Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Pelukan Angkasa, SOG ft Shila Amzah Juara Anugerah Juara lagu edisi ke 36

Pelukan Angkasa, SOG ft Shila Amzah Juara Anugerah Juara lagu edisi ke 36

Zik · Mar 7, 2022 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

anugerah juara kali ke 36 , ajl ke 36

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di TV3 malam semalam.

Lagu Pelukan Angkasa itu membawa trofi dan wang tunai RM100,000. Manakala, naib juara pula milik Marsha Milan dengan lagu Cinta dan tempat ketiga disandang Haqiem Rusli dengan lagu Mimpi, masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Ini merupakan pertama kali lagu dengan genre post-hardcore layak ke peringkat akhir AJL dan merangkul tempat pertama. 12 LAGU yang menjadi finalis mempersembahkan muka-muka yang selalu ke final ajl kali ini seperti, NAIM DANIEL, HAKIM RUSLI, SITI NURDIANA, HAEL HUSAINI, BUNGA FT NORANIZA IDRIS, KHAI BAHAR, AINA ABDUL, MARSHA MILAN LONDOH, SOG FT SHILA AMZAH, SYAMEL (GANTI ERNI ZAKRI), YONNY BOI, DAN SHIHA ZIKIR FT NOKI,

AJL tahun ini kembali berlangsung dengan kehadiran penonton dalam jumlah terhad dan mengikut SOP, tidak seperti AJL 35 tahun lalu yang berlangsung tanpa dihadiri khalayak.

Tirai persembahan AJL 36 dibuka dengan persembahan oleh Mas Idayu, Dato’ Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan Cassia. Persembahan AJL36 pula ditutup dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan rock legenda negara, Wings.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE 36 7 MAC 2022.

Juara: Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah : Pelukan Angkasa

Naib Juara: Marsha Milan – Cinta

Tempat Ketiga: Haqiem Rusli – Mimpi

Vokal Terbaik: Aina Abdul – Sepi

Persembahan Terbaik: Marsha Milan – Cinta

Penyanyi Pilihan Popular: Aina Abdul & Khai Bahar

Share this on WhatsApp

Pengumuman Pelukan Angkasa, SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE 36 7 MAC 2022., SOG ft Shila Amzah Juara Anugerah Juara lagu edisi ke 36

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    March 7, 2022 at 11:29 am

    dari segi hadiah memang boleh tahan…

    tahniah untuk pemenang dan rezeki buat mereka semua

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.