Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2020

Semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2020

Zik · Apr 3, 2020 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

bantuan prihatin nasional 2020

Berikut adalah semakan status Bantuan Prihatin Nasional bagi tahun 2020.

Ramai yang tanya, adakah perlu isi borang bagai ? Tak perlu sebenarnya. Korang tinggal semak sahaja. Sekarang nih laman web lhdn memang jammed teruk. lagi-lagi ramai yang tak kerja nih. Pukul 3 pagi pergi login pun tak lepas. Memang jammed teruk sekarang nih. Baik dari golongan B40, m40 dan T20. Semua dapat jangan risau.  Artis pun dapat juga, yang penting daftar ikut sama nitizen, bukan bantuan khas.

SIAPA YANG LAYAK?

 

Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.

Isi rumah B40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020;
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020;
  • Pendapatan bujang gaji RM2,000 dan ke bawah

Isi rumah M40

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian;
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP

CARA PEMBAYARAN

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

CARA MOHON BPN 2020

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti. Bulan april dan bulan mei 2020. Tarikh kita akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.

CARA SEMAK KELAYAKKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020. 

Jom kita tengok macam mana nak tengok status kelayakan bantuan prihatin rakyat 2020. 

Layari https://bpn.hasil.gov.my/

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL. 

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

1 . MENU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL URL – https://bpn.hasil.gov.my/

  1. Masukkan No.Mykad 12 Digit
  2. Klik Butang Carian

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

iii. Ruangan Captcha akan dipaparkan selepas Butang Carian di Klik

  1. Isi semula kod Captcha seperti yang tertera dan klik butang Semak2.i Permohonan Lulus
  2. MENU SEMAKAN 

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

 Terdapat (3) Tiga Status Permohonan yang akan dipaparkan

  1. Lulus
  2. Tidak Lulus

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

III. Tiada Rekod

  1. Butang Paparan Maklumat adalah bagi pemohon yang ingin membuat semakan.
  1. Pemohon dikehendaki Log Masuk jika ingin melihat Paparan Maklumat yang lebih terperinci.
  1. Paparan Kunci Keselamatan. Jika ia adalah sama seperti didaftarkan klik Ya, jika Bukan klik Tidak. Ini adalah langkah keselamatan dari ancaman robot bagi memastikan keselamatan pemohon tidak diceroboh.

     4. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan , kemudian klik Log Masuk

  1. Paparan Maklumat Pemohon
  2. Butang Papar Borang bagi melihat Maklumat yang telah didaftarkan pada Borang Permohonan Bantuan Prihatin Nasional.

2.ii Permohonan Tidak Lulus

  1. Butang Alasan Tidak Lulus dipaparkan bagi Permohonan Berstatus Tidak Lulus

2.iii Permohonan Tiada Rekod

  1. Permohonan yang Tiada Rekod dikehendaki membuat Permohonan di Butang Permohonan Baru.
  2. Pemohon yang berstatus Tiada Rekod boleh mengisi Borang Permohonan BPN yang disediakan.
  3. Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap berserta Maklumat pasangan (jika berkahwin) dan maklumat waris diruangan yang disediakan.
  4. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha.
  1. Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah bersetuju dengan Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
  2. Klik Butang Hantar setelah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  1. Selesai Permohonan Baru Didaftar dan Berjaya Dihantar, pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak atau Butang Cetak jika ingin Cetak Borang Permohonan yang didaftarkan.
  1. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan.

*Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan.

  1. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan sukar adalah berwarna Hijau.
  2. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.

credit to semakanonline.com.

Share this on WhatsApp

Pengumuman cara semak status bantuan prihatin rakyat 2020, cara semak status permohonan bantuan prihatin nasional 2020, semakan permohonan bantuan prihatin rakyat 2020, Semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.