Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis drama Cinta Paling Indah, Alif Aziz ft Aprena Manrose rtm2

Sinopsis drama Cinta Paling Indah, Alif Aziz ft Aprena Manrose rtm2

Zik · Jun 21, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
cinta paling indah,
Saksikan telefilem Cinta Paling Indah lakonan Aliff Aziz, Aprena Manrose dan Nadia Brian pada 21 Jun ini (Jumaat), pukul 9.30 malam di TV2. Pelakon paling banyak kontroversi tahun ini, Alif aziz menemui anda malam ini dalam bulan syawal ini.  Apepun, berlakon aliff aziz memang terbaik.
JUDUL : CINTA PALING INDAH
WAKTU SIARAN : Jumaat, 21 Jun 2019, 9.30 malam
SIARAN TV : Slot Citra TV2 (RTM)
PENGARAH : Shirin Hj Khuzaimi
PELAKON : Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah
SINOPSIS CINTA PALING INDAH. 

Cerita ini bagus sebenarnya ,ada mesej yang dapat disampaikan. Cuma tuhla pelakonnya ada rasa kita rasa kureng (isu semasa). Kisahnya tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes (Aliff Aziz). Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sebelum eksiden, kehidupan Raes memang sosial semua apa dia buat.
Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah (Nadia Brian). Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi.
Macam-macam dugaan ketika Raes belajar di sekolah pondok. Mula-mula memanglah tak biasa kan. Tapi lama-lama pasti akan jadi alah bisa tegal biasa.
Raes berkenalan dengan Damiah (Aprena Manrose), gadis yang diselamatkannya ketika lemas. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian (Beego) yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian. Bangsat kau sufian dah dapat sedap kau blah macam tuh jer. Tapi nasib baik ada Raes.
Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya. Adakah Raes akan menepati janjinya ketika dia masih hidup ini??
credit to myinfotaip.com

Cinta yang paling indah adalah cinta kepada Allah SWT. Namun pengorbanan perlu dilakukan untuk merasai nikmat cinta kepada pencipta yang sememangnya sukar untuk diterjemahkan. Menampilkan gandingan pelakon utama Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, dan Beego, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan telemovie terbaharu bertajuk “Cinta Paling Indah” disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 21 Jun ini, pukul 9.30 malam.

Telemovie arahan Shireen Haji Khuzaimi ini menonjolkan sisi perubahan seorang pemuda yang nekad berubah dalam merasai erti pengajaran dan kemanisan dalam penghijrahan diri seseorang. Apatahlagi tidak semua orang diberikan hidayah dan dijentik hatinya untuk berubah.

Kisahnya tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi.

Damiah diselamatkan Raes ketika beliau lemas semasa mandi di sebuah air terjun. Damiah mencari Raes di sekolah pondok untuk mengucapkan terima kasih namun tidak dilayan Raes dan Solih menegur Raes atas kesombongannya.

Raes terkesan dengan teguran Solih dan mula berkawan dengan Damiah. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian.

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya. Damiah berkorban dengan mendesak Raes untuk mengahwini Latifah.

Kemudiannya Latifah sah menjadi isteri Raes dan selepas beberapa ketika, beliau menjadi ibu kepada anak Damiah yang dilahirkan selepas Damiah meninggal dunia. Damiah meninggalkan nota buat Raes menyatakan kesyukurannya dapat merasai ‘Cinta Paling Indah’. Usah ketinggalan menyaksikan kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik

Share this on WhatsApp

Drama Alif Aziz ft Aprena Manrose rtm2, cinta paling indah alif aziz ft aprena manrose, Sinopsis drama Cinta Paling Indah

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.