KEPUTUSAN LIVE PERLAWANAN PIALA ACL ULSAN HYUNDAI VS JDT HARI INI 24.10.2023
Bukan mudah untuk tundukkan team dari kelab korea. Hari tuh pasukan Kawasaki Frontale pun menang 1-0. Gol pun last minit dekat minit ke 89 lebih. Perjalanan pasukan JDT pada perlawanan pertama kumpulan I , JDT tewas 0-1 dengan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim. Kemudian bangkit pada perlawanan kedua menewaskan kelab Thailand 3-1. Kemudian pada perlawanan hari ini diantara pasukan Kelab Korea hari ini jumpa lagi dengan Ulsan Hyundai tahun ini di kumpulan yang sama.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I
- KAWASAKI FRONTALE 6 MATA
- JDT 3 MATA
- ULSAN HYUNDAI 3 MATA
- BG PATHUM 0 MATA
Betul atas kertas JDT pernah tewaskan pasukan Ulsan Hyundai dua kali dalam tahun pentas yang sama. Tetapi kita tak boleh nak nafikan bermain ditempat lawan bukanlah mudah, lagipun cuaca tak sama. Memang target untuk dapatkan tiga mata penuh perlawanan penting ini, harapnya skuad jdt lebih bersedia untuk teruskan bersaing dalam peringkat kumpulan setakat ini. Kalau kalah, dan seri peluang untuk mara tampak agak samar untuk teruskan peringkat kumpulan ini. Selain itu juga kita mahukan juga ada keputusan positif dari BG Pathum mana tahu dapat sekat atau menang dengan pasukan kelab Jepun ini. Bukan senang beb.
Skuad JDT telah berlepas sampai ke sana dalam 2,3 hari yang lepas. Selain mahu sesuaikan diri dengan keadaan sana, pemain juga mahu lakukan persiapan yang penting dan juga apa perubahan taktikal yang bakal dilakukan oleh Esteban Scolari menjelang perlawanan malam ini 6 PETANG (waktu malaysia). Kita sebagai penyokong mahukan satu pertarungan yang rancak selain mahukan tiga mata penting tetapi sekurang-kurangnya adalah melawan, jangan sampai dibuli teruk. Tunjukkan kebolehan anda buat pasukan JDT bukanlah sebagai jaguh kampung semata-mata. 10 tahun julang piala Liga Super tetapi bila di pentas yang lebih tinggi tidak dapat beraksi dengan baik.
Jangan lupa perlawanan malam ini :
Diantara :
ULSAN HYUNDAI VS JDT
MASA : 6 petang (waktu Malaysia)
TARIKH : 24 OKTOBER 2023
STADIUM : MUNSU STADIUM, KOREA SELATAN.
KEPUTUSAN TERKINI ULSAN HYUNDAI VS JDT 24.10.2023
[…] KEPUTUSAN TERKINI ULSAN HYUNDAI VS JDT 24.10.2023 […]