Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Pokok kelapa laut, asal-usul dan ciri-cirinya khas.

Pokok kelapa laut, asal-usul dan ciri-cirinya khas.

Zik · Jul 11, 2011 · 48 Comments

Share this on WhatsApp

tree coconut, the coconut tree, pokok kelapa laut, pokok kelapa laut afrika, coco de mer

Pokok Kelapa Laut atau dalam bahasa inggeris dipanggil : coco de mer) yang merupakan ahli tunggal dalam genus Lodoicea, ialah sejenis palma yang berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse di Seychelles. Ia tak sama seperti pokok kelapa biasa di rumah kita di kampung halaman.

Nama saintifik pokok kelapa laut.

Nama botaninya ialah Lodoicea maldivica. Pada satu ketika, pokok ini juga boleh didapati di Pulau St. Pierre, Pulau Chauve-Souris, dan Pulau Round yang merupakan sebahagian kepulauan Seychelles, tetapi kini telahpun pupus. Pokok Kelapa Laut kini merupakan salah satu spesies nadir yang terlindung. Bagaimanapun, pokok ini kini ditanam di Seychelles untuk membantu memulihara spesies ini, dan juga ditanam di banyak kawasan tropika sebagai pokok hiasan.

Ciri-ciri pokok ini.

Pokok Kelapa Laut mempunai kebolehan untuk membesar tinggi sehingga 25-34 meter tinggi. Tinggi tuh, nak memanjat pun gayat dibuatnya. Daun-daunnya yang berbentuk kipas adalah sepanjang 7-10 meter dan selebar 4.5 meter, dengan petiol yang panjangnya 4 meter. Pokok ini bersifat dioesius, iaitu pokok jantan dan pokok betina adalah berasingan. Bunga jantan seolah-olah katkin, dan sepanjang satu meter.

Buah Kelapa Laut mengandungi biji yanbuah pokok kelapa laut , buah kelapa laut, buah muda kelapa laut,
air kelapa laut, ciri-ciri pokok kelapa lautg terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah.

Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Asal-usul mendapat nama pokok kelapa laut.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad.

Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.

Jangka hayat pokok kelapa laut:

Boleh mencecah 80-100 tahun. Lama seyh.

Sumber wikipedia.org

Share this on WhatsApp

Alam sekitar ada apa dengan kelapa laut, air kelapa laut, ciri-ciri khas kelapa laut, ciri-ciri pokok kelapa laut, nama saintifik pokok kelapa laut, pokok kelapa laut, tinggi maksimum pokok kelapa laut

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. fendidahada says

    July 11, 2011 at 8:52 am

    aku suka air kelapa laut..sedap..

    ubat batuk cap kelapa laut pun best..huhu

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 2:07 am

      air kelapa laut kat pasar2 ada jual…

      Reply
  2. anif says

    July 11, 2011 at 8:54 am

    πŸ˜€ Info yang menarik mengenai Kelapa Laut. Kebetulan, ada cerita mengenainya di Majalah 3 tempohari tentang penghasilan gula daripada niranya.

    Reply
    • Chipcoklat says

      July 11, 2011 at 4:07 pm

      btul tu anif.. chip ade tgk cara dia buat gula tu.. btul2 guna teknologi tradisional.. hehehehe… tp chip sendiri tak pernah humpa lagi kelapa laut ni.. air dia rase mcm air kelapa biasa jugak ke.. atau rasa ubat batuk? kehkehkeh..

      Reply
      • Zik says

        July 12, 2011 at 2:04 am

        hui sedap air dia..tunggu episod akan datang..hehe

        Reply
  3. tengkorak emas says

    July 11, 2011 at 8:56 am

    sebelum ni tau ubat batuk cap kelapa laut je hehe..

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 2:14 am

      buat minum air dia fuh sedap beb..

      Reply
  4. MDHAFiZ.NET says

    July 11, 2011 at 9:19 am

    setakat ni belum pernah jumpa lagi..eheh… πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 2:17 am

      air dia dah minum lum???

      Reply
      • MDHAFiZ.NET says

        July 12, 2011 at 8:53 am

        kalau buah dia pun tak jumpa lagi..jangan kata nak minum air dia…

        Reply
  5. zulkbo says

    July 11, 2011 at 10:45 am

    salam Zikr..
    ubat batuk tu..
    bagus di makan
    selalu
    πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 2:18 am

      betul2 ubat batuk tuh.

      Reply
  6. mhnizam says

    July 11, 2011 at 10:57 am

    Tak jumpa lagi ni….memang ubat batuk je la setakat ni jumpa yg real punya tak jumpa lagi macam susah je nak dapat

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 2:39 am

      jumlah pokok nih tak banyak seperti pokok kelapa biasa… huhu

      Reply
  7. muhammad fakhruddin says

    July 11, 2011 at 3:01 pm

    Pernah nampak tapi tak pernah merasa airnya atau isinya. Tengok kat Wiki rupa-rupanya masuk senarai spesies terancam juga ya.

