Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Hilang yang kembali, Aqasha , Azhan Rani

Sinopsis drama Hilang yang kembali, Aqasha , Azhan Rani

Zik · Aug 20, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
hilang yang kembal.
Drama terbaru bersiri Hilang Yang Kembali, menggantikan drama Kerana Dia Manusia Biasa sudah habis bersiaran semalam. Drama terbitan Padi Pictures arahan Amor Rizan. Akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 20 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Bermula hari ini 20 ogos 2019.
Senarai Pelakon. 
Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran
Watak dan Pelakon 
    • Aqasha sebagai Razif
    • Emelda Rosemila sebagai Fara
    • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
    • Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
    • Zamarul Hisham sebagai Ikmal
    • Arill Fesol sebagai Danish
    • Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
    • Elisya Sandha sebagai Alisa
    • Damia Qaissara sebagai Bunga
    • Adam sebagai Danial
    • Syed Irfan sebagai  Danish
  • Nur Auni Zahra sebagai Alisa
  • Ameer Imran sebagai Randi kecil
  • Taufiq Hanafi sebagai Berahim
LAGU TEMA / OST 
Amzeeq – Hilang Yang Kembali

SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara (emelda rosemila) dan suaminya Razif (Aqasha) bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel (Nafiz Muaz)yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.  Sedih sangat waktu kehilangan anak mereka tuh.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Rafiz curiga sebab?? 

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya? Kenapa Razif macam tak percaya, adakah dia sebenarnya terlibat dalam hal ini?? Razif pun agak curiga, ada beberapa soalan yang bapaknya tanya tak dapat jawab.

Memang akan banyak flashback. Kemungkinan besar anak mereka yang 10 tahun yang hilang itu sudah mati. So Tuan Ismail ada plan beberapa game untuk mereka berdua ini dengan kedatangan Danial ini nanti. Haha.. nak tahu nanti aku update dari semasa ke semasa.

**kemaskini.

Flashback.

Tuan ismail dah mati kena bunuh dengan anak buah dia Berahim yang dah plan dari awal lagi dekat pulau tuh dengan kuncu-kunci dia tuh. Semua benda dia sebat  Danial , randi dan bunga pergi kl setelah dapat melepaskan diri dari cengkaman berahim. Diaorang dapat lari ke kl pergi rumah Danial tuh. Diaorang pergi main-main. Tapi berahim tuh mencari diaorang sampai ke rumah diaorang. Danial mati masa pergelutan dengan berahim sempat cangkuk pakai kerambit masa berahim kena tembak dengan razif. Razif pergi rendam dengan asid mayat anak dia tuh dengan berahim.

Rupanya razif nih adalah bapak segala tokan yang jadi jahat sebenarnya dia dengan ikmal tuh memang jadi jahat memperdagangkan budak-budak jual organ, anak dia dah mati pun sebenarnya. Danial adalah randi sebenarnya. Dia menyamar jadi jadi danial untuk sedapkan hati mak arwah danial nih dengan nak bagitahu hal yang sebenarnya. Boleh pulak randi nih suka dekat mak danial (last episod nanti). Randi nih ada masalah personaliti masa last tuh. Razif pun mati, randi pun mati. Tinggal mak dia jela dengan anak laki yang bongsu tuh sengal ubi kayu berlakon tak best.

 

 

Share this on WhatsApp

Drama hilang yang kembali, sinopsis drama hilang yang kembali, sinopsis penuh hilang yang kembali

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.