Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang pada bulan yang lepas, telah memperkenalkan Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu:
Tema Hari Guru 2019.
“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”
Guru yang diibaratkan Obor menyalakan api memberi petunjuk kepada setiap murid-murid /pelajar dalam membimbing mereka ke tahap yang optimum menabur bakti kepada negara kita yang dicintai.
“Terima Kasih Cikgu” atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Dengan amanah besar ini, guru-guru menduduki satu darjat yang paling dimuliakan dalam masyarakat”,
Guru dipandang mulia dan berperanan penting dalam membina dan membentuk kualiti anak didik dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan.
“Gurulah yang menjadi tunjang utama dalam merealisasikan kesejahteraan diri insan yang dipimpinnya. Sejajar dengan itu, tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Gelaran obor hemah kepada guru menggambarkan tentang kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion keguruan”,
Logo Hari Guru 2019 [Read more…] about SELAMAT HARI GURU 16, MEI 2019 , Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi.