drama Puteri Bukan nama sebenar, tv3

Zik · Apr 4, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
puteri bukan nama sebenar, poster puteri bukan nama sebenar
Ok satu slot drama terbaharu terbitan Filmscape bertajuk ‘Puteri Bukan Nama Sebenar’ dalam slot Zehra TV3 mengantikan cerita cinta illahi yang dah tamat tuh ha. Sebuah drama arahan Azma Aizal Yusoof yang merupakan pengarah untuk drama popular ‘Teman Lelaki Upahan’  & ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’. Pelakon utamanya Syarul Ridzwan dan Cristina Suzanne. Dibantu oleh Faralyana, Hafeez Mikhail, Azirah Alyanie, Aida Khalid dan ramai lagi. Apepun lakonan suzanne sentiasa tidak mengecewakan aku , dia selalu jadi watak emak muda single. Huhu memang selalu menjadi.Last masa berlakon baby ana bukan milik siapa
JUDUL : PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR
JUMLAH EPISOD : 13 Episod
TARIKH : 27 Mac 2015 (Setiap Jumaat, 9.00 malam)
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Syarul Ridzwan, Cristina Suzanne, Faralyna Idris, Hafeez Mikhail, Azirah Alyanie, Aida Khalida,
WATAK PELAKON
Syarul Ridzwan sebagai Mirza
Cristina Suzanne sebagai Puteri Laila
Faralyna Idris sebagai Alisya
Hafeez Mikhail sebagai Mikail
Azirah Alyanie sebagai Tini
LAGU TEMA / OST PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR
Lagu : Masih Berdiri
Artis : Tengku Adil
Youtube
SINOPSIS PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR.

Kisah Laila (cristina suzanne) menjalani hidup yang sukar sebagai ibu tunggal kepada Adam. Berpendidikan rendah tetapi terang hati dan suka belajar. Hutang banyak, susah juga hidupnya. Seorang yang tidak pandai bergaya dan mudah terlepas cakap sebelum berfikir. Suatu hari Laila telah berkenalan dengan Puteri, dimana Puteri telah menolongnya ketika dalam kesusahan. (beli tiket dengan ulat tiket, kena tipu pulak) Nasib baik puteri ada beli dua extra tiket sebab ketika itu, Puteri dalam keadaan sarat mengandung ingin menuju ke destinasi rumah mertuanya. Puteri baru saja kematian suaminya. Amanat terakhir suaminya menyuruh Puteri untuk datang berjumpa dengan ibunya. Masa dalam bas tuhla diaorang duk bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam hidup mereka tuh. Terus jadi sangat rapat.

Disebabkan itu, Puteri bersusah payah menunaikan amanat suaminya, Mikail. Laila yang bersama dengan Puteri di dalam bas tersebut tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir mereka. Bas yang mereka naiki hampir terbabas. Puteri mengalami hentakan dan segera dikejarkan ke hospital. Namun segalanya telah terlambat apabila Puteri dan bayinya disahkan meninggal. Pihak hospital telah menyerahkan barang2 Puteri kepada Laila. Akhirnya Laila membuat keputusan untuk menyerahkan barangan tersebut ke rumah ibu mertua Puteri.

Setibanya Laila dan anaknya ke rumah ibu mertua Puteri, dia terkejut melihat kemewahan rumah itu. Datin Zarina (aida khalida) dengan wajah serius menyapa Laila, Alisha tersenyum sinis melihat gaya Laila yang ala kekampungan itu. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang jejaka yang bermulut celupar Mirza. Makin sakit hati Laila dibuatnya. Siapa sangka di rumah agam itu, status Laila bakal berubah. Dirinya bukan lagi Laila tetapi Puteri. Laila yang tiba2 bertukar nama menjadi Puteri di rumah itu selalu saja bertengkar dengan Mirza. Mereka diibaratkan sebagai anjing dengan kucing. Apa yang bakal terjadi?? Adakah akan kantoi juga nanti??? Haaah, mesti kantoi punya..

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment episod penuh puteri bukan nama sebenar, puteri bukan nama sebenar, senarai penuh pelakon puteri bukan nama sebenar tv3, sinopsis episod akhir puteri bukan nama sebenar, sinopsis penuh puteri bukan nama sebenar, tonton online tonton.com.my puteri bukan nama sebenar

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss