• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / JDT buat penyu menangis di larkin, suku akhir kedua piala malaysia 29.9.2019

JDT buat penyu menangis di larkin, suku akhir kedua piala malaysia 29.9.2019

Zik · Sep 29, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

jdt, jdt logo

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mudah menjinakkan Terengganu FC (TFC) 4-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu yang menyaksikan skuad bimbingan Benjamin Mora yang dengan agregat 5-1 dan pasukan pertama layak ke separuh akhir.

KEPUTUSAN PENUH:
JDT 4-1 TERENGGANU
Jaringan oleh :

  • 15’&38′ Gonzalo Cabrera (P),
  • 21’&35 Safawi Rasid,
  • 44′ Lee Tuck,

AGGREGATE

JDT 5-1 TERENGGANU

Mereka akan menanti pemenang perlawanan antara Perak atau Selangor pada aksi 19 Oktober ini.

Malah lebih manis kemenangan itu menebus kehampaan yang dialami skuad Harimau Selatan selepas disingkirkan TFC 2-3 secara agregat pada separuh akhir piala berprestij musim lalu.

Dalam aksi malam tadi, dua percubaan berbahaya menerusi Safawi Rasid seawal minit keenam dan disusuli seminit kemudian mengundang cemas gawang pelawat namun bola masih belum mampu menerjah jaring.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Zulkarnain Zakaria selepas mengesan pemain TFC menolak Corbin Ong di dalam kotak penalti m-16.

Gonzalo Cabrera menyempurnakan sepakan penalti apabila merembat kencang tepat ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol, Muhamad Ilham Amirullah Razali untuk meletak skuad Harimau Selatan mendahului 1-0 dan selesa dengan agregat 2-0.

Selepas gagal melakukan sentuhan penyudah di awal perlawanan, ia tidak menghalang Safawi untuk terus berusaha dan akhirnya m-22, dia mencetak nama selaku penjaring selepas meledak bola sepakan percuma tepat ke penjuru kanan menewaskan Muhamad Ilham Amirullah.

Safawi bagaikan `dirasuk’ dalam perlawanan itu apabila meledak gol kedua peribadi m-36 selepas menyudahkan bola sepakan lambung Diogo Santo untuk meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan kedudukan 3-0 dan secara agregat 4-0.

Tuan rumah memastikan skuad Penyu `menangis’ di Larkin apabila bagai merelakan gol terhasil skuad Harimau Selatan m-39 berpunca daripada gerakan Corbin yang pantas melintangkan bola sebelum mudah disudahkan Cabrera.

Bagaimanapun pelawat tidak berputus asa tatkala aksi berbaki seminit untuk ditamatkan pada babak pertama, pemain tengah skuad Penyu, Lee Tuck menjaringkan gol selepas merembat bola tepat ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.

Sepanjang aksi babak kedua, pelawat cuba untuk menambah jaringan namun segala serangan berbahaya bingkas dihalang benteng skuad Harimau Selatan menerusi kombinasi Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mauricio Nascimento dan kedudukan agregat 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Video gol highlights jdt 4-1 Terengganu suku akhir kedua 29.9.2019

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan keptuusan jdt vs terengganu piala malaysia 29.9.2019, keputusan piala malaysia, keputusan piala malaysia suku akhir kedua jdt vs terengganu 29.9.2019, video gol highlights jdt 4-1 terengganu suku akhir kedua 29/9/2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Uncategorized

4 pasukan yang mara ke semi final piala malaysia 2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tahniah buat pasukan yang telah melangkah ke …

Sukan

Keputusan terkini piala malaysia 4.11.2015

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGAkan ada sebahagian besar akan tahu kedudukan …

Sukan

Keputusan penuh piala malaysia 1.8.2017

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG 6 Perlawanan malam tadi, yang berlangsung. 2 …

%d bloggers like this: