Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / PETALING JAYA LEBUR EGO JDT DI BUMI LARKIN, TEWASKAN JDT 1-0!!

PETALING JAYA LEBUR EGO JDT DI BUMI LARKIN, TEWASKAN JDT 1-0!!

Zik · Jul 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super.

PJ City FC lebur rekod tanpa kalah JDT!!

LARKIN JOHOR BAHRU. KELAB Petaling Jaya City FC berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas juara Liga Super 2019 itu pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam semalam.

KEPUTUSAN PENUH : 

JDT 1-0 PETALING JAYA FC

Jaringan oleh:

Washington Brado Dos Santos 63″

Kekalahan itu meranapkan impian JDT untuk mengulangi pencapaian pada musim 2016 yang menyaksikan mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan, sekaligus bergelar juara Liga Super buat kali berturut-turut.

Untuk rekod, kali terakhir JDT tewas di laman sendiri adalah pada pusingan ketiga Piala FA pada 17 April lepas dengan keputusan 0-1 kepada PKNS FC.

Pada aksi malam itu, penyerang import dari Brazil, Washington Brandao dos Santos muncul wira PJ City FC apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi rembatan kencang di dalam kotak penalti pada minit ke-63.

Untuk rekod, kedua-dua perlawanan berkenaan ditunda sebelum ini setelah sebahagian besar pemain JDT dan PKNS FC dilaporkan dijangkiti virus Influenza B.

JOHOR BAHRU: Rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini akhirnya lebur selepas tewas mengejut 0-1 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kekalahan mengejut pada aksi ke-21 itu memusnahkan harapan skuad Harimau Selatan untuk menyamai pencapaian tiga musim lalu apabila menamatkan saingan tanpa kalah dengan aksi terakhir juara liga itu adalah berdepan Terengganu, Jumaat ini.

Walaupun mendapat semula dua tonggak iaitu kapten Hariss Harun dan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama selepas tidak diturunkan ketika aksi menentang Kuala Lumpur, Sabtu lalu, ia masih belum mampu menambah kekuatan JDT untuk mengharungi perlawanan itu.

Malah tuan rumah yang sudah dinobatkan juara liga lebih awal tampak berdepan kesukaran untuk menembusi benteng lawan yang mengamalkan corak permainan mengawal setiap pemain.

Situasi itu memaksa tuan rumah bertindak melakukan rembatan daripada luar kotak penalti dengan bola sepakan Leandro Velazquez hanya sekadar melepasi palang gol pada minit ke-24 manakala pergerakan Diogo Luis Santo dikawal rapi benteng pelawat.

Pelawat mengundang cemas gawang tuan rumah pada minit ke-24 selepas bola sepakan B Barathkumar ditanduk kemas Pedro Henrique namun sempat dikuis keluar penjaga gol, Farizal Marlias yang terpaksa melayangkan badannya.

Apa yang disajikan JDT sepanjang 45 minit babak pertama serba tidak menjadi apabila gagal untuk menguasai perlawanan dan penguasaan tampak memihak skuad kendalian K Devan untuk memastikan tamat babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, pelawat sekali lagi mengundang cemas gawang tuan rumah pada minit ke-51 selepas bola bola lorongan Henrique tepat kepada Bae Beom-guen namun pemain import Korea Selatan itu gagal melakukan penyudah tepat walaupun hanya berdepan dengan Farizal.

Tuan rumah terlepas peluang mencipta jaringan pada minit ke-58 selepas bola sepakan percuma Gonzalo Cabrera sempat ditampan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan rembatan susulan Fadhli Shas sekadar sipi dari gawang gol.

Kejutan dilakar oleh PJ City FC pada minit ke-64 apabila tindakan berani Washington Brandao yang tidak dikawal menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola leret tepat ke penjuru kiri menewaskan Farizal.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian Benjamin Mora menggandakan asakan memburu gol penyamaan namun usaha mereka tidak membuahkan hasil sebaliknya kemenangan 1-0 memihak PJ City FC yang berusaha untuk kekal dalam saingan liga elit domestik.

Video gol highlights JDT 1-0 Petaling jaya fc 16.7.2019

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan jdt tewas 0-1 keatas pasukan petaling jaya fc 16.7.2019, keputusan jdt vs petaling jaya fc 16.7.2019, ulasan jdt vs petaling jaya fc 0-1 16.7.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.