• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / PENJELASAN MFL BERHUBUNG PERATURAN JARINGAN TEMPAT LAWAN

PENJELASAN MFL BERHUBUNG PERATURAN JARINGAN TEMPAT LAWAN

Zik · Oct 27, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

mfl

Nasib baik ada penjelasan yang lebih telus dari badan MFL daripada berdiam diri. Untuk akan datang harap MFL lebih peka dengan keadaan yang berlaku. Apepun penerangan seperti yang telah diberitahu oleh MFL sudah lebih terang lagi bersuluh.

Taklah dari pihak nitizen dan pakcik makcik tentera membuat andaian sendiri. Ini liga malaysia kan, bukan afc eufa dan fifa. Seperti yang kita kena tahu, ini Piala Malaysia takda point atau senang cakap tiada apa-apa kesan selain liga super dan piala fa. So piala Malaysia boleh dianggap piala Legend lah. Tapi tak elok cakap piala sampah ke apa. Ini sudah keterlaluan ok.

Penjelasan MFL

Malaysian Football League (MFL) di sini ingin menjelaskan berhubung peraturan jaringan di tempat lawan yang diguna pakai dalam saingan Piala Malaysia.

Pihak MFL sedia maklum berlakunya kekeliruan oleh sesetengah pihak berhubung peraturan ini susulan kemenangan Kedah menerusi agregat 8-8 ke atas Pahang pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur semalam.

Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, kedua-dua pasukan terikat 5-5 selepas beraksi selama 120 minit permainan termasuk 30 minit masa tambahan.

Untuk makluman semua, berdasarkan Peraturan Pertandingan Liga Malaysia di bawah artikel 6.4, Dalam Pertandingan Kalah Mati (2) pusingan atau Perlawanan Akhir yang diadakan secara timbal balik, maka penentuan Pasukan Pemenang atau Pasukan Teratas selepas keputusan penuh masa Perlawanan Pusingan Kedua hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut:-

a) Pasukan yang mendapat jumlah mata terbanyak; jika sama,
b) Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak; jika sama,
c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak; dan jika sama,
d) Jaringan gol di venue pihak lawan dikira berganda; jika sama,
e) Keputusan Perlawanan masa tambahan; jika seri;
f) Jaringan gol di venue pihak lawan selepas masa penuh tambahan dikira berganda; jika sama,
g) Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut Undang-Undang FIFA.

MFL selaku badan penganjur pertandingan bertanggungjawab dalam menetapkan sesuatu peraturan berdasarkan FIFA law of the games dan FIFA rules & regulation.

Ini bukan peraturan baharu yang dikuatkuasakan kerana ia sudah diguna pakai sejak 2010 termasuk membabitkan perlawanan Piala FA dan Challenge Cup.

Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada setiap pasukan yang bertanding pada Mesyuarat Koordinasi Perlawanan pada pagi hari perlawanan yang turut dihadiri pegawai dan jurulatih kedua-dua pasukan.

Justeru pihak MFL berharap penjelasan ini dapat menjawab segala kekeliruan yang timbul dan berterima kasih kepada semua penyokong yang memberikan sokongan kepada semua pasukan bertanding dalam kempen Piala Malaysia 2019.

copy paste mfl page 

Share this on WhatsApp

Uncategorized penjelasan jaringan, PENJELASAN MFL BERHUBUNG PERATURAN JARINGAN TEMPAT LAWAN, Penjelasan: Mengapa Gol Tempat Lawan Masa Tambahan Kedah Diambil Kira pahang vs kedah piala malaysia separuh akhir kedua 2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss