• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Sabah bangkit 2-1 tewaskan Melaka united liga super 2022

Sabah bangkit 2-1 tewaskan Melaka united liga super 2022

Zik · Jul 31, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

SABAH MENANG 2-1

COMEBACK, itulah yang aku boleh katakan untuk pasukan Sabah dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Apabila kita tengok persaingan yang sihat dalam kempen liga super jurang mata tangga pertama tak jauh pun sebenarya boleh kita lihat ada pasukan yang lain mampu untuk mencabar kejuaraan liga super edisi 2022 kali ini memberi tekanan buat pemenang liga super 8 kali berturut-turut bukanlah tugas yang mustahil dan boleh adjust sebenarnya . Mungkin bukan tahun ini, tahun depan atau beberapa tahun lagi pasukan yang lain pastinya akan kuat untuk memberikan persaingan yang sihat dalam sukan bola sepak no1 negara.

KEPUTUSAN PENUH

SABAH 2-1 MELAKA UNITED.

Jaringan oleh :

  • Ifedayo 23′
  • Amri Yahya 65, 92″

AMRI YAHYA WIRA PELEDAK SABAH!!

Amri Yahyah sekali lagi menjadi wira apabila meledak dua gol sekali gus membantu Sabah bangkit menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini. Dua gol padu  dijaringkan Amri pada separuh masa kedua, masing-masing pada minit ke-65 dan ke-90, sekali gus menghampakan harapan Melaka untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata selepas mendahului 1-0 pada babak pertama.

Amri yang baru dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Stuart John Wilkin berjaya mencipta jaringan pertama pada minit ke-65 hasil hantaran Alto Linus, manakala jaringan keduanya dicipta melalui hantaran Muhammad Farhan Roslan.

SEPARUH MASA PERTAMA MELAKA UNITED DI DEPAN.

Terdahulu, Melaka mengejutkan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol tunggal melalui pemain importnya, Ifedayo Olusegun yang membuat susulan selepas bola ditepis Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-23.

Namun, dengan corak permainan yang agak kucar-kacir berikutan keadaan padang yang becak dan licin akibat hujan lebat, usaha Melaka untuk menambah jaringan tidak berhasil meskipun melakukan banyak percubaan sepanjang baki perlawanan babak pertama. Awal babak kedua juga menyaksikan pemain Melaka bermula agak agresif melakukan serangan dan hampir sekali lagi menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-53 hingga memberikan sepakan sudut pertama kepada Melaka.

Sabah turut berdepan situasi sama, namun kemasukan Amri dan beberapa pemain muda pada separuh masa kedua sedikit mengubah situasi apabila skuad Sang Badak dilihat lebih menguasai perlawanan sehingga berjaya menyamakan kedudukan dan meledak gol kemenangan.

Hujung perlawanan SABAH DAN MELAKA UNITED Kutip kad merah.

Perlawanan itu turut menyaksikan dua pemain iaitu Ahmad Haziq dari Melaka dan Rawilson Batuil dari Sabah FC dilayangkan kad merah kerana bermain secara agresif. Minit ke 93 dan 95. Dengan keputusan perlawanan malam ini, Sabah kekal ditempat kedua dengan dibezakan tempat pertama dengan 1 mata dibelakang jdt, Sabah 31 mata, JDT 32 . Esok jdt vs Kuala Lumpur city, kita tengok macam mana KL city mampu sekat atau tidak pasukan JDT.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Sabah bangkit 2-1 tewaskan Melaka united liga super 2022

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: