• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Sabah catat kemenangan sulung, rekod tanpa kalah terengganu tercalar!

Sabah catat kemenangan sulung, rekod tanpa kalah terengganu tercalar!

Zik · Mar 22, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sabah tewaskan terengganu

PETALING JAYA: Selepas mengalami tiga kekalahan, Sabah akhirnya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini dengan mengejutkan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabali malam semalam.

Anak-anak buah Kurniawan Dwi Yulianto itu meleburkan rekod tanpa kalah skuad Penyu, sekali gus meleraikan sedikit tekanan yang dirasai.

Penalti dari sabah, bangkit semangat buat pasukan sabah!! 

Sepakan penalti Levy Madinda meletakkan Sabah di depan pada minit ke-38, sebelum Sam Johnson menggandakan kedudukan empat minit berselang.

Memasuki babak kedua, Sabah terus agresif, namun beberapa percubaan yang dilakukan, termasuk sepakan percuma Saddil Ramdani pada minit ke-50 tidak menepati sasaran.

Terengganu sebaliknya membolosi gawang tuan rumah menerusi Jordan Mintah pada minit ke-56, namun jaringan dibatalkan kerana penjaga gol Sabah, Rendy Robson Rining terlebih dulu dikasari.

Gol yang dicari-cari Terengganu muncul pada minit ke-78 hasil sepakan Mintah yang menewaskan Rendy, namun kebangkitan yang cuba dilakukan pelawat sudah terlewat.

Sabah yang mengumpul empat mata menghuni tangga ketiga tercorot dan akan berdepan Kuala Lumpur City di tempat lawan pada 3 April.

Terengganu kekal di tangga kedua dengan 10 mata, satu mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan rekod tanpa kalah terengganu tercalar!, Sabah catat kemenangan sulung

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss