• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Rahsia tandatangan yang mungkin perlu anda tahu??

Rahsia tandatangan yang mungkin perlu anda tahu??

Zik · Nov 18, 2012 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

sign zik, rahsia tanda tangan, tandatangan, info tanda tangan,

Setiap orang pastinya mempunyai tandatangan yang tersendiri, yelah ketika inilah masa yang paling happy bila nak sign check, tapi kena berhati-hati jugak tuh . Keh-keh.

Di bawah ini terdapat rahsia tersirat di sebalik struktur tandatangan mengikut sumber yang mungkin boleh dipercayai. Aku pesan awal-awal, jangan terima bulat-bulat. Cuma, jadikan ia sumber motivasi jer, hehe.

1. Tandatangan dengan satu garisan di bawah.

  • Dikatakan anda adalah seorang yang sangat yakin , mempunyai personaliti yang hebat, agak mementingkan diri sendiri dan percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu.

2. Tandatangan dengan satu titik di bawahnya

  • Seorang yang kelihatan mudah dan tenang tetapi mudah hilang kepercayaan kepada orang dipercayai apabila dikhianati.

3. Tandatangan dengan dua titik di bawahnya

  • Seorang yang romantic, mudah bertukar pasangan seperti menukar baju, lebih memilih kecantikan (bagi lelaki), sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita), dan mudah menarik perhatian orang untuk mendampingnya.

4. Tandatangan tanpa garisan/titik di bawahnya

  • Seorang yang seronok dengan kehidupan , ikut gaya dan cara sendiri serta kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama

  • Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka  nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.
  • Seorang yang sentiasa berusaha supaya bijak, suka berselindung, jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan

  • Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji. 

7. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar dibaca

  • Seorang yang cerdik tapi kurang hendak berfikir dan cepat menukar pandangan atau idea.

8. Tandatangan huruf tidak bersambung

  • Seorang yang sangat prihatin, tidak pentingkan diri sendiri, sanggup berkorban apa saja untuk orang lain, seorang pemikir tetapi mudah serik.

9. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

  • Seorang yang sangat baik, boleh sesuaikan diri dengan siapa saja dalam apa juga keadaan atau urusan, tegas dengan pendapat sendiri dan ada semangat yang tinggi

Jadinya, anda semua dari ketegori yang mana bentuk tandatangan anda??? cer kongsi, cer kongsikan bersama?? Er takda?? yang sipi-sipi pun jadilah. Apepun, kalau boleh tandatangan yang anda buat tuh, biarlah unik dan tersendiri, jangan tiru-tiru sign orang lain nih. Kalau nak cerita pasal sign nih, memang banyak, bahkan boleh dibuat cerita kot, apepun, tunggu jerlah kalau ada entri lain pasal signature ??? Hehe

sign zik, rahsia tanda tangan, tandatangan, info tanda tangan,

Sumber rahsia101

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik info tanda tangan, rahsia tanda tangan, sign zik, signature, tanda tangan, tanda tangan artis, tandatangan

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Bro Zulkbo says

    November 19, 2012 at 1:41 am

    salam..
    ermm..menarik,
    saya punya tandatangan tak
    tahu pula nak di gambarkan 🙂

    Reply
  2. donnyien says

    November 19, 2012 at 4:07 am

    saya suka tandatangan lepas tu buat garisan.. tq zik, menarik perkongsian awak..

    Reply
  3. akubiomed says

    November 19, 2012 at 1:14 pm

    Menarik mengkaji sifat disebalik pemilik tandatangan.

    Reply
  4. titan says

    November 21, 2012 at 1:54 am

    aku main sign aje. haha..

    Reply
  5. hafidz says

    November 21, 2012 at 10:58 am

    ok juga dapat tahu perihal tanda tangan nih 😀

    Reply
  6. sarhan says

    November 21, 2012 at 9:44 pm

    tandatngn i slalu tukar ikt citarasa… hnuhu

    Reply
  7. wandisini says

    November 23, 2012 at 11:05 am

    satu perkongsian yang menarik. aku ada tandatangan yang berbeza untuk setiap urusan yang berbeza. alhamdulillah tak pernah lagi tersilap

    Reply
  8. Kamal Mustafa says

    December 4, 2012 at 10:55 am

    Kalau tandatangan macam cacing…macam mano tue 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: