“Tiada istilah adik-abang dalam padang”. Itu mungkin perkara yang akan dilaungkan oleh pasangan kembar, adik beradik Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak, menjelang final Piala Malaysia 2019, Sabtu ini.
Bak kata Jai KL Gengster.
Abang tak abang, sapa langgar, pecah!!
Aidil Zakuan dan Zaquan Adha.

Kedua-dua pemain itu akan bertembung sesama sendiri selepas membawa pasukan masing-masing layak ke perlawanan akhir kejohanan berprestij itu, yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.
Menariknya, ia kali pertama dalam tempoh 13 tahun mereka akan menjadi seteru di pentas final, sekali gus bakal menjadikan final Piala Malaysia edisi ini cukup istimewa berbanding perlawanan-perlawanan akhir terdahulu.
Pernah berjumpa dalam liga super 2017. JDT vs Perak
[Read more…] about Pertemuan adik beradik kembar piala malaysia 2019 JDT VS KEDAH