Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Serpihan pesawat Lion Air sudah dijumpai, 188 dikhuatiri terbunuh

Serpihan pesawat Lion Air sudah dijumpai, 188 dikhuatiri terbunuh

Zik · Oct 29, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pesawat lion air jt6 terhempas,

Sebuah pesawat penerbangan Lion Air JT610 yang hilang awal pagi tadi  dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.

Seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas. sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat ia terjunam.

“Adalah disahkan bahawa ia telah terhempas,” kata Yusuf Latif, jurucakap agensi itu, melalui mesej teks ketika ditanya mengenai nasib pesawat Lion Air berkenaan.

Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.

Antara barang-barang ditemukan termasuk jeket keselamatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit juga ditemui. 

PESAWAT LION AIR JT610PESAWAT LION AIR JT610

PESAWAT LION AIR JT610PESAWAT LION AIR JT610

PESAWAT LION AIR JT610

Pesawat itu adalah jenis Boe    ing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan pesawat Flightradar 24.

Penerbangan JT610 berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di pekan Bangka-Belitung pada kira-kira 7.20 pagi.

Sehingga sekarang, Pihak berkuasa Indonesia kini melakukan operasi mencari pesawat Lion Air yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta jam pada 6.20 pagi tadi.

Operasi itu melibatkan pasukan tentera dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) di lokasi pesawat itu terhempas iaitu di koordinat 05 48.934 S 107 07.384 E, di perairan Karawang.

Direktur Jenderal Perhubungan Udara, Pramintohadi Soekarno berkata, pesawat itu membawa 181 penumpang yang terdiri 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi, serta tujuh anak kapal.

Kapten pesawat itu, Bhavye Suneja dilaporkan menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk berpatah balik, namun kemudiannya terputus hubungan dengan menara kawalan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Crisis centre (pusat bantuan kecemasan) telah dibentuk di Terminal 1B Bandara Soekarno Hatta dan Bandara Depati Amir Pangkal Pinang untuk keluarga penumpang,” kata Pramintohadi.

Menurut laporan media Indonesia, anggota keluarga penumpang kini memenuhi Lapangan Terbang Amir Pangkal Pinang, bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung insiden itu.

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata, pihak kedutaan masih mendapatkan maklumat lengkap senarai nama dan warga negara penumpang pesawat berkenaan.

– BERNAMA

CREDIT TO Bharian.com.my dan malaysiakini.com.my

Share this on WhatsApp

Isu semasa 188 dikhuatiri terbunuh, gambar pesawat lion air jt 610, PESAWAT AIR LION SUDAH DITEMUI, Serpihan pesawat Lion Air sudah dijumpai

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.