Membawa misi yang agak sukar biarpun atas kertas, memihak kepada pasukan Chinese Taipei. Namun berdasarkan rangking pasukan malaysia ada peluang untuk menang keatas pasukan Tuan Rumah pada jam 7 malam ini (waktu Malaysia). Sebagai penyokong tegar harimau Malaya, penulis ada sedikit kegusaran dengan perlawanan ini. Namun semua ini meletakan harapan yang tinggi kepada jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon untuk dia kemudi pasukan ini pada perlawanan nanti.
MEMBAWA SEMANGAT KEMENANGAN KRYGZSTAN 4-3 Minggu lepas.
Pasukan ini juga , Kim Pan Gon membawa semangat kemenangan keatas pasukan Krygyzstan 4-3 yang sangat dramatik, emosi dan penuh motivasi pada perlawanan minggu lepas, sebagai penanda aras yang baru. Kita sangat berharap pasukan ini mampu melakar kemenangan dengan nafas pemain baru, coach baru. Pastinya ada percaturan yang lebih klinikal dalam perlawanan kempen kelayakan piala Dunia 2026 ini di pusingan kedua.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN D :
- OMAN 3 MATA
- MALAYSIA 3 MATA
- KRYGYZSTAN 0 MATA
- CHINESE TAIPEI 0 MATA
Selian itu juga, kita tak mahu pemain terus dibuai kemenangan pertama itu untuk bermain secara santai. Kita tak boleh pandang rendah pasukan lawan. Mereka pun mahu menang di tempat sendiri. Itu kena ingat tuh. Jurulatih mereka pun laung amaran, mereka pasti yakin dapat tumbangkan pasukan Malaysia di gelanggang mereka sendiri. Sebelum ini, pasukan mereka tewas dengan pendahulu kumpulan ini, Oman 0-3.
Jom kita tengok rekod head to head.
07.09.18 FI Chinese Taipei 2-0 Malaysia
03.07.11 WC Chinese Taipei 3-2 Malaysia
29.06.11 WC Malaysia 2-1 Chinese Taipei
27.03.97 WC Chinese Taipei 0-0 Malaysia
20.03.97 WC Malaysia 2-0 Chinese Taipei
INFO SIARAN LANGSUNG CHINESE TAIPEI VS MALAYSIA 21.11.2023
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply