Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Cadangan,FAM gunakan sistem pungutan mata untuk penyokong! ISU JUALAN TIKET

Cadangan,FAM gunakan sistem pungutan mata untuk penyokong! ISU JUALAN TIKET

Zik · Dec 9, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

TIKET FINAL aff suzuki cup 2018, tiket piala aff suzuki cup 2018, aff suzuki cup 2018,

Isu ini berulang, bila dapat sambutan, bila takda sambutan memang takda isu pun sebenarnya. Yerla jarang sekali untuk pasukan malaysia untuk dapat mara ke final untuk kejohanan setiap kali 2 tahun.

Setiap kali menjelang perlawanan akhir pasti akan timbul perdebatan ini. Siapa yang layak atau tidak layak ke stadium, penyokong paling ‘true’, bangsa final dan macam-macam lagi. Ini dicampur dengan sistem jualan tiket yang membuatkan ramai berebut untuk mendapatkan tiket.

Sistem jualan tiket sama ada online atau jualan kaunter yang dijalankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersikap adil, di mana sesiapa pun boleh mendapatkan tiket, tidak kira siapa. Cuma untuk edisi kali ini, FAM turut memberikan keutamaan kepada penyokong Malaysia yang berkunjung ke perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok juga. 

Melihat perdebatan di antara penyokong ini, mungkin sudah tiba masanya untuk FAM dan juga kelab-kelab di Liga Malaysia menggunakan sistem caps atau mata. Mungkin ada yang memandang sinis perkara ini, tetapi ini sebenarnya akan juga membantu FAM dan FA negeri untuk mendapatkan data mengenai penyokong mereka sendiri.

Seperti Persatuan Bolasepak England (FA), mereka telah memperkenal sistem caps ini untuk penyokong England yang akan memudahkan mereka terutamanya ketika pasukan Three Lions beraksi di kejohanan besar. Bagi penyokong yang menyertai Kelab Penyokong England, mereka akan menerima dua caps untuk setiap perlawanan di laman sendiri atau tempat lawan. Sebelum ini, penyokong menerima dua caps untuk perlawanan di tempat sendiri dan satu caps jika berkunjung ke tempat lawan. Sistem ini sekaligus turut membantu memenuhkan Stadium Wembley ketika perlawanan melibatkan pasukan England. Tiada lagi kejadian stadium kosong di tempat sendiri kerana semua akan berusaha mengumpul caps bagi mendapatkan peluang membeli tiket kejohanan besar.

FAM mungkin boleh mencuba sistem ini untuk kejohanan di masa hadapan. Mungkin untuk Piala AFF Suzuki 2020, tetapi mula mengira caps bermula dari tahun 2019. Pasukan di Liga Super juga boleh melakukan perkara yang sama, tetapi dengan menggunakan cara menjual pas bermusim.

Ini cuma salah satu cadangan yang mungkin boleh diteliti oleh FAM. FAM juga mungkin boleh mengadakan perjumpaan dengan para penyokong untuk mendapatkan idea untuk penambahbaikan di masa hadapan. Ini akan banyak membantu mereka dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang nanti.

Apa kata lepas ni fam muhasabah balik untuk susun semula penjualan tiket.

1. Kalau boleh biar semua online. Tiada lagi tiket fizikal, come on la sekarang dah zaman Tik Tok dah.

2. Setiap orang perlu daftar I.D dan I.C online dan terhad beli 1 tiket saja seorang.

3. Setiap tiket ada nama, no I.D @ I.C.

4. Adakan tiket khas di final untuk mereka yang datang setiap perlawanan di peringkat kumpulan hingga semi final, secara tak langsung dapat menjamin stadium sentiasa penuh.

5. Adakan juga tiket khas untuk mereka yang pergi away game dengan pembuktian tiket lama.

6. Adakan sistem no siri setiap tiket dan kerusi supaya tiada lambakan penyokong, tiada yang tak dapat tempat duduk.

7. Kementerian kena gubal akta ulat tiket hahaha . . .

8. Ada lagi tambahan?

Share this on WhatsApp

Sukan Cadangan, cadangan isu jualan tiket yang habis sekelip mata, FAM gunakan sistem pungutan mata untuk penyokong! ISU JUALAN TIKET

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.