Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Siaran langsung Malaysia vs Oman kelayakan piala dunia 26.3.2024

Siaran langsung Malaysia vs Oman kelayakan piala dunia 26.3.2024

Zik · Mar 25, 2024 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

MALAYSIA VS OMAN

Kita lupakan episod duka dalam perjalanan pusingan kedua kelayakan piala dunia 2026. Biarpun tewas 0-2 dengan Oman minggu lepas, peluang untuk mara masih ada. Dari tempat pertama jatuh terus ketempat ketiga ,

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN D ,

  1. KYRGYZSTAN 6 MATA 
  2. OMAN 6 MATA 
  3. MALAYSIA 6 MATA
  4. CHINESE TAIPEI 0 MATA

Bukanlah kita tewas dengan teruk dalam perlawanan yang lepas , cumalah ada sedikit “gangguan” nakal dari pengadil yang kurang menyebelahi malaysia pada perlawanan tempohari.  Tetapi kita kena akui pasukan Oman lebih layak untuk perlawanan kalau segi jumlah serangan.

Kim Pan Gon sudah buat post mortem.

Kita yang duk bising pada keadaan padang stadium Bukit Nasional Jalil yang diperkatakan “tenat” keadaannya. Kim Pan Gon sudah membuat kerja rumah untuk memastikan tiga mata berjaya dikutip dalam perlawanan peluang hidup mati di gelanggang keramat pada malam selasa nanti.

Dijangka lebih kurang 30 ribu penyokong tegar harimau malaya akan menggegarkan gelanggang keramat harimau malaya. Harap keadaan padang disana sudah cukup pulih , memberikan semangat baru buat pemain dan penyokong memberikan sokongan padu demi mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan yang sangat penting kali ini.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools, menjanjikan aksi lebih bertenaga dan konsisten daripada pasukannya menjelang aksi berdepan Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Skuad negara sebelum ini bergelut dengan isu kecergasan ketika tewas 0-2 kepada Oman di Muscat minggu lalu gara-gara kebanyakan pemain berada dalam fasa pramusim bersama kelab masing-masing, bahkan ada yang belum menjalani sebarang latihan sebelum ke kem kebangsaan.
Namun bagi kapten HM, Cools tidak mengalami masalah itu memandangkan dia bersama Buriram United masih beraksi dalam saingan Liga 1 Thailand. Yang lain tak main, yang tuhla lemau. Kita tak tengok satu pemain kena tengok semua pemain. Nasib main sebelum raya, lagilah out tuh kang.
“Saya fikir kami hanya memerlukan sesuatu yang lebih baik daripada perlawanan sebelum ini,” katanya dalam sidang media seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
“Daripada perspektif pasukan ini, perlawanan ini singkat, jadi kami perlu memberikan reaksi pantas berbanding perlawanan sebelum ini.
“Kami sepasukan tidak sabar untuk perlawanan ini, terutama dengan beraksi di laman sendiri, ia amat istimewa buat kami.
“Kami menjangkakan satu perlawanan yang baik dan harap-harap kami dapat mempamerkan aksi lebih baik berbanding perlawanan lalu,” katanya.

Harap captain Dion Cools dan rakan sepasukan kotakan janji kita dalam perlawanan yang penting pada malam selasa ini. Kepada semua rakyat malaysia. doakan kejayaan harimau malaya harap dapat kutip tiga mata penting untuk mara.

Yang kita bimbang para pemain harap takda yang ada masalah kecederaan sepanjang kempen penting ini. Dapatkan rehat yang secukupnya.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS OMAN KEMPEN KELAYAKAN PIALA DUNIA 26.3.2024

 

 

INFO SIARAN LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS OMAN 26.3.2024

TONTON DISINI 

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan INFO SIARAN LANGSUNG LIVE MALAYSIA VS OMAN 26.3.2024, Keputusan terkini malaysia vs Oman, live streaming malaysia vs oman 26.3.2024, malaysia vs oman

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.