Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / FasaRamadhan 1 sudah melepasi, sejauh mana kita dapat?

FasaRamadhan 1 sudah melepasi, sejauh mana kita dapat?

Zik · Aug 11, 2011 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

3 fasa ramadhan.

“Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”

Kita sudah melepasi 10 hari ramadhan yang pertama, ini bermakna ada lagi 20 hari dan 2 fasa ramadhan yang perlu kita laluinya dengan penuh sabar dan hikmah, sebelum kita berhadapan dengan malam lailatur-qadar yang ditunggu-tunggu oleh Umat islam.

Fasa pertamanya Rahmat (kasih sayang Allah)

Maka berebut-berebutlah kita berdoa kepada Allah SWT supaya diberiNya kasih sayang, dicucuri rahmatNya keatas kita seluruh umat islam.

Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu..- Abu al-A’la al-Maududi

Seandainya solat tarawikh ada 100 saf maka pastikanlah salah seorangnya adalah kamu. Seandainya tinggal 10 saf maka pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal 1 saf maka pasti “bilal”nya adalah kamu!

Antara pernyataan diatas kedua-duanya memberi makna bahawa kita perlu mengambil bahagian dan tidak melepaskan peluang. Hari ini sudah masuk hari ke 11 ramadhan. Cuba kita imbas kembali,  bertanya kepada diri sendiri, adakah benar kita berada di kelompok “rahmat” di fasa pertama ni?

  • Adakah kita berasa ‘rahmat’ pada 10 hari yang lepas?
  • Adakah kita rasa rahmat tak dengan datangnya Ramadhan?
  • Adakah dengan datangnya ramadhan kita ikhlas beribadah?
  • Adakah kita hanya sekadar raikannya sahaja?
  • Adakah dengan ramadhan kita sudah berubah, dari selalu bersangka buruk kepada bersangka baik?
  • Adakah kita dapat tahan mulut kita dari bercakap kosong?
  • Adakah kita dapat jaga mata kita dari tengok benda yang sia-sia?
  • Adakah kita betul-betul beribadah semata kerana kita beriman kepada-Nya dan mengharapkan sepenuh ganjaran hanya dari-Nya.

Moga dengan peringatan ini dapat mengingat kembali untuk terus berjuang. Apa yang diungkapkan diatas, aku sendiri pun belum tentu dapat nak jawab, terasa diri ini masih banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki.

Fasa kedua (hari ini)  dengan tema ‘Pengampunan’. Insyallah akan diterangkan pada 20/21 ramadhan nanti.

Sumber anasxz,

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 3 fasa ramadhan, 3 fasa ramadhan yang perlu kita tahu, fasa pertama ramadhan 1432 M, fasa pertama ramadhan rahmat, hikmah ramadhan, maksud fasa ramadhan pertama, ramadhan, tazkiah ramadhan 2011

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. yusuf laili says

    August 11, 2011 at 8:28 am

    Salam;
    maknanya ada tiga rahmat sebulan berpuasa..byk juga ganjaran diterima oleh org2 yang mengerjakan ibadah puasa..TQ info bagus!!.

    Reply
  2. kopisoda says

    August 11, 2011 at 10:34 am

    sekejap jer kita suda melepasi fasa pertama.
    kita teruskan untuk melalui fasa seterusnya pula πŸ˜‰

    Reply
  3. zulkbo says

    August 11, 2011 at 10:39 am

    salam Zikr..
    ermm..wallahualam..
    hanya Allah jua yang menilainya,
    sebaik mungkin cuba yang terbaik
    moga di terima Allah..amin

    Reply
  4. faizul says

    August 11, 2011 at 12:02 pm

    Salam Ramadhan bro,

    Wah bagus lah info macam ni. Terasa mcm tak cukup lagi ilmu didada. Nak tunggu entri pasal fasa pengampunan pulak.

    Reply
  5. akubiomed says

    August 11, 2011 at 6:55 pm

    Terima kasih perkongsian ini supaya dapat dimanfaatkan

    Reply
  6. Jai says

    August 12, 2011 at 12:26 am

    Soma ramadhan tahun ini lebih bermakna buat semua..

    Reply
  7. nizamghazi says

    August 12, 2011 at 7:36 am

    Info yang sangat memberi makna buat diri ini.
    emm. harap dapat kekalkan semangat untuk tarawikh
    walaupun beberapa hari terlepas

    Reply
  8. muhammad fakhruddin says

    August 12, 2011 at 9:10 am

    Kayu ukur Ramadan 1432H ialah 11 bulan yang mendatang…

    Reply
  9. Pacifista - X says

    August 14, 2011 at 1:58 am

    perut je yang berubah.nampak kurus cikit…
    iman?nampak macam makin menurun.huhu…banyak2 la berdoa jangan sampai hilang iman ni…

    Reply
  10. bEe says

    August 16, 2011 at 2:27 pm

    Fasa menguruskan badan kot πŸ˜›

    Bagus artikel ni zik πŸ™‚ Seronok pulak bila baca sbb bEe tak pnh lagi tahu perkara ni πŸ˜‰

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.