Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Piala FA / SELANGOR MARA KE SEMI FINAL TEWASKAN SABAH 2-0 PIALA FA 2022

SELANGOR MARA KE SEMI FINAL TEWASKAN SABAH 2-0 PIALA FA 2022

Zik · Jul 24, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

keputusan penuh sabah vs selangor piala fa

Pasukan Selangor nampaknya begitu hebat di tempat lawan. KOTA KINABALU: Selangor melangkah bergaya ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Likas, malam ini.

KEPUTUSAN PENUH :

SABAH 0-2 SELANGOR

jaringan oleh

  • Hyuri 1′”
  • Caion 80″

SELANGOR PANTAS GOL PERTAMA BERI KELEBIHAN .

Keputusan itu memperlihatkan usaha Sabah untuk cuba memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri sekali lagi gagal, malah dikejutkan dengan jaringan seawal minit pertama. Ia sekali gus memberi kekuatan kepada Selangor untuk memenangi perlawanan dengan lebih yakin, manakala Sabah umpama ditimpa malang apabila sudah ketinggalan 1-0 bermula awal permainan. Kesilapan pertahanan Sabah yang menyangka pemain Selangor berada dalam kedudukan ofsaid, dia terlalu cepat keluar ke depan  ketika melakukan serangan mengejut sejurus perlawanan bermula itu ternyata membawa padah kepada skuad Sang Badak.

Gol awal selangor beri tekanan kepada Sabah mencari gol penyamaan.

1’ GOL | Hyuri membuka tirai jaringan dalam 25 saat pertama!@SabahFCofficial 0-1 @selangorfc #PialaFA2022 pic.twitter.com/Ru77rSoU8L

— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 23, 2022

Gol berkenaan dijaringkan pemain import Selangor, Hyuri Henrique selepas gagal dihalang penjaga gol Sabah, Damien Lim yang keluar awal dari pintu gawang untuk cuba menangkap bola. Jaringan berkenaan ternyata mengundang tekanan kepada skuad Sang Badak lebih-lebih lagi bermain di hadapan kira-kira 20,000 penyokong untuk mencari gol penyamaan. Selepas insiden minit pertama itu, Sabah cuba bangkit dan melakukan beberapa cubaan menarik terutama menerusi pemain berpengalaman, Amri Yahya dan Baddrol Bakhtiar, namun tiada yang berjaya membuahkan hasil hingga tamat babak pertama. Lebih kurang 5 sepakan sudut dalam separuh masa pertama.

SEPARUH MASA KEDUA.

Dengan keadaan hujang lebat di stadium sana, ketika bersambung babak kedua, Selangor kelihatan semakin agresif untuk menambah jaringan hingga menyebabkan permainan Sabah agak kucar-kacir dalam mempertahankan gawang. Serangan balas dilakukan skuad Sang Badak juga kelihatan tidak teratur berikutan banyak hantaran gagal ditujukan kepada rakan sepasukan, sebaliknya mudah dipintas pasukan lawan.

 

Namun, Sabah berjaya mendapat banyak sepakan sudut dan sepakan percuma sepanjang babak kedua permainan, cuma tiada yang berjaya diterjemahkan kepada jaringan seperti beberapa situasi bola mati dalam perlawanan sebelum ini.

Selangor tambah derita Sabah.

Dikala tengah mencari gol penyamaan, Selangor kemudian menambah tekanan kepada tuan rumah apabila mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-80 melalui Herlison Caion dalam serangan balas dan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

81′ GOL | Caion menambah gol kedua Selangor! @SabahFCofficial 0-2 @selangorfc #PialaFA2022 pic.twitter.com/SB76VsPI07

— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 23, 2022

pemain selangor

Share this on WhatsApp

Piala FA, Sukan keputusan penuh sabah vs selangor piala fa suku akhir 24.7.2022, SELANGOR MARA KE SEMI FINAL TEWASKAN SABAH 2-0 PIALA FA 2022, ulasan selangor vs sabah piala fa 2-0

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.