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 12:32 pm

      dah nak pupus …sebab pokok nie tak banyak berbanding pokok kelapa..

      Reply
  8. izwannizam says

    July 11, 2011 at 4:19 pm

    ubat batuk cap kelapa laut je tahu…huhu

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 12:36 pm

      air dia dah pernah rasa?? sedap tuh… huhu

      Reply
  9. Nik Thoha says

    July 11, 2011 at 6:13 pm

    Memang tidak pernah kenal pon pokok kelapa laut sebelum ni..bila baca entri ni baru kenal..hehe

    Reply
  10. Razlan says

    July 11, 2011 at 6:33 pm

    Dekat area kg aku ada 3-5 pokok kelapa laut ne ,dekat kedah kami panggil pokok ne pokok thai ,pernah makan juga buah ne rase isinya lebih kurang kelapa biasa jer,cume nak ambil nyer payoh benor

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 12:57 pm

      susah sikitla…nak buat air…kena amik yang muda2..

      Reply
  11. Lizz says

    July 11, 2011 at 7:09 pm

    lar,ini ke namanyer kelapa laut???selalu minum ubat batuk cap kelapa laut tapi xtau bentuknyer pun.hahahahaha

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:01 pm

      sila minum air kelapa laut di pasar2 malam..ada rasanya..

      Reply
  12. BG says

    July 11, 2011 at 7:56 pm

    Good info.

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:11 pm

      dah pernah minum air kelapa laut?? r

      Reply
      • BG says

        July 12, 2011 at 8:45 pm

        Tak pernahlah ZiK…

        Nanti kalau ada jual di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam saya cuba… πŸ™‚

        Reply
  13. azura says

    July 11, 2011 at 9:07 pm

    saya pun tak pernah berkenalan dengan kelapa laut afrika ni

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:12 pm

      selamat berkenalan dengan kelapa laut afrika nih… kat malaysia tak banyak pokok kelapa nih…

      Reply
  14. nash says

    July 11, 2011 at 11:28 pm

    pelik aku tengok kelapa nih
    hahhaha
    macam kene bakar jerk
    kehitaman2
    hahaha

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:15 pm

      memang itu dia punya buah dia…

      Reply
  15. Fitrihadi says

    July 12, 2011 at 2:52 am

    perghh lama gak pokok kelapa laut ni boleh hidup! caya lah!

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:16 pm

      lebih dari umur manusia….

      Reply
  16. tehr says

    July 12, 2011 at 4:07 am

    aku tak pernh pegng kelp laut ni
    ada air tak, bro?

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:16 pm

      ada .. tak banyak.. biasanya yang buat air , kita ambil yang kelapa muda punya..

      Reply
  17. Esempoi says

    July 12, 2011 at 8:24 am

    kelapa laut? lain ek dari kelapa biasa
    baru tahu lak

    Reply
    • Zik says

      July 12, 2011 at 1:17 pm

      lain… air nih memang sedap…

      Reply
  18. nuriz says

    July 12, 2011 at 8:16 pm

    tak pernah rasa le air kelapa laut, teringin pulak, bukan kelapa dan orkid kan hehe

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 1:24 am

      lebih kurang air kelapa biasa.. haha tapi kena rasa dululah… baru tahu beza air nih… warna air dia lain

      Reply
  19. Princess Zezebel Lair says

    July 12, 2011 at 10:52 pm

    Tiba-tiba teringat ubat batuk cap kelapa laut afrika lah pla…

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 1:34 am

      ubat batuk cap ibu dan anak… hihi

      Reply
  20. Niena Pengembara Ilahi says

    August 28, 2011 at 6:48 pm

    kt kelantan panggil buah tar.. banyak jual kt tepi2 jalan.. πŸ™‚
    tp sy xpnah tgk pokok nye camne

    Reply
  21. stafaband says

    November 1, 2017 at 10:21 pm

    DI daerahku buah ini dijadikan minuman es. Enak banget

    Reply
  22. stafaband says

    November 1, 2017 at 10:22 pm

    Liat buah ini jadi teringat kampung halaman πŸ™

    Reply
  23. planetlagu says

    November 1, 2017 at 10:24 pm

    makasih akak. ini nanti mau saya jadikan referensi tugas sekolah πŸ˜€

    Reply
  24. Uyeshare says

    July 7, 2018 at 9:14 pm

    Postingannya sangat bermanfaat bagi saya, ditunggu postingan lainnya pak admin

    Reply
  25. laguaz says

    October 28, 2018 at 12:12 pm

    makasih banyak kak, sangat bermanfaat bagi saya

    Reply
  26. planetlagu says

    January 13, 2020 at 11:26 pm

    boleh saya jadikan rujukan untuk tugas kisi kisi saya nggak ya?

    Reply
  27. seltra regi regi says

    January 13, 2020 at 11:27 pm

    terimakasih, bolekah saya share?

    Reply

Leave a Reply to stafaband Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.