
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 April 2014
Genre: Komedi / Drama / Seram
Durasi: 2 Jam 33 Minit
Pengedar: Supreme Broadcast Intl Sdn Bhd
Pelakon: Amitabh Bachchan, Boman Irani, Anurag Kashyap, Usha Jadhav
Pengarah: Nitesh Tiwari
Format: 2D
Filem ini merupakan sequel kepada filem Bhoothnath (2008) yang terdahulu. Pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan dan juga Ranbir Kapoor ada buat cameo (penampila istimewa) dalam cerita Bhoothnath Returns ni. Bhoothnath Return kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi “Hantu Nath Kembali”. Amitabh Bachan lah yang menjadi hantunyer hehehe, bayangkan kalau hantu bertanding dalam pilihanraya apa yang akan jadi? itulah yang berlaku dalam filem ni. Kalau ikutkan memanglah tak logik, tetapi dah cerita ini dibuat kan. So yang tak logik tuh kita abaikan. Ia ada mesej yang ingin disampaikan.
Ia berkaitan dengan keadaan yang sebenar berlaku di negara mereka, india.
Politik, Korupsi,
Berbeza ironinya di keadaan ekonomi di malaysia tak sama dengan india. Jurang miskin dan kaya terlalu jauh. Rakyat dinegara india mengalami satu keadaan yang tenat sebenarnya. So ini apa yang cuba Bhoothnath cuba memperjuangkan dalam cerita ini. Cuba memperjuangankan hak rakyat.
Kadangkala kejahatan sendiri dihapuskan oleh Kejahatan.
Disamping itu kita perlu memanfaatkan cuti hari mengundi dengan pergi mengundi dan bukannya menganggap ianya hari cuti semata-mata dan pergi cuti ke lepak kat rumah. Aku juga suka tengok hubungan baik Bhoothnath dengan budak kecil yang bernama Akhrot dalam cerita ini. Budak ini yang pertama sekali nampak Boothnath.
Awal plot
(Parth Bhalerao) Akhrot tidak takut Bhoothnath, tetapi membantunya untuk menakutkan beberapa kanak-kanak. Sebagai balasannya, dia meminta Bhoothnath untuk bertindak takut kepadanya dan melarikan diri dari rumah berhantu ketika ia menaung mantra di hadapan teman-temannya, supaya kawan-kawannya dapat menerima dia dalam pasukan kriket mereka. Bhoothnath memutuskan untuk membantunya lebih jauh dengan membantunya mendapatkan wang dengan memberikan hantu yang tinggal di bawah pembinaan yang tinggi dengan kedamaian dengan memenuhi hasrat yang mereka masih tinggal di bumi sebagai hantu. Deal punya deal, semua lepas.
Pertengahan plot. Pertarungan dengan Bhau (ahli politik yang korup).
Dalam proses itu, mereka mengetahui mengapa hantu itu mati, dan membantu keluarga mereka mendapatkan wang insurans dengan menakutkan pegawai insurans rasuah. Dalam proses itu, dia mendapat tahu tentang Bhau (Boman Irani), seorang bekas jenayah yang kini seorang ahli politik yang korup. Masa akhrot dapat job dengan bhau nih dia janji nak bagi dua juta kalau dapat settle kes bangunan kasi keluar orang tuh. Kes ini Akhrot tak dapat settle sebab terlalu rumit, dan ianya bukan salah orang yang mati tuh. Ia berkenaan dengan tanah rumah orang mati tuh. So diaorang tak boleh nak proceed.
Rasuah tidak berkesudahan.
Selepas melihat jumlah rasuah di India dan digalakkan oleh Akhrot, Bhoothnath memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Tidak lama lagi, persaingan antara Bhoothnath dan Bhau menjadi tegang, sehingga Bhoothnath mengorbankan kuasa untuk menang. Dia jadi orang biasa takda kuasa. Still hantu jugak tuh. haha.
Sehari sebelum pilihan raya, perhimpunan akan diadakan oleh Bhoothnath untuk menggalakkan jumlah yang tinggi pada hari pemilihan. Orang Bhau mengancam untuk membunuh Akhrot melainkan dia menghalang perhimpunan tidak berlaku, tetapi Akhrot enggan dan bersedia menghadapi akibatnya. Pada hari perhimpunan itu, Kuncu-kuncu Bhau belasah Akhrot bilamana dia cuba lari Lari punya lari, last kena kepung. Dipukulnya dengan besi dekat kepala., yang membuat Bhoothnath meninggalkan perhimpunannya bersama Akhrot di hospital. Dia pergi ke Bhoothworld dan memohon Akhrot ini hidup.
Kena menang pilihanraya.
Mereka memberitahunya bahawa jika Bhoothnath menang pilihan raya, mereka akan menyelamatkan nyawa Akhrot. Sementara itu, Bhau menggunakan ketiadaan Bhoothnath di perhimpunan untuk kelebihannya dan cuba mempengaruhi penonton untuk mengundi dia. Walau bagaimanapun, pada hari pilihan raya, majoriti undi orang ramai untuk Bhoothnath. Keesokan harinya, Bhootnath melihat denyutan jantung Akhrot meningkat dan menyedari bahawa dia memenangi pemilihan.
Filem ini berakhir dengan Akhrot mengembalikan kesedaran dan semua orang meraikan kejayaan Bhoothnath. Filem ini juga banyak menerapkan unsur-unsur patriotisme,memang banyak pengajaran yang dapat diambil dari filem ni contohnya setiap orang perlu tahu tentang hak-hak mengundi dan menggalakkan semua pergi mendaftar untuk mengundi. Rakyat ada kuasa untuk mengundi. Satu undi adalah sangat berharga. Ia boleh bertukar kerajaan seperti yang berlaku di malaysia pada PRU yang ke 14 lepas. Undi anda adalah kuasa anda.
Apapun Filem Bhoothnath Returns ini menghiburkan dan banyak pengajaran.
Leave a Reply