
PINDAAN TARIKH UNDIAN DAN KEJOHANAN TM PIALA MALAYSIA 2020.
Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk meminda tarikh saingan TM Piala Malaysia berikutan situasi semasa penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Kalau covid 19 tak naik rasanya dah ok kot. Ini tak, dah makin jadi haru biru jadinya. Apepun kesihatan rakyat jelata harus diutamakan buat masa ini. Ianya bukan sesuatu yang mudah.
Dengan undian TM Piala Malaysia bakal diadakan pada 1 November 2020, sepak mula saingan TM Piala Malaysia yang pada awalnya dijadual pada 25-26 Oktober 2020 terpaksa dipinda ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November 2020.