Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Selangor beri elaun makanan, kurangkan sewa, cukai dalam pakej rangsangan RM128 juta

Selangor beri elaun makanan, kurangkan sewa, cukai dalam pakej rangsangan RM128 juta

Zik · Mar 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Bagi aku ianya satu usaha yang harus dilakukan tidak kira negeri pembangkang atau kerajaan sekalipun. Masing-masing mempunyai tanggungjawab sosial yang harus dilakukan demi menyelamatkan ekonomi negara kita dan juga pendapatan rakyat kita yang terjejas terus insiden wabak covid 19 ini yang sedang kita perangi.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM127.78 juta untuk membantu golongan terjejas akibat penularan pandemik Covid-19, termasuk elaun makanan berjumlah RM1.2 juta bagi kira-kira 6,000 pekerja kesihatan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Menteri Besar, Amirudin Shari turut menyenaraikan 6 kumpulan lain yang akan menerima bantuan kerajaan, termasuk menangguhkan bayaran balik pinjaman dan pengecualian sewa untuk sesetengah peniaga dan penjaja berlesen.

Kira-kira 80,000 orang juga akan mendapat bantuan “one-off” sebanyak RM500 yang akan diagihkan selepas perintah kawalan pergerakan berakhir.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Covid-19 yang diumumkan hari ini membabitkan peruntukan sebanyak RM127.78 juta.

Beliau berkata, penjaja dan peniaga terbabit juga akan dikecualikan membayar sewa premis masing-masing bagi meringankan beban mereka akibat kehilangan punca pendapatan utama.

“Pengecualian sewa akan diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis dengan peruntukan RM12 juta.

“Turut disediakan adalah pemberian khas one-off sebanyak RM500 bagi melancarkan aliran tunai masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM 40 juta.

“Permohonan untuk pemberian tersebut akan mula dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020,” katanya pada sidang media di Kediaman Menteri Besar, di sini, hari ini.

Selain itu, bagi meringankan beban usahawn Skim Hijrah Selangor, mereka yang terbabit turut diberikan penangguhan serta-merta bayaran balik pinjaman sebanyak tiga bulan ansuran kepada 40,000 peminjam Hijrah.

“Beban kewangan yang akan ditanggung Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM70 juta,” katanya.

Turut diberikan penangguhan bayaran sewa sebanyak tiga bulan ansuran kepada peserta Skim Smart Sewa melibatkan 2,700 penyewa dengan kos sebanyak RM600,000.

Dalam pada itu juga, Amirudin juga mengumumkan Penggunaan Khas Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dengan anggaran kira-kira RM30,000 setiap seorang.

“Mereka boleh menggunakan peruntukan untuk sebarang perbelanjaan aktiviti Mesra Rakyat khusus untuk keperluan harian individu atau keluarga yang terkesan.

“Peruntukan mininum untuk inisiatif ini berjumlah RM1.68 juta,” katanya.

Katanya, turut diberikan kelonggaran ialah pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah atau petak dari 31 Mei 2020 kepada 30 Jun 2020.

“Kelonggaran turut diberikan kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah atau petak selama satu bulan tanpa sebarang bebanan kos pada pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

pakej ransangan ekonomi selangor covid19

  1. Petugas hospital akan mendapat rm 200 dan bantuan makanan akan diberikan secara percuma.
  2. Penjaja Berlesen- Insentif sebanyak rm500.00 dan pengecuaian sewa untuk bulan yang terkena musibah-Mac 2020.
  3. Peminjam Hijrah- Penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulan.
  4. Mahasiswa- Insentif RM 200.00 dan bantuan makanan.
  5. {engundi Selangor. – Peningkatan had perbelanjaan  Adun masing-masing kepada rm30,000.00
  6. Pembayar Cukai.- Penangguhan tempoh bayaran cukai petak kepada 30 jun 2020.
Sekian dimaklumkan. Semoga sedikit sebanyak mendapat mengurangkan beban.
facebook sharing button
Share this on WhatsApp

Pengumuman cukai dalam pakej rangsangan RM128 juta, kurangkan sewa, pakej ransangan selangor, Selangor beri elaun makanan, selangor umum pakej ransangan bagi negeri selangor covid 19

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.