
Bila kita memerhatikan pokok kelapa ini dari jauh, pokok ini tinggi dalam 8-10 meter. Namun ada juga baka yang tak berapa tinggi. Cuba anda lihat dari akar hinggalah ke puncak pokok kelapa. Macam tak percaya, kegunaannya masih lagi relevan hingga ke hari ini. Bukan sekadar untuk berteduh (kalau kelapa jatuh kat kepala, sakit tuh).
Apakah yang kita boleh buat dengan pokok kelapa nih?
- Dari batang pelepahnya kita boleh buat penyapu lidi.

- Dari daun muda pelepah kelapa, boleh kita buat daun ketupat.

- Buahnya boleh kita dapat air untuk kita minum. Air coconut shake. Fuh sedapnya.

- Air madunya (sebelum jadi buah kelapa) boleh dijadikan gula merah.
-
Santan kelapa dijadikan bahan dalam masakan, lemak cili api, nasi lemak, air cendol.
D’egan kelapa muda pun boleh dimakan. Biasanya ada sekali d’egan ini, diletak kalau jual air di tepi jalan.- Sabut kelapa juga dapat digunakan untuk membuat tali. Tempurung kelapa boleh dijadikan tabung dan barang-barang hiasan iaitu kraftangan seperti keychain, congkak mini dan sebagainya. Dalam pada itu juga, digunakan dalam menjadi bahan pengawet, penyerap air, baja, dan berus untuk membasuh baju (orang-orang dulu).
- Boleh buat minyak masak, minyak rambut. Sabun pun boleh.
- Ubat urut, gatal-gatal pun boleh juga, hasil dari membuat minyak kelapa ditambah sedikit dengan bahan-bahan lain.
- Batangnya pun boleh dijadikan jambatan. Zaman dululah orang gunakan sebagai jambatan selain dari batang pokok pinang,
pokok pisang.
Dan macam-macam lagi. Sungguh kita tak sangka, pokok kelapa yang macam itu pun ada banyak kegunaanya. Kawan-kawan, kalau ada nak tambah?? Dipersilakan.
Akan datang: Kegunaan batang kelapa dan tempurung kelapa dalam dunia kraftangan.

Pingback: Pokok kelapa laut, asal-usul dan kegunaannya | Zikri Husaini
nk share jgk..mase kecik2 dulu masa mandi sungai
guna buah nyor komeng wat pelampung tak nak bg tenggelam
best sgt.
teringat time zaman sekolah dulu, time kelas seni, cekgu aku ada abaq, pokok kelapa ada seribu kegunaan huhu
betullah tuh cikgu hang cakap..
Orang tua2 cakap kalau ada luka baru jangan minum air kelapa. nanti parut tak hilang. betul ke?
tak tahulah aku…
sebelah umah ada tanam pokok kelapa…syok minum ayaq nyoq…sejuk badan …
sejuk badan…time demam tuh elok sangat…
suka kelapa jelly dan coconut shake…
kelapa jelly seringgt kalau kat sini..tempat lain tak tahu berapa harganya
time kawe sekolah dulu, buahnya kena guna gak jadi bola boling di funfair…

Ismail N recently posted..Kopi KFC Kentucky Fried Chicken
ingatkan bowling yang betul punyer..hehe
Pokok yg serbaguna pelbagai guna hehehe
Lagi satu, daun kelapa tu boleh buat kesat taik ayam bila berak merata. Hehehehe (ni kes kat kg aje selalunya)
kalau kat kg.. buat tutup jalan lecak..
Inilah pokok serbaguna namanya.
Kamal Mustafa recently posted..Review Filem – Nur Kasih The Movie 2011
yup, memang btul tapi dah tak byk org tanam skrg.
Ramli recently posted..Terbunuh kerana operasi cegah maksiat — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
salam Zikr..


