Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Selangor, KL sama hebat!!

Selangor, KL sama hebat!!

Zik · Jul 25, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

kl vs selangor

Kuala Lumpur: Selangor FC berjaya bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat Kuala Lumpur City (KL City) 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi. Boleh dikatakan sama hebat. Tetapi selangor menafikan peluang pada minit yang terakhir oleh Ifedayo tuh betul-betul telepas macam tuh jer.

Kejayaan memungut satu mata itu mengulangi aksi di pusingan pertama sebelum ini yang menyaksikan kedua-dua musuh jiran tetangga itu seri 1-1 di Kelana Jaya pada 13 Mac lalu.

Malah, ia juga menyaksikan status ‘Raja’ Lembah Klang tidak menjadi milik mana-mana pasukan musim ini.

Dalam aksi itu, persembahan kedua-dua pasukan cukup hambar sepanjang 30 minit awal babak pertama apabila bola banyak berlegar di tengah padang.

Bagaimanapun tuan rumah terlebih dulu memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma cantik yang diambil oleh ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-40 untuk meletakkan KL City di depan dengan 1-0.

Pelawat hanya memerlukan tiga minit untuk memadamkan kelebihan skuad Warga Kota apabila pemain import dari Switzerland, Oliver Buff memanfaatkan situasi kelam kabut untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Karsten Neitzel tampil lebih meyakinkan apabila menguasai perlawanan.

Pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun hampir mencetak gol kedua namun percubaannya sedikit lemah sekaligus mudah buat Kevin Ray Mendoza menangkap bola pada minit ke-63.

KL City turut berpeluang meledak gol pada minit ke-66 tetapi rembatan leret Kyrian Nwabueze sempat dihalang Khairulazhan Khalid yang menggunakan kakinya untuk menyelamatkan gawang.

Ifedayo seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila mensia-siakan peluang keemasan di hujung perlawanan apabila gagal menolak bola ketika gawang sudah pun terbuka luas. Kedudukan kekal 1-1.

Baca juga : keputusan dan kedudukan terkini liga super 24.7.2021

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan kuala lumpur city vs selangor 24.7.2021, ulasan kl city vs selangor 24.7.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.