Sangat mencabar ekonomi untuk wabak covid19 kali ini. Ini bukan negara kita sahaja. Satu dunia terkesan dengan wabak ini. Oleh yang demikian, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan satu “kelonggaran” yang boleh mengurangkan beban hutang kita ini.
Bank-bank diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki kad kredit, bermula 1 April.
Dalam surat kepada semua institusi perbankan hari ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Jessica Chew berkata matlamat langkah tersebut untuk mengurangkan beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana serta individu akibat wabak Covid-19. [Read more…] about Semua Bank tangguh 6 bulan bayaran balik hutang peminjam-Bank Negara Malaysia