• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 16.7.2019

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 16.7.2019

Zik · Jul 17, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Semalam kita ada 2 perlawanan liga super , JDT VS PETALING JAYA FC dan  Melaka united vs Petaling jaya fc . Satu break rekod berjaya dipecahkan oleh PEtaling jaya melalui keputusan perlawanan berikut.

JDT 0-1 PETALING JAYA FC

Jaringan oleh:

  • Washington Brandao 64″

MELAKA UNITED 1-1 PKNS FC

Jaringan oleh:

  • Shukor Adan 54″

  • Kpah Sherman 80″

JDT gagal pertahankan kubu Kebal Larkin, tercalar akhirnya. 

JDT gagal pertahankan kubu kebal rekod tanpa kalah di tempat sendiri 75 perlawanan sejak 2013-2019. Inilah pertama kalinya jdt tewas di tempat sendiri stadium keramat Larkin Johor Bahru. Selain itu juga, rekod tanpa kalah musim ini juga tercalar juga. Apa nak buat, sudah nasib jdt malam semalam. 

Biarpun banyak menguasai permainan, semua penyudah agak kelaut sebenarnya. Berbanding pasukan Petaling jaya yang dilihat benar-benar memanfaatkan peluang keemasan yang ada diterjermahkan kepada gol.

Melaka united terikat seri 1-1 PKNS. 

Tiada apa yang boleh dikatakan, dalam perlawanan menentang pasukan PKNS malam semalam. Hasrat untuk menduduki tangga ketiga terkandas malam semalam apabila terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Malah pelawat hampir meledak gol seawal minit ke-5 menerusi gerakan solo Kpah Sherman namun berjaya diselamatkan penjaga gol Mohamad Solehin Mamat.

Dan Solehin sekali lagi cemerlang menyelamatkan gawangnya dengan menepis sepakan percuma Jafri Firdaus Chew pada minit ke-14.

Aksi seimbang dengan gerakan menarik pelawat diketuai pemain kebangsaan Akram Mahinan dan Safiq Rahim buat MU menyaksikan pergerakan permainan begitu aktif dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pada minit ke-27, rembatan lambung Safiq menggegar palang gol dan percubaan Dominik Balic (m-29) tinggi melepasi palang gol Semut Merah selain rembatan Luka Milunovic (m-44) tersasar.

Babak kedua menyaksikan skuad Hang Tuah lebih banyak mendominasi permainan dengan gol yang dicari akhirnya terhasil menerusi tolakan kapten pasukan Shukor Adan pada minit ke-54.

Bagaimanapun ketika masa permainan berbaki 10 minit, Sherman akhirnya menjadi pemusnah impian MU untuk meraih mata maksimum apabila melakukan tolakan mengelirukan untuk membantutkan usaha MU mendaki ke tangga ketiga liga.

Keputusan terbabit menyaksikan tuan rumah kekal di tangga kelima liga di belakang Johor Darul Ta’zim, Pahang, Kedah dan Selangor.

Namun skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan masih memiliki satu lagi perlawanan berdepan Pahang di Kuantan Sabtu ini.

Kedudukan terkini carta liga super setakat ini 16.7.2019. 

carta liga super 16.7.2019.

Kedudukan terkini carta liga super , JDT masih tangga pertama dengan 52 mata. Diikuti dengan pahang 37 mata. Kedah tangga ketiga dengan 34 mata berkonsgi mata dengan selangor, jaringan jadi pemisah. Melaka united tangga ke 5 dengan 33 mata.

Felda united dan kuala lumpur berada di zon penyingkiran.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 17 julai 2019, keputusan liga super 16.7.2019, melaka united seri 1-1 dengan PKNS 16.7.2019, ulasan jdt vs petaling jaya 16.7.2019

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: