Keputusan terkini piala fa 2019 hari ini di stadum bukit jalil 27 julai 2019. Perlawanan malam ini diadili oleh pengadil dari jepun. Ianya sesuatu yang positif dalam perlawanan malam ini. Kita harap tiada lagi isu-isu yang berbangkit pada malam ini mengharapkan sesuatu yang lebih fresh dalam pentas piala fa yang berprestij ini.
LIVE STREAMING KEDAH VS PERAK 27 JULAI 2019.
Keputusan terkini PERLAWANAN :
KEDAH [1] VS [0] PERAK
jaringan oleh :
Fazrul Danel 105″
Semua penonton sudah sampai di stadium. Padang agak basah, hujan disana rupa-rupanya.
Masing-masing dengan pakaian tema sendiri. Perak kuning, Kedah hijau kuning.
Minit 1 : Perlawanan dimulakan dengan dibawa oleh pasukan Kedah. Kedah terus mengasak bawa bola ke bahagian pertahanan perak.
Minit ke 5 : Nazirul naim . Ada pendarah sedikit dibahagian hidung. Ada perlanggan dengan pemain kedah. Belum ada gol lagi.
Minit ke 7: Leandro membuat serangan dan dibengkes. Sepakan percuma buat pasukan Perak. Bahaya sekarang ini.
Minit ke 8: Ronaldo cuba membuat sepakan, tetapi ifwat cepat clear bola. Sepakan sudut buat perak. Brendan cuba membuat serangan, kena pertahanan kedah, tindakan susulan dari Careca membuat sepakan , tetapi tersasar jauh sebelah kiri.
Minit ke 10: Kedah cuba membuat serangan, tetapi pertahanan perak lebih berhati-hati. Baddrol Bakhtiar mengasak pemain kedah, kad kuning buat baddrol. Sepakan percuma buat pasukan perak, satu umpanan yang baik buat nazirul naim. Careca dapat bola itu, tidak dijaga kemas. Namun ifwat lebih tangkas.
Minit ke 13: Nazirul Naim dilayangkan kad kuning sebab membengkes farhan.
Minit ke 17: Pasukan Perak lebih tangkas membuat serangan sebelah kiri. Sepakan sudut buat perak. Serangan banyak mungkin bagus, tetapi finishing kena tajam dan gol itu yang lebih baik. Pengadil malam ini pun cukup tegas so kena hati-hati buat kedua-dua pasukan.
Minit ke 18: Farhan roslan menyepak bola jauh tersasar. Kena tengok kawanlah.
Minit ke 21: Kedua-dua pasukan tidak mahu mengalah. Masih 50-50. Peluang keemasan tiada. Main macam berhati-hati nih. Keadaan di stadium memang gegak gempita. So pemain kena fokus.
Minit ke 25: Masih lagi ada serangan pantas. Belum ada kesilapan yang dilakukan. Semua masih bertenaga.
Minit ke 26: Leandro dilayangkan kad kuning sebab bengkes pemain kedah alif.
Minit ke 29: Sepakan sudut buat kedah. Shahrul Saad yang last bola.
Minit ke 30: Sepakan percuma buat pasukan kedah. Farhan dijatuhkan. Satu sudut yang agak boleh dilakukan oleh Baddrol Bakhtiar. Adakah gol??? Bola melewati palang, agak jauh. Tidak merbahayakan gol lawan.
Minit ke 32: Sepakan jauh melintang gol gawang perak. Pemain ada sudah mula keletihan. Kena berdisiplin.
Minit ke 35; Brendan gan Dijatuhkan. Sepakan percuma buat perak. Careca terlepas peluang untuk menjaringkan gol dia lepas macam tuh jer. Free header, tetapi ketepatan tandukkan careca agak lemah.
Minit ke 38: Rizal ghazali pantas kepada pemain edgar, tetapi defend perak lebih solid membaca pergerakkan lawan.
Minit ke 39: Coach kedah, Aidil memang tak tenang. Masing-masing pakai baju smart nih. Biar panas yang penting gaya coach tuh. haha. Turning yang dilakukan oleh Brendan gan tak lepas.
