Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016

Sah!! Harga kereta Proton Naik, berkuat kuasa 15 februari 2016

Zik · Feb 2, 2016 · 17 Comments

Share this on WhatsApp

iriz, gambar iriz, proton , proton naik harga, Desas desus kita dah dengan dari bulan 11 12 tahun lepas. Ini memang tidak boleh dielakkan. Kesannya memang sesuatu yang agak perit buat industri automotif negara kita. Kejatuhan nilai mata wang malaysia yang sukar untuk dipulihkan sejak akhir-akhir ini ditambah dengan hutang negara. Eh pening arrr..

Harga semua kenderaan PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan dinaikkan, berkuat kuasa 15 Februari ini.

Berapa banyak naik?? 

PROTON dalam kenyataannya hari ini menyebut, kenaikan adalah sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.

Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Ringgit jatuh, memang sakit sangat.

Kenyataan itu menyebut, penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos 2015, syarikat itu berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu. Macam-macam benda dah naik harga, barang mentah naik, kos pengangkutan pun naik. Ehhh macam-macamlah. Pening jadi orang yang menguruskan dalam hal macam nih. Walaupun pengilang,

Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan dalam laman sesawang PROTON apabila harga baharu berkuat kuasa nanti lepas raya china nih nanti. So semua bertabahlah. Ini bukan masa yang sesuai untuk membeli kereta. Namun ianya jadi suatu keperluan kalau untuk urusan yang melibatkan perjalanan jauh, cuaca yang tak baik, dan juga untuk keselesaan.

Apa tindakan anda ?? 

Nasihat dari pakar, ini bukan masa yang sesuai untuk beli kereta. Kalau dah ada kereta ,gunakan jer kereta yang sedia ada tuh. Apa yang boleh repair, kasi repair. Kalau masih bujang lagi, jangan beli kereta. Kalau nak juga, beli yang murah2 sudahla, second hand ke (pastikan ianya ok dari segi condition, tak meragam). Kena ada ilmu yang cukup. Kenaikan ini memberi kesan kepada ekonomi negara kita.

Penulis sendiri juga menghadapi masalah yang hampir lemas setiap bulan untuk membayarnya. Pengurusan kewangan hampir ditahap kritikal. Mujur ada perancangan yang sudah direncanakan. Cuma kadang-kala ianya tidak mengikut apa yang dirancang. Selain itu, perkara lain yang kita tak terfikir akan berlaku.

Sesuatu yang mencabar untuk tahun 2016 kali ini.

credit to bharian, dan malaysia insider.

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Pengumuman 2016, harga proton naik, kenaikan harga kereta 2016, kenaikan harga kereta proton 2016, kenapa harga kereta naik, kereta proton naik 5% 2016

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    February 2, 2016 at 2:15 pm

    tadi pun ada borak isu kereta proton naik dgn abg..alhamdulillah ciktom dah lepas dr berhutang kereta sbb beli kereta secondhand je..ikut kemampuan yang ada dan guna duit sendiri je..tak amik loan kereta..

    tp kesian dgn generasi2 baru..sakit nak beli smua naik harga…hutang keliling pinggang dari zaman belajar lagi..

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 6:23 pm

      hutang tak boleh nak elak… yang bagusnya beli cash terus… cuma duit simpanan tak banyak terpaksalah berhutang..

      Reply
  2. Noriza_mommavogue says

    February 2, 2016 at 3:17 pm

    Betul, tak payah la nak asyik tukar beli kereta, simpan duit dan buat bisnes lagi bagus, tambahkan pendapatan

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 6:21 pm

      tang business tuh sokong…

      Reply
  3. akubiomed says

    February 2, 2016 at 3:32 pm

    Tak dapat nak dielakkan lagi. Saya dah puas memiliki kereta buatan Proton. Kereta pertama adalah model Iswara dan kemudian Gen2.

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 6:20 pm

      support produk buatan malaysia… !!!

      Reply
  4. anah says

    February 2, 2016 at 4:08 pm

    guna kereta apa yang ada je, musim ekonomi camni kena jimat

    Reply
  5. Raihanah Ahmad says

    February 2, 2016 at 4:08 pm

    kami dah lama tak pakai kereta tempatan kecuali myvi

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 6:20 pm

      myvi pun ok dah…

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        February 3, 2016 at 1:21 pm

        itulah dia. kalau bincang hal negara memang rasa menyirap je darah ni. aduhai

        Reply
  6. si bongkok says

    February 2, 2016 at 4:28 pm

    Pergh…kereta buatan malaysia pon boleh naik kan… 🙁

    Tapi takkan sampai ke peringkat kena pakai kereta sorong pulak…dah macam tak masuk akal jek gayanya…

    Mungkin bisnes kereta lembu boleh difikir2kan…hmmm

    p/s: Kalo malaysia nie ada musim sejuk yang betul2 sejuk, ramai rasanya naik basikal kan…

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 5:26 pm

      yang lain pun dah naik sebenarnya

      Reply
  7. ema says

    February 2, 2016 at 5:01 pm

    dengan keadaan ekonomi sekarang..pakailah yang mana ada kan..yg sekarang nak bayar bulan-bulan pun cuak rasanya.

    Reply
    • Zik says

      February 2, 2016 at 6:19 pm

      yang bayar bulan2 nih pun dah pening…

      Reply
  8. MDHAFiZ.NET says

    February 4, 2016 at 1:56 am

    Semoga target aku untuk beli kereta cash 2nd hand tahun ini tercapai. Bersiap sedialah rakyat Malaysia. Mengeluh dan marah tak banyak menyelesaikan masalah.

    Reply
  9. Ikhwan says

    February 9, 2016 at 1:54 am

    janji dicapati, cukai kereta proton je dah 75%…

    Reply
  10. wooclip @Nonton film 720p says

    March 17, 2016 at 2:41 pm

    apa benar mobil di malaysia di sebutnya kereta?

    hmm sungguh aneh heheh

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.