Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Persembahan Aina Abdul dikecam dan dikritik oleh page public health malaysia

Persembahan Aina Abdul dikecam dan dikritik oleh page public health malaysia

Zik · Feb 10, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
persembahan aina abdul,
Nampaknya ada kontroversi berkenaan persembahan Aina Abdul pada AJL34 malam tadi. Sebab tunjukkan scene tikam diri sendiri. 13 reasons why yang tayang scene bunuh diri Hannah Baker dulu pun kena cerca ummah Amerika. Apa kata netizen????!
MESKIPUN dilihat menarik dari segi kreativiti, persembahan penyanyi, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).

Menurut kenyataan persatuan itu, persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.

“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.

“Dalam persembahan terbabit, penyanyi itu yang berpakaian serba putih menikam dadanya sehingga darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir,” demikian kenyataan itu.

MIASA menyelar keras persembahan itu yang seakan mendorong penonton untuk mencederakan diri sekali gus melanggar garis panduan di media.

“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada.

“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adengan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.

“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan cetusan yang boleh mengganggu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, MIASA akan mengambil tindakan demi memastikan persembahan sebegitu tidak berulang.

“Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang kami ingin memohon masyarakat untuk membantu untuk membuat laporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF).

Komen nitizen sebahagian.
Ada yang ok , ada yang tak ok.
setuju dengan public health malaysia. I got no chill. 1. boleh trigger orang lain 2. YIKES BODOHNYA BUNUH DIRI PASAL JANTAN. APESAL NAK KENA POTRAY WANITA NI BODOH, LEMAH, LEMAU HAH? JANTAN TAK MAU DAH LA FLIP TUDUNG KAT MUKA DIA, CATWALK DENGAN PENUH BERTENAGA !
Actually memang ramai patient mental illness yang triggered. Dulu aina abdul dah pernah kena tegur masa keluar mv, tapi ni dia buat lagi huhuhu. Kita mungkin nampak dia mcm pocong je, tapi ramai yang jadi tambah sakit.
sis tkde pun tunjuk dia tikam dada. cuba tgk balik, scene tu tunjuk dada dia tiba2 berdarah. tkde pun dia pegang pisau tikam dada berkali2 ke apa. plus dia dah ckp itu mengenai hati dia berdarah sbb dia kecewakan lelaki tu, bkn dia yg kecewa plus bunuh diri . ada beza tu sis
Memang takda tikam dada. Mungkin betul kkm silap bab tu. Tapi still, melanggar guidelines. Rancangan tatapan umum tak sepatutnya tunjuk darah sebanyak itu. 
Persembahan Aina Abdul ni ikut cara penilaian masing-masinglah. Ada yang kata dia bunuh diri, ada yang kata simbolik hati berdarah. Pada akak pulak itu mungkin kesan sheols pergi kenduri Masdo. Tengah minum dengar suara Masdo nyanyi, sheols tercekik lalu tertumpah sirap. Well.
Baru tahu ada page yang jadikan isu persembahan Aina Abdul sebagai galak bunuh diri. Oh my Malaysians, itu simbolik her heart is bleeding for her own wrongdoings la. Why so serious? Whoever takes it negatively must be the kind who have problems to all solutions.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment aina abdul ditangkap polis, persebahan aina abdul dikritik, persembahan aina abdul ajl bunuh diri, persembahan aina abdul dikritik, persembahan aina salah disisi undang-undang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.