Minit ke 42: Mungkin ada pertukaran awal. Edgar injured barangkali. Aidil sudah lari-lari di bahagian tempat warming up. Azamudin Akil pun ada juga. Aku ada kelibat penyokong dari pasukan kedah memakai baju spiderman.
Minit ke 44: Azhan dilayangkan kad kuning. Menjatuhkan farhan roslan. Pengadil dari jepun nih memang tak bagi peluang langsung.
Minit ke 45: 3 minit masa tambahan. Hafizul dapat membaca sepakan dari Baddrol Bakhtiar.
Minit ke 48: TAMAT MASA TAMBAHAN, SEPARUH MASA PERTAMA.
Ulasan perlawanan perlawanan separuh masa pertama:
Pasukan perak lebih banyak mengasak lawan, tetapi agak kurang dibahagian serangan. Begitu juga perak ada percubaan tepat, tetapi pasukan perak lebih bersedia. Keputusan juri memang lebih serius mujur tak kena kad merah terus. So pemain dan juga penyokong memang ada provok pengadil dari jepun.
Masing-masing bermain dengan selamat, masih belum mendapat rentak yang sebenar. Kira belum settle down pada awal 20-30 minit perlawanan bermain. Kita harap pasukan dapat gol dan aksi yang lebih mendebarkan pada separuh masa kedua nanti…
SEPARUH MASA KEDUA.
Minit ke 46; Sepakan percuma buat pasukan kedah , ada peluang dari pasukan kedah ,tetapi offside buat pemain pasukan kedah.
Minit ke 47: terlepas peluang untuk menjaringkan gol perak. Sepakan percuma buat pasukan perak. Terkena tiang pulak. Tiada follow up dari pemain perak. Ifwat memang sudah tertewas.
Minit ke 50: Sepakan percuma buat kedah, hafizul cepat menampan bola itu. Bola nak gol daa…
Minit ke 54: Ronaldo terlepas peluang , dia tidak dikawal, tetapi bola itu dia tidak dapat kawal dengan baik.
Minit ke 55: Mengharapkan sesuatu dari sepakan percuma buat kedah, sedikit kelam kabut.
Minit ke 56: Leandro dijatuhkan , kad kuning pemain kedah, farhan roslan barangkali. Sepakan percuma buat kedah. Ini peluang terbaik buat kedah, badrrol sepakan terlalu tinggi melewati palang. Satu sepakan yang sia-sia sahaja.
Minit ke 58: Leandro sekali lagi dikasari.Bauman kena kad kuning.
Minit ke 60: Pasukan perak mengatur serangan. Brendan gan membuat larian solo, membuat hantaran tetapi offsidelah pulak.
Minit ke 62 : farhan roslan terlepas peluang untuk menjaringkan gol satu throguh pass yang tepat kearah farhan roslan, tetapi sepakan dia tepat kepada ifwat. Tidak terlalu kencang.
Minit ke 63: Syakir berjaya membaca serangan pantas perak j partiban. bola kasi out. Perak cuba mengasak.
Minit ke 66; Offiside buat pasukan perak. Terlalu cepat buat pasukan perak membuat trough pass.
Minit ke 69: terlepas peluang lagi perak, larian solo brendan gan sudah menewaskan ifwat, mujurlah tiga pertahan pasukan kedah disiplin jaga defend. J partiban mengatakan sepakan dia kena tangan pemain kedah. Namun jurulatih menafikan. Game on.
Minit ke 72: Jurulatih masih belum tukar pemain lagi nih..Apa taktikal yang masing-masing buat nih?? Baddrol bakhtiar menolak pemain perak no 19. Nasib baik tak kena kad kuning kedua. Sepakan percuma buat pasukan perak. Bahaya nih.
Minit ke 74: Penjaga gol ifwat banyak save bola malam ini. Nasib baiklah. Geleng kepala Mehmet.
Minit ke 75: Giliran kedah membuat asakan. Sepakan percuma buat pasukan Kedah. Pertahanan kedah dikasari.
Minit ke 78: Pemain sudah nampak keletihan. Careca membuat attacking sebelah kanan, mujur pertahanan kedah lebih cepat menjaga , sepakan sudut buat perak. Namun terlepas peluang terus pasukan kedah membuat serangan pantas.
Minit ke 81: Kedah sudah membuat satu pertukaran, perak belum lagi. Brendan Gan cuba membuat sepakan, tetapi tersasar jauh. Kedah ditekan, disiplin pasukan masih ada lagi. Perlu mengimbangi serangan pasukan perak.
Minit ke 85; Kemasukkan azamuddin akil belum nampak memberikan impak lagi. Masa semakin suntuk. Kedah meletakkan tenaga baru, Fayyah in, Edgar OUT.
Minit ke 86: Perak masih belum membuat pertukaran seringkali membuat serangan dari Brendan gan. Haishh
Minit ke 89: hafizul injured nampaknya. Kena kepala masa tengah defend. Macam bohong jer, tak kena kepala.
Minit ke 90: 4 minit masa tambahan.
Minit ke 92: Amirul Azhan dilayangkan kad kuning kedua. Sebab melakukan kekasaran sekali lagi. Memang salah dia beb. Apepun masa tambahan sudah tamat. Sepakan percuma buat pasukan Kedah. Kalau tak bengkes mungkin pasukan kedah ada peluang untuk gol tadi tuh.
Minit ke 94: Sepakan percuma tepat kepada Hafizul. Tamat masa tambahan. Kita akan tengok bagaimana untuk perlawanan masa tambahan minit ke 90 -105- 105-120. Kalau masih 0-0 , penentuan penalti akan dilakukan juga.
Masa tambahan pertama :
minit ke 90: Game dah agak slow nih.
Minit ke 93: Biarpun kekurangan seorang pemain, perak komited mencari jalan melakukan asakan. Careca dan ronaldo gandingan berdua di bahagian serangan. Ifwat telepas bola, mujurlah pertahanan ada ramai.
Minit ke 96: Pasukan perak ada tertekan, mujurlah hafizul cepat clear ball. Tangan dia sakit pulak. Kena buang masa untuk penentuan penalti.
Minit ke 98: peluang terhidang depan gol, tetapi terlalu lambat, hafizul cepat menghidu serangan itu, Banyak serangan dibuat oleh kedah mula mengasak.
Minit ke 99: Sekali sekala , j partiban mengasak untuk membuat serangan. Mujurlah ifwat cepat menampan bola itu. Pemain import perak injured jatuh lagi. Mungkin ini strategi.
Minit ke 102: Serangan pantas pasukan kedah, mencari gol kemenangan belum dapat lagi dihasilkan. game memang dah slow. Pemain dah hilang fokus nih.
Minit ke 102: Serangan bertalis arus kedah, mujur pemain pertahanan perak berdisiplin menjaga pertahanan memang wajar dipuji.
Minit ke 105 : Kedah akhirnya menjaringkan gol pertama buat kedah setelah serangan demi serangan sebelah kanan kemudian pass ke sebelah kiri.Fazrul Danel yang baru sahaja masuk. Bagus taktikal yang yang dilakukan oleh coach kedah.
Minit ke 108: Peluang untuk pasukan perak mencari gol penyamaan mendapat sepakan percuma. ifwat lebih peka dengan sepakan itu. Tamat perlawanan masa tambahan pertama.
MASA TAMBAHAN KEDUA.
Minit ke 107: Sharel fikri IN, Nazirul Naim OUT. Perak masih lagi bernafsu mencari gol penyamaan.
Minit ke 108: kedah sudah mula memperlahankan rentak permainan mereka. Mereka tahu pasukan perak akan membuat asakan. Mereka tidak akan berputus asa.
Minit ke 109: Serangan bertali arus buat pasukan perak. Sepakan percuma buat pasukan perak. Ini peluang perak untuk menjaringkan gol.
Minit ke 115: Kedah bermain bermain tempo slow. Apepun perak cuba mengasak serangan, namun banyak di nafikan oleh ifwat.
Minit ke 120: KEDAH JUARA piala fa 2019.
**tekan f5 untuk ketahui keputusan terkini perlawanan. Kita akan update setiap 5 minit perlawanan ok. Tunggu.
Leave a Reply