Sebuah pesawat penerbangan Lion Air JT610 yang hilang awal pagi tadi dari Jakarta dengan 188 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terbunuh apabila kapal terbang itu terjunam ketika menuju ke pekan Pangkal Pinang di pulau Sumatra.
Seorang jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia berkata, penerbangan Lion Air, JT610 itu terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas. sebuah kapal tunda yang berlepas meninggalkan pelabuhan di ibu negara itu melihat ia terjunam.
“Adalah disahkan bahawa ia telah terhempas,” kata Yusuf Latif, jurucakap agensi itu, melalui mesej teks ketika ditanya mengenai nasib pesawat Lion Air berkenaan.
Serpihan pesawat itu ditemukan oleh kapal milik syarikat petroleum Indonesia, Pertamina Hulu Energi.
Antara barang-barang ditemukan termasuk jeket keselamatan dan beberapa barang pribadi penumpang, seperti telefon bimbit juga ditemui. [Read more…] about Serpihan pesawat Lion Air sudah dijumpai, 188 dikhuatiri terbunuh