• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia

Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia

Zik · Dec 4, 2010 · 68 Comments

Share this on WhatsApp

jimmy wales, pengasas wikipedia, wikipedia.org, wikipedia memerlukan dana, siapa pengasas wikipedia, jimmy wales need fund,

Salam sejahtera.

Hari ini aku baru tahu mengenai kisah masalah kewangan yang dialami di Wikipedia yang memerlukan bantuan untuk kos maintenance dan juga kos-kos operasi yang lain dalam pembangunan wikipedia. Awal tahun mungkin ada yang ingat , aku pernah mengutarakan tajuk “wikipedia bukan sumber yang shahih sebagai sumber rujukan“.

Kepada mereka yang tak tahu, wikipedia yang menjadi sumber rujukan untuk membuat research (kajian), mencari maklumat, panduan dan juga maklumat peribadi seseorang yang terkenal seperti tokoh ilmuan dan sebagainya. Walaupun banyak institusi, universiti tidak mengiktiraf wikipedia sebagai sumber rujukan yang sah, dek kerana ianya boleh diubah bila-bila masa kepada sesiapa yang mempunyai akaun, namun bagi aku ia masih relevan bergantung kepada info dan juga kita boleh membuat perbandingan dengan sumber yang lain.

Ikuti kata-kata the Founder Wikipedia.

Sepuluh tahun yang lalu, renungan was-was kelihatan pada semua apabila saya berbincang tentang Wikipedia.

Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu -hanya dengan misi untuk berkongsi.

Apa yang menariknya wikipedia ini ialah, Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.

Setelah hampir sedekad selepas Wikipedia ditubuhkan, lebih daripada 380 juta orang menggunakannya hampir setiap bulan, satu pertiga daripada pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia.

Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia. Ini terbukti apalia dibahagian search engine yang popular, laman wikipedia sering mendapat tempat muka surat pertama. Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan strategi pemasaran yang tidak terhingga.

Akan tetapi, Wikipedia bukanlah laman komersial. Wikipedia dihasilkan oleh idea masyarakat, ditulis dan disunting oleh para sukarelawan, tidak kira sesiapa untuk menghasilkan setiap artikel. Anda merupakan sebahagian daripada komuniti ini dan saya merayu kepada anda untuk melindungi khazanah ilmu dan memastikan Wikipedia terus maju.

Bersama-sama marilah kita memastikan Wikipedia akan sentiasa percuma dan bebas daripada pengiklanan. Kita mampu memastikannya sentiasa berkecuali dan bebas supaya anda dapat menggunakan maklumat dalam Wikipedia untuk keperluan anda. Kita mampu mengembangkannya dan menyebar ilmu ke seluruh dunia melalui penglibatan masyarakat.

Setiap tahun pada masa ini, kami merayu dan memohon keapda anda serta orang lain di serata komuniti Wikipedia untuk memastikan Wikipedia terus wujud dengan derma ikhlas sebanyak $20, $35, $50 atau selebihnya.

Jika anda menghargai Wikipedia sebagai sumber maklumat – dan sumber inspirasi – saya berharap anda akan untuk bertindak sekarang.

Sekian, terima kasih.

Jimmy Wales (Pengasas Wikipedia)

Nota: Wikipedia merupakan kuasa masyarakat untuk melakukan perkara yang tidak mungkin wujud. Masyarakat seperti anda menulis ensiklopedia Wikipedia, satu demi satu patah perkataan. Masayarakat seperti anda menyumbang, satu demi satu derma. Begitulah besarnya kemampunan kita untuk membawa perubahan.

Sebenarnya terpulang kepada kita semua untuk memberi sumbangan atau tidak, apa yang paling penting ialah wikipedia ditubuhkan bukan untung semata-mata, ia merupakan open source information yang bebas dari iklan dan tidak terikat dengan mana-mana organisasi.

Sumber dan informasi yang lanjut untuk menderma sedikit bantuan disini.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik jimmy wales, pengasas wikipedia, pengasas wikipedia memerlukan dana, rayuan peribadi pengasas wikipedia, wikipedia, wikipedia bukan sumber sahih, wikipedia memerlukan bantuan kewangan, wikipedia perlukan kewangan yang stabil

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Fikri says

    December 4, 2010 at 9:48 am

    Dia nih ada facebook x??

    Reply
    • dnobiz says

      December 4, 2010 at 11:36 am

      hahaha,
      try cari mungkin ada kot 😀

      Reply
      • donny says

        December 4, 2010 at 1:37 pm

        sumber info yang popular.. terima kasih wikipedia.. yang mampu boleh derma hehe

        Reply
      • RedBoys says

        December 4, 2010 at 2:01 pm

        hahaha. mungkin ada kot. org popular ni. sure ada kot.

        Reply
        • dnoBiz says

          December 5, 2010 at 1:11 am

          betul tu, aritu aku cari Fin Jamal pun ada kat dalam tu hehehe

          Reply
    • suri says

      December 4, 2010 at 2:19 pm

      jejak jangan tak jejak heeee

      Reply
      • Zik says

        December 5, 2010 at 3:57 am

        jejak kasih..

        Reply
  2. ProfHariz says

    December 4, 2010 at 10:21 am

    Yea.. Aku respect dengan wikipedia…

    Reply
    • donny says

      December 4, 2010 at 1:37 pm

      mesti ramai staff depa nie

      Reply
      • RedBoys says

        December 4, 2010 at 2:02 pm

        mestilah ramai ni.
        entah2 dkt ribu2 pe. pergh. dasyat2.

        Reply
  3. Affan says

    December 4, 2010 at 10:22 am

    owh, patut lah kot byk kali aku bukak, ada gambar die kalau tak salah kat header wiki tuuu

    Reply
    • dnobiz says

      December 4, 2010 at 11:38 am

      aku tak perasan pulak pasal gambar tu

      Reply
      • RedBoys says

        December 4, 2010 at 2:05 pm

        ye2. aku baru je perasan ni. hehe.

        Reply
        • dnoBiz says

          December 5, 2010 at 1:13 am

          Hahaha
          betul la, memang ada pun , mcm mana boleh terlepas pandang ni 😀

          Reply
          • RedBoys says

            December 5, 2010 at 1:59 am

            aku x terlepas pandang, cuma kdang2 gmbr tu lmbt load. so, ignore je. hehe

            Reply
  4. dnobiz says

    December 4, 2010 at 11:37 am

    Sekarang ni pun dah macam macam pesaing Wiki ni yang wujud, yang terbari wikileaks

    Reply
    • donny says

      December 4, 2010 at 1:38 pm

      wikileaks?saya pun baru perasan ni

      Reply
      • suri says

        December 4, 2010 at 2:26 pm

        ada ke nama tu ..pertama kali mendegar nih..

        Reply
        • dnoBiz says

          December 5, 2010 at 1:15 am

          yang tengah hangat sekarang ni sampai ada negara yang nak saman pasal dedahkan maklumat sulit 😀

          Reply
  5. Ladfe Amir says

    December 4, 2010 at 11:38 am

    kadang kala. banyak juga info yang boleh digunapakai dengan wikipedia ni.

    tp ttg menderma tu, ianya mmg satu keperluan. mana ada benda kat dunia ni yg betul2 percuma. menderma seolah2 kita menderma ke pihak NGO ataupun persatuan-persatuan yang bertauliah

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:01 am

      yup…. wikipedia diantara… badan berkecuali bukan bermatlamatkan keuntungan …

      Reply
  6. Amir Said says

    December 4, 2010 at 12:08 pm

    wikipedia banyak membantu student2 kt uni… sbb rujukan utama Wikipedia. tengok resources yg wikipedia guna utk certain2 topik.

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:01 am

      wikipedia sources dia memang banyak.. dah macam library..

      Reply
  7. etomyam says

    December 4, 2010 at 1:00 pm

    kalau niat sedekah lagi berkat ilmu yg dikongsi tu muahaha 😀

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:02 am

      :biggrin: :biggrin: :sleeping: :sleeping:

      Reply
  8. donny says

    December 4, 2010 at 1:35 pm

    kenapa depa x letak iklan spt google?bole gak tampung kos…ni minta sedekah pula .. apapun tahniah dan terima kasih banyak2 wikipedia sebab banyak membantu saya dan anda.

    Reply
    • RedBoys says

      December 4, 2010 at 2:06 pm

      maybe dorg x mau semak sgt dgn iklan2 ni.
      x nak susahkan pengunjung. itu alasannya kot.

      Reply
      • suri says

        December 4, 2010 at 2:21 pm

        mungkin ada sebab2 yang tertntu kita tahu..kot2 dia nak jadikan wiki sbg perpustakaan maya …

        Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:06 am

      dah jelas dia cakap dari awal penubuhannya bukan bermatlamatkan keuntungan… kalau pasang adsense nampak dia dah lari dari matlamat.. walaupun dengan niat untuk tampung kos2 yang lain…

      Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.

      Reply
  9. keenan salim says

    December 4, 2010 at 1:51 pm

    kalau aku ne kayo cam adsense earner,mesti aku donate da ne,wiki ne important buat masa future

    Reply
  10. RedBoys says

    December 4, 2010 at 2:09 pm

    wah. hebatlah dorg ni.
    mampu menanggung kos tanpa pasang apa2 iklan. huhu.
    aku jarang guna wikipedia ni.

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 3:52 am

      sebab kau masih budak sekolah lagi…

      Reply
  11. suri says

    December 4, 2010 at 2:19 pm

    sumbangan ilmu itulah yang terbaik..

    Reply
  12. akubiomed says

    December 4, 2010 at 2:39 pm

    Saya memang perasan artikel mengenai beliau pernah keluar didalam The Star. Memang beliau memohon fund untuk maintain Wikipedia tak sangka beliau buat official annoucement

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:08 am

      data dah makin bertambah… , information dan juga server kena upgrade, macam2 lah dah meningkat…ni minyak naik harga lagi.. huhu

      Reply
      • akubiomed says

        December 5, 2010 at 10:45 am

        Masa dia bina Wikipedia bukan kerana nama atau duit tapi passionate dengan ilmu

        Reply
  13. syahrilhafiz says

    December 4, 2010 at 3:10 pm

    haha dia dah merungut. abih la lepas ni
    wiki masuk kena bayar..

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:08 am

      entahla… wikipedia bukan bermatlamatkan untung…

      Reply
  14. Faisal says

    December 4, 2010 at 3:33 pm

    kenapa dia tak letak ads je?mcm google adsense je.utk tambung kos apa salahnya..ttp free jgk kan

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:09 am

      bukan tak mahu letak… maka ia akan lari dari objektif sejak awal penubuhannya…

      Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.

      Reply
  15. Hadi Rofiee says

    December 4, 2010 at 3:37 pm

    Alamak, rayuan peribadi!, tahap serius dah ni. 😆

    Walaupun banyak maklumat boleh dapat dari Wikipedia, tapi aku sangat berhati2 dengan segala maklumat daripadanya. :ninja:

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:11 am

      boleh buat benchmark dengan sources lain… kalau tak , tak payah guna langsung…

      Reply
  16. rusliesophian says

    December 4, 2010 at 5:13 pm

    Memang wikipedia sumber rujukan masyarakat internet, tapi banyak juga fakta yang salah dan menyeleweng terdapat kat situ.

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:11 am

      ya memang.. sebab sesiapa yang ada akaun,, anytime jer boleh tukar …..

      Reply
  17. fendidahada says

    December 4, 2010 at 7:11 pm

    huhu..aku slalu je refer sini…banyak dah wikipedia bantu aku..huhu

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:12 am

      banyak membantu…

      Reply
  18. arrizz says

    December 4, 2010 at 7:17 pm

    aku gune wikipedia untuk tahu pasal artis luar negara jer..haha..kalau masok part2 nak cari info tentang Islam, wikipedia aku tolak tepi..takleh percaya sangat..

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:12 am

      yup… apepun kena refer sumber lain jugala …percaya tuh jangan 100%

      Reply
  19. Omar says

    December 4, 2010 at 8:05 pm

    jadi.. marilah kita menderma ke wikipedia..:)

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:13 am

      yup mari2… akaun paypal pun boleh…

      Reply
  20. MR.Z says

    December 4, 2010 at 8:30 pm

    banyak kos nak guna kalau nak maintanance wikipedia ni..Bandwidth mesti tinggi kaw-kaw punya.. hehe :biggrin: mesti kena ada pendapatan sampingan juga..

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:14 am

      sebab tuh mintak pertolongan …tiap2 tahun memang dia ada mintak sebenarnya…

      Reply
  21. NK says

    December 4, 2010 at 8:48 pm

    wah bagus, rajin translate,

    tapi kan, jimmy wales ni memang buat kutipan derma tiap2 hujung tahun, tahun2 yg lepas pun ade jugak buat…

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:16 am

      memang ada… huhu..

      Reply
  22. kulanz says

    December 5, 2010 at 12:10 am

    kalau ikhlas x salah tu bagi sumbangan.. lagipun wikipedia mmg elok juga buat sumber bacaan tambahan..

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:17 am

      bacaan tambahan untuk info… dan juga perbandingan dengan sumber lain…

      Reply
  23. sabree hussin says

    December 5, 2010 at 3:12 am

    wikipedia memang banyak membantu aku

    Reply
    • Zik says

      December 5, 2010 at 4:19 am

      yup… banyak juga…

      Reply
  24. Zik says

    December 5, 2010 at 4:03 am

    tak pasti …. sebab dia punya matlamat/objektif sejak penubuhan dia memang tidak bermatlamatkan keuntungan… open sources…

    Reply
  25. hazman aka species1980 says

    December 5, 2010 at 7:15 am

    Apa kata cadangkan dia mintak derma dari BILL GATES ker , MARK ZUCKERBERG ke….. ;-p

    Reply
    • Sir Marcello says

      December 5, 2010 at 11:45 am

      gua setuju..selalunya kalo bab2 camnie..depa ada networking..mesti dapat punya…

      Reply
  26. Fahmi Raazali says

    December 5, 2010 at 10:38 am

    hehe… selalu jugak guna wiki nie… tp xsume sumber dia boleh dipercayai… huhu kena tgk2 jugak 🙂

    Reply
    • Zik says

      December 6, 2010 at 12:45 am

      kena tengok sumber yang lain …. tapi kita boleh buat perbandingan jela…. kalau lain sumber tuh… wikipedia kadang2 memang banyak percanggahan …..

      Reply
  27. zulkbo says

    December 5, 2010 at 11:57 am

    salam..
    ringan-ringan kan lah tangan
    kalian menderma..kesian pulak..

    Reply
  28. wazy says

    December 5, 2010 at 10:07 pm

    wikipedia ni dah jadi sumber rujukan buat semua
    kalau ada rezeki nak gak tolong share sikit
    hanya sekadar yang termampu je la

    Reply
  29. Ali ridha says

    December 6, 2010 at 4:56 pm

    langsung tak kutip duit.

    Reply

Trackbacks

  1. Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia « news@yoys says:
    December 4, 2010 at 9:53 am

    […] See the original post here: Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia […]

    Reply
  2. Tweets that mention Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia | zikrihusaini.com -- Topsy.com says:
    December 4, 2010 at 1:45 pm

    […] This post was mentioned on Twitter by Ideas .Think .Shares, Izulman. Izulman said: RT @etomyam: RT @zikrihusaini Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia http://bit.ly/fXji3Y […]

    Reply

Leave a Reply to kulanz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Nota peperiksaan online PTD n29 2021
  • 5 Idea Bisnes Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini
  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??

Share this on WhatsAppTidak boleh dijadikan sumber rujukan yang sah,dikatakan pu…

%d bloggers like this: