• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tutorial Blog/Nuffnang / Strategi jangka masa panjang blog anda!

Strategi jangka masa panjang blog anda!

Zik · Nov 7, 2012 · 7 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

strategi penulisan blog, strategi,

Melainkan anda mempunyai penulis sepenuh masa, pereka profesional dan bajet yang banyak untuk mengiklan dan mendapatkan trafik untuk blog anda, proses untuk menjadi popular merupakan proses yang panjang dan tidak akan tercapai dalam masa yang singkat.Malah, kebanyakan blog yang popular mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi sebuah blog yang benar-benar berjaya.

Untuk memiliki blog yang bagus dan popular, anda perlu menulis dan mengarang tanpa henti setiap hari. Anda mungkin merupakan seorang penulis yang baik hari ini, namun bolehkah anda mengekalkan prestasi sebaik hari ini untuk hari seterusnyadan seterusnya??? aku pun masih lagi terfikir lagi sehingga hari ini. Hua hua..

Inilah masalahnya. Untuk jangka masa yang panjang, anda perlukan satu strategi bagi memastikan blog anda tidak terabai. Terdapat tiga faktor yang perlu anda tumpukan iaitu: Inspirasi, motivasi dan fokus.

Inspirasi

  1. Menulis untuk pengguna yang anda sasarkan. Dengan menulis untuk sebuah topik semata-mata merupakan satu jalan yang membawa anda ke kehabisan modal. Maksudnya, satu hari nanti anda sudah memerah topik tersebut dan tiada apa lagi yang boleh anda bincangkan. Sebaliknya, karang isi kandungan untuk pengguna sasaran anda. Pastikan siapa mereka dan tulis artikel untuk khas untuk memenuhi permintaan mereka. Dengan cara ini, anda akan mendapat inspirasi untuk menulis.
  2. Sentiasa catat idea anda. Inspirasi merupakan satu faktor penting untuk blog anda. Tanpa inspirasi, anda tidak akan mempunyai kreativiti. Tanpa kreativiti, anda tidak akan ada idea. Oleh itu, anda harus sentiasa catatkan idea-idea anda dari masa ke semasa sebagai persediaan. Dengan ini, anda tidak akan mengalami ‘kekeringan idea’ untuk menulis. Jika pada suatu hari anda terasa ‘kurang kreatif’, buka sahaja buku catatan anda dan kembangkan idea yang anda sudah tulis tersebut.

Motivasi

  1. Berhubung dengan pembaca anda. Dengan menganggap pembaca blog anda sebagai trafik semata-mata, anda akan kehilangan keseronokan untuk menulis. Ini kerana anda tidak benar-benar pedulikan pendapat mereka dan apa yang mereka mahu. Ingat, setiap digit perkataan yang memaparkan pembaca blog anda merupakan pengguna yang mengambil masa mereka untuk membaca apa yang anda tulis dan perbincangkan. Ambil sedikit masa untuk berinteraksi dengan mereka. Kenali mereka dan lebih bagus lagi, bantu mereka. Aktifkan diri anda dengan membalas komen-komen mereka. Percayalah, ianya berbaloi.
  2. Tetapkan gol jangka masa panjang. Ini akan membantu anda untuk memotivasikan diri anda. Jangan setkan matlamat yang terlalu tinggi sehinggakan anda sendiri rasa ianya seperti mustahil untuk dicapai. Sebaliknya, buatkan matlamat anda seperti sebuah tangga. Contohnya, mula-mula anda setkan matlamat anda untuk mendapatkan 50 pelawat tetap. dalam sehari contohnya. Apabila anda mencapai matlamat tersebut, anda naikkan lagi matlamat anda kepada 100 pelawat pula. Dengan ini anda akan merasa puas hati kerana mencapai matlamat anda dan bersemangat untuk mencapai matlamat yang seterusnya.
  3. Jana pendapatan. Jika blogging membantu dalam hal kewangan anda, gunakan faktor ini sebagai satu motivasi. Jika tidak, apa salahnya anda mula mencuba. Jika anda sudah mula mencuba tetapi seperti tidak berhasil, cuba guna taktik yang berlainan. Cuba jana pendapatan melalui sesuatu yang benar-benar anda minati. Mungkin anda boleh jadikan hobi anda sebagai satu sumber keuntungan.

Fokus

  1. Blogging mengikut keselesaan anda. Jika anda merasakan menulis post memberi kesan negatif kepada aspek lain di dalam hidup anda, itu maknanya anda tidak melakukannya dengan betul. Apa yang perlu anda lakukan ialah, tanya diri anda sendiri sekerap mana anda mahu menambah post di dalam blog anda. Dan kekerapan ini perlulah kekerapan yang tidak membebankan diri anda sendiri. Boleh jadi anda selesa untuk post seminggu sekali, ataupun tiga hari sekali. Terpulanglah. Yang penting, ianya perlu konsisten. Blogging seharusnya merupakan satu hobi, bukan satu pekerjaan.
  2. Simpan post untuk hari-hari kecemasan (save as draft). Ada hari di mana anda rasa bosan, tidak sihat ataupun pergi bercuti di mana anda tidak mahu ambil tahu tentang blog anda, apatah lagi mengarang. Hari-hari seperti ini aku panggil ‘hari-hari kecemasan’ di mana anda perlukan isi kandungan agar blog anda tidak terabai.Seelok-eloknya, anda karang satu post lebih dalam seminggu untuk sebulan. Dan post-post ini anda simpan untuk ‘hari kecemasan’ tersebut. Mudah dan jimat! Post siap sedia, blog sentiasa terjaga, anda boleh berehat!

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Tutorial Blog/Nuffnang blogging strategi, strategi dalam blog, strategi dalam penulisan blog, strategi jangka masa panjang blog anda, strategi penulisan, tips penulisan blog, tutorial blog

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Kamal Mustafa says

    November 7, 2012 at 7:14 am

    Info yang sangat mantap, sesuai untuk blogger macam KM nie.

    Reply
  2. Jebeng Otai™ says

    November 7, 2012 at 10:18 pm

    mmg perlu strategi dan perancangan yang baik dlm blogging ni..

    Reply
  3. neu says

    November 8, 2012 at 7:22 pm

    kalau hendak berjaya dgn blog perlu banyak besabar. insya’allah ada hasilnya nanti

    Reply
  4. Razlan says

    November 8, 2012 at 10:46 pm

    Lama da tak update blog,,ne baru nak mula balik…post terbaikla bro zik

    Reply
  5. pahan says

    November 8, 2012 at 11:13 pm

    kalau kat blog aku. aku memang buat post draft setiap kali ada idea. lepas tu, ada idea sambung balik.hehe. setiap hari 1 post sekurang-kurangnya.hehe

    Reply
  6. akubiomed says

    November 9, 2012 at 11:34 am

    Kalau hendak berjaya dengan blog perlu pasang strategi ampuh.

    Reply
  7. donnyien says

    November 17, 2012 at 5:44 am

    tengah susun strategi untuk naikkan kembali rank blog.. terima kasih di atas perkongsian ni zik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021
  • Dividen kwsp 5.2 konvensional, 4.9 peratus shariah 2020
  • Live streaming Kuala Lumpur United vs Selangor (piala prihatin menteri wilayah) 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Contest Tutorial Blog/Nuffnang

Tip blogging terbaik, fasa pertama

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Contest seo semakin menghampiri garis penamat…

%d bloggers like this: