Kejayaan hidup biasanya dikaitkan dengan keupayaan seseorang mencapai status tinggi dari segi ekonomi dan sosial. Ketenangan dan kebahagiaan jiwa juga dianggap unsur penting dalam kehidupan seseorang yang berjaya. Seseorang itu dikatakan berjaya dalam pendidikan jika dia dapat melanjutkan pendidikannya sehingga menjadi seorang yang berilmu dalam bidangnya. Sememangnya, kejayaan dalam bidang pendidikan tidak dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan hidup secara mutlak. Keadaan ini demikian memandangkan kebahagiaan dan kejayaan hidup juga bergantung pada faktor-faktor yang lain.
Sememangnya, salah satu faktor yang menjamin kejayaan dan kebahagiaan hidup seseorang ialah kejayaan dalam pendidikan. Biasanya, seseorang yang berjaya dalam pendidikan formal mempunyai masa depan yang lebih cerah. Banyak peluang pekerjaan yang menawarkan suasana kerja yang lebih selesa dan pulangan yang lumayan terbuka untuknya. Misalnya, jawatan profesional seperti akauntan, doktor, peguam, jurutera, pakar perunding, dan sebagainya. Mereka dianggap berjaya kerana mencapai tingkat ekonomi dan sosial yang tinggi. Golongan ini juga dikagumi dan dihormati masyarakat. Hidup mereka juga jauh lebih senang daripada orang lain.
[Read more…] about Pendidikan, universiti bukanlah penentu kepada kejayaan