Desas desus kita dah dengan dari bulan 11 12 tahun lepas. Ini memang tidak boleh dielakkan. Kesannya memang sesuatu yang agak perit buat industri automotif negara kita. Kejatuhan nilai mata wang malaysia yang sukar untuk dipulihkan sejak akhir-akhir ini ditambah dengan hutang negara. Eh pening arrr..
Harga semua kenderaan PROTON Holdings Bhd (PROTON) akan dinaikkan, berkuat kuasa 15 Februari ini.
Berapa banyak naik??
PROTON dalam kenyataannya hari ini menyebut, kenaikan adalah sebanyak RM312 sehingga maksimum RM2,021 bergantung kepada varian model.
Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan ringgit berikutan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Ringgit jatuh, memang sakit sangat.
Kenyataan itu menyebut, penyusutan ringgit telah memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem.
Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan PROTON sejak Ogos 2015, syarikat itu berusaha dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu. Macam-macam benda dah naik harga, barang mentah naik, kos pengangkutan pun naik. Ehhh macam-macamlah. Pening jadi orang yang menguruskan dalam hal macam nih. Walaupun pengilang,
Senarai penuh semakan semula harga itu akan dinyatakan dalam laman sesawang PROTON apabila harga baharu berkuat kuasa nanti lepas raya china nih nanti. So semua bertabahlah. Ini bukan masa yang sesuai untuk membeli kereta. Namun ianya jadi suatu keperluan kalau untuk urusan yang melibatkan perjalanan jauh, cuaca yang tak baik, dan juga untuk keselesaan.
Apa tindakan anda ??
Nasihat dari pakar, ini bukan masa yang sesuai untuk beli kereta. Kalau dah ada kereta ,gunakan jer kereta yang sedia ada tuh. Apa yang boleh repair, kasi repair. Kalau masih bujang lagi, jangan beli kereta. Kalau nak juga, beli yang murah2 sudahla, second hand ke (pastikan ianya ok dari segi condition, tak meragam). Kena ada ilmu yang cukup. Kenaikan ini memberi kesan kepada ekonomi negara kita.
Penulis sendiri juga menghadapi masalah yang hampir lemas setiap bulan untuk membayarnya. Pengurusan kewangan hampir ditahap kritikal. Mujur ada perancangan yang sudah direncanakan. Cuma kadang-kala ianya tidak mengikut apa yang dirancang. Selain itu, perkara lain yang kita tak terfikir akan berlaku.
Sesuatu yang mencabar untuk tahun 2016 kali ini.
credit to bharian, dan malaysia insider.
tadi pun ada borak isu kereta proton naik dgn abg..alhamdulillah ciktom dah lepas dr berhutang kereta sbb beli kereta secondhand je..ikut kemampuan yang ada dan guna duit sendiri je..tak amik loan kereta..
tp kesian dgn generasi2 baru..sakit nak beli smua naik harga…hutang keliling pinggang dari zaman belajar lagi..
hutang tak boleh nak elak… yang bagusnya beli cash terus… cuma duit simpanan tak banyak terpaksalah berhutang..
Betul, tak payah la nak asyik tukar beli kereta, simpan duit dan buat bisnes lagi bagus, tambahkan pendapatan
tang business tuh sokong…
Tak dapat nak dielakkan lagi. Saya dah puas memiliki kereta buatan Proton. Kereta pertama adalah model Iswara dan kemudian Gen2.
support produk buatan malaysia… !!!
guna kereta apa yang ada je, musim ekonomi camni kena jimat
kami dah lama tak pakai kereta tempatan kecuali myvi
myvi pun ok dah…
itulah dia. kalau bincang hal negara memang rasa menyirap je darah ni. aduhai
Pergh…kereta buatan malaysia pon boleh naik kan… π
Tapi takkan sampai ke peringkat kena pakai kereta sorong pulak…dah macam tak masuk akal jek gayanya…
Mungkin bisnes kereta lembu boleh difikir2kan…hmmm
p/s: Kalo malaysia nie ada musim sejuk yang betul2 sejuk, ramai rasanya naik basikal kan…
yang lain pun dah naik sebenarnya
dengan keadaan ekonomi sekarang..pakailah yang mana ada kan..yg sekarang nak bayar bulan-bulan pun cuak rasanya.
yang bayar bulan2 nih pun dah pening…
Semoga target aku untuk beli kereta cash 2nd hand tahun ini tercapai. Bersiap sedialah rakyat Malaysia. Mengeluh dan marah tak banyak menyelesaikan masalah.
janji dicapati, cukai kereta proton je dah 75%…
apa benar mobil di malaysia di sebutnya kereta?
hmm sungguh aneh heheh