umbut nyok buat gulai
kawah sedap campor
dengan daging lembu..
yummm..yummm..
zulkbo recently posted..Petua Menghadapi Musim Hujan Petir
sedap tuh bang zul….
pokok kelapa mmg banyak gunanya..
tapi air kelapa muda mmg terbaik.. hehe
air kelapa muda nih yang banyak khasiatnya…
macam2 kegunaan nya kan..
perghh..pic coconut shake tu..sgt menyelerakan la..dpt satu..mmg best..
santan kelapa..selain utk masakan..leh digunakan utk melebatkan dan mencantikkan rambut….
rambut pun dah mula gugur nih.. huhu
Wah teringat air kelapa muda kat padang kota ngan batu feringghi,huhu
Razlan recently posted..Contoh Resume Bahasa Melayu
sedapnya… nasib baik tengah malam…. so taklah terliur..hehe
teringat karangan masa upsr dulu..cikgu suruh buat karangan tajuknya kebaikan buah kelapa..ambik..2 muka surat depan belakang bagi..cikgu sampai malas baca..dia bagi A terus. haha..
titan recently posted..Komisen kedua dari Bidtraffic
perggh tak cakap banyak..dapat A tuh… aku Bm jarang2 dapat A….
kat kampung aku dah banyak pokok kelapa kena tebang
huhu
tehr recently posted..Korban Dan Punca Tanah Runtuh
samalah….
fuh..sedap ketupat tu kalau dimakan dengan kuah satay..

MDHAFiZ.NET recently posted..Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik 2011 Sesi Jun 2011
sedap memang sedap tuh… hehe
Siapa tidak kenal pokok kelapa yang terkenal sebgai pokok serbaguna. Semasa kecil dahulu teringat melurut pelepas pokok kelapa bersama ibu untuk dijadikan penyapu lidi
penyapu lidi jimat dari guna penyapu beli….
pelepah boleh buat main lumba2, tempurungnya pun boleh buat sukaneka lumba kaki tempurung, aha semua pasal sukan je
tengkorak emas recently posted..Goodbye Blackpool- Glory United
dulu masa tadika sukan begini mmg popular TE
TE konpem dulu suka masuk acara ni
Nyum-nyum…
kelapa dengan seribu kegunaanya. Umbut kelapa juga boleh dijadikan sayur.
Malaysia Travel Blog recently posted..Tuaran crocodiles farm
memang tak rugi la tanam pokok kelapa. banyak sangat kegunaannya
nasslimdiet2 recently posted..Sample percuma Alpha Lipid Sleep Time
betul2.. cuma amik masa nak besar , dan tinggi… huhu
Assalam..
Daun nyok/kelapa jgk bulih buat permainan spt kipas angin, bakul telur dan tikar yang dianyam serta perhiasan yg orang asli pakai kat kepala tu tp tak tahan lama sbb akan kecut…..
batangnya juga boleh buat tempat duduk kalau potong kecil2, pun tak tahan lama sbb lama2 akan reput.
Lidinya tu boleh buat lekaq (bahasa utara) untuk meletakkan periuk 2 belanga.
iza recently posted..Luahan Rasa
letak periuk belanga… satu benda baru..
Kita di Asia ni jer kot yang tahu kegunaan pokok kelapa ni….

Sabahan Bloggers Club recently posted..Adsniaga internet advertising community
betul juga… negara lain … tak penah nampak kot… pokok nih… kejam gila statement
betul ke eja ketupa tu? mungkin aku yang salah sebab slang ke
rasanya yang madu tu orang panggil nira
nira nipah, nira kelapa, ada juga panggil tuak. tapi ok la kira madu la sebab manis
syafiq recently posted..Lomo LC-Wide
aku salah eja.. sebab tertinggal.. hehe…
Post yang menarik, teringat masa sekolah rendah dulu. Tajuk karangan berkenaan kegunaan pokok kelapa.
afzal laidin recently posted..Komunikasi bukan semata kata-kata
hehe lebih kurang macam tuhla… cuma diterjemahkan dengan gambar dan point jer..
sebenarnya dalam batang pokok kelapa umbut kelapa dekat dengan bahagian atas. warna putih. itu pun boleh makan juga. tapi kena tebang pokok kelapa lah..
naimulfirdaus recently posted..peluang promosi blog selama sebulan
Betul tu. Gambar ketupat dan coconut shake bisa menyebabkan air liur meleleh di pagi hari sebegini.
Pohon seribu guna

muhammad fakhruddin recently posted..Tiada Kata Secantik Bahasa…
feberet aku umbut kelapa tu. masak lemak sedap. biasanya waktu kenduri ada, tapi masa rewang la
nasslimdiet2 recently posted..Sample percuma Alpha Lipid Sleep Time
Biasa orang tua2 tu suka makan umbut kelapa.
Hisyam recently posted..Sejarah Kemunculan Blog