• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Qari Mesir, qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010

Qari Mesir, qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010

Zik · Aug 3, 2010 · 44 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tilawah Al-Quran untuk M 1431 H, tahun 2010 sudahpun berakhir. Qari dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed dan qariah dari Pakistan, Samia Khanan masing-masing muncul johan bahagian qari dan qariah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, yang berakhir di sini malam ini.

Hani memperoleh markah 91.46 peratus, manakala Samia mendapat 91.08 peratus.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM32,5000 (AS$ 10,000), piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan, yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Qari Malaysia tempat kedua. Tempat kedua bahagian qari dimenangi Wan Ainuddin Abdullah dari Malaysia (beliau sebenarnya demamdah dekat 2 hari, tapi tak sangka dia dapat no2)  yang mendapat 90.75 peratus markah dan ketiga, Abdul Wadoud K Esmail dari Filipina yang memperoleh 89.63 peratus markah.

Tempat kedua bahagian qariah pula dimenangi Dayang Nurfaezah Emran dari Brunei yang mengumpul 90.17 peratus markah, manakala tempat ketiga Monaifah A Bogabong Alawi dari Filipina yang memperoleh 88.75 markah.

Naib Johan menerima wang tunai berjumlah RM22,750 (AS$7,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala pemenang tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM13,000 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan.

Bagi hadiah sagu hati pula setiap peserta menerima RM4,875 (AS$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan.

Seramai 72 peserta dari 45 negara mengambil bahagian dalam tilawah bertema ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’ yang berlangsung selama lapan hari sejak 27 Julai lalu.

Nampaknya jumlah penyertaan meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lalu. Empat negara yang pertama kali menghantar peserta tahun ini ialah Tazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Tahniah, diucapkan kepada pemenang, namun sebenarnya pertandingan ini bukan untuk bertanding suara siapa sedap, yang penting ialah kita ingin mengamalkan, maksud yang tersirat kalam suci ayat Allah yang mempunyai banyak kelebihannya.

Nota: Tak nampak pun DS Najib?? Sibuk kot..

Sumber disini.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan johan tilawah alquran 2010, Qari Mesir, qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. fahmi ibrahim says

    August 3, 2010 at 4:53 pm

    Tak sempat tengok walau satu episod. Sempat dengar dalam kete je sekali sekala..

    Reply
    • Affan says

      August 4, 2010 at 4:02 am

      ok lah tu. hehe.

      Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:28 pm

      dengar pun dapat pahala..

      Reply
  2. sinagarimba says

    August 3, 2010 at 6:17 pm

    mak saudara ada jadi qariah. tapi lepas pas merintah terus tak jadi qariah. rasanya pernah wakil kelantan dulunya

    Reply
  3. sinagarimba says

    August 3, 2010 at 6:19 pm

    tapi qari dari malaysia, kalau tak tempat pertama, mesti naib juara atau tempat ketiga. meman hebat wakil kita

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:28 pm

      memang boleh tahan… 🙂

      Reply
  4. boy_bersahaje says

    August 3, 2010 at 6:31 pm

    Ic, sekarang Malaysia dah ade challenge la. Kalau tak dulu asyik Malaysia je yang menang hehehehe

    Reply
    • Affan says

      August 4, 2010 at 4:03 am

      lebih kurang lah. mmg Malaysia selalu gak menang. rezeki 🙂

      Reply
  5. tehr says

    August 3, 2010 at 7:03 pm

    nengok tv je
    bila la akan sempat nengok live

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:30 pm

      live dia punya dengarnya fuhhh… menusuk kalbu..

      Reply
  6. Muhd Suhaily says

    August 4, 2010 at 1:21 am

    Ada tengo tapi tak abis…tengo kejap kejap…

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:33 pm

      tengok juga …sekurang-kurangnya

      Reply
  7. nash says

    August 4, 2010 at 2:01 am

    owh..nie rupenyer blog dot com kamu….so aku nak tanyer better aku jelajah di blog nie atau yang free pyer? huhu..sje jerk..ehehehehe…
    tapi nak tanyer..nape stiap tahun buat kat Malaysia ea? xde ke buat bergilir2 kat negara lain? just tanye jerk..huhu

    http://nash121.blogspot.com/2010/08/apa-korang-tau-mengenai-mi-segera.html

    Reply
    • muhammad fakhruddin says

      August 4, 2010 at 7:40 am

      Mungkin antara sebab utamanya ialah Malaysia ialah negara yang mencadangkan dan memulakan penganjuran Tilawah Al-Quran Antarabangsa,atas usul Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961.

      Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:34 pm

      better datang ke blog nie… sebab jarang update yang blogsopt tuh nash…

      Reply
  8. ST says

    August 4, 2010 at 2:12 am

    hehe.. memang sibuk agaknyer 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:34 pm

      sibuuekk.. pilihanraya dah makin hampir nie…hihi

      Reply
  9. mancai says

    August 4, 2010 at 2:44 am

    tahniah… tahun ni je aku tak dapat pegi tak seperti tahun2 sebelum ni…

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:35 pm

      owh yeke…

      Reply
  10. Affan says

    August 4, 2010 at 3:59 am

    Salam.

    Tahniah kepada pemenang.
    *Rasanya peserta2 Malaysia mmg selalu mng kan?

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:36 pm

      W’salam erm memang betul biasanya macam tuhla…

      Reply
  11. ishak says

    August 4, 2010 at 7:15 am

    kalau datuk najib mempedengarkan bacaan ayat suci kata televisyen kan elok

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:36 pm

      fuh.. memang best tuh…

      Reply
  12. papabear says

    August 4, 2010 at 7:28 am

    ohh Malaysian dah tak champion lagi dah eh? kalau dulu2 asyik orang kita jer 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:37 pm

      yup.. tahun nie dapat no 2 je…

      Reply
  13. fiezaradzi says

    August 4, 2010 at 8:00 am

    tahniah buat pemenang dan semua peserta.. Juga kepada semua yg pergi dan dengarkan kat tv.. bagus program camni.. johan qari siap puji & kata msia sgt untung sbb de acara sebegini…

    Reply
    • Zik says

      August 6, 2010 at 6:11 pm

      betul tuh kak.. 🙂

      Reply
  14. suri says

    August 4, 2010 at 8:58 am

    mengaji kena habis klu tak ayah mak bsing..huhu..

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:38 pm

      yang penting ialah konsisten…

      Reply
      • suri says

        August 6, 2010 at 4:28 am

        betul2 heee kalu tak rotan kena kat punggung heee

        Reply
  15. x-po says

    August 4, 2010 at 3:20 pm

    walaupun dpt tempat kedua je, kita ptt berbangga dgn dia. 🙂

    Reply
    • Zik says

      August 4, 2010 at 5:38 pm

      yea betul tuh bro…

      Reply
  16. Zik says

    August 4, 2010 at 5:26 pm

    fuh teknologi… cuma kita nie nak tak nak je nak bacanya..huhu

    Reply
  17. Zik says

    August 4, 2010 at 5:27 pm

    owh yeker.. baru tahu..hehe

    Reply
  18. sufian says

    August 4, 2010 at 5:54 pm

    balik kg pun orang tua cerita ni..

    you are listed http://sufian.info/tukar-links/

    Reply
    • Zik says

      August 6, 2010 at 6:12 pm

      ok bro dh link kan sekali ..terima kasih..

      Reply
  19. madlut says

    August 5, 2010 at 3:13 am

    sempat tengok 2 malam…

    Reply
    • Zik says

      August 6, 2010 at 6:12 pm

      bagus bro.. 😉

      Reply
  20. wazy says

    August 5, 2010 at 5:41 am

    Berkesempatan tengok tilawah ni 2 kali je,tapi tenang juga bila dengar bacaan qari dan qariah

    Reply
    • Zik says

      August 6, 2010 at 6:13 pm

      tenang dan menusuk kalbu…

      Reply
  21. Amir says

    August 5, 2010 at 7:02 am

    “….qari dan qariah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52, yang berakhir di sini malam ini.”…

    di sini tu di mana zik? KL ke Taman Tamadun Islam kt Terengganu? sbb tahun lepas buat kat situ….

    btw, najib nak ke datang ke tempat2 cmni. hehe.

    Reply
    • Zik says

      August 5, 2010 at 10:01 am

      tahun nie buat dekat PWTC… KL

      Reply
  22. Thoha says

    August 5, 2010 at 3:53 pm

    tahniah kepada wakil dari Malaysia walaupun kurang sihat…

    Reply
    • Zik says

      August 6, 2010 at 6:13 pm

      yup betul tuh bro.. rezeki jugak tuh dapat no2…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Gambar sepuluh 10 imam muda 2011

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGNampaknya 10 imam muda untuk tahun 2011 sudah …

Kerohanian/Keagamaan

Mengharap rezeki ramadhan.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Mengharap sinar rezeki ramadhan   SEBAHA…

Kerohanian/Keagamaan

Imam muda 2 2011, minggu ke 8, (pengurusan jenazah)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tugasan untuk minggu ke 8 ialah pengurusan je…

%d bloggers like this: