Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for panduan solat

panduan solat

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

Zik · Feb 10, 2021 · Leave a Comment

panduan solat,

PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU

Oleh : Firdaus Yusof

PENGENALAN

Solat adalah merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Ibadat solat adalah merupakan rukun yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Hal ini dibuktikan daripada hadis Rasulullah SAW Umar al-Khattab yang bermaksud :

Maksudnya : Islam itu terbina atas lima perkara : Naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah bahawa solat adalah merupakan salah satu daripada asas binaan di dalam Islam. Selain itu, terdapat juga hadis lain yang menyatakan bahawa solat itu adalah tiang agama. Daripada Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : Sesiapa yang tidak solat maka tiadalah agama kerana solat adalah merupakan tiang agama.

  (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menunaikan ibadat solat dalam apa jua cara kerana Islam telah memberikan pelbagai kaedah yang sesuai jika seseorang itu tidak dapat menunaikan solat secara normal. Antara hikmah solat ialah pertama, mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT. Dengan menunaikan solat manusia akan sentiasa ingat akan kedudukannya. Apabila seseorang itu terlupa hakikat tersebut disebabkan kesibukan duniawi dan hubungannya dengan orang lain, maka dengan datangnya waktu solat akan memperbaharui ingatannya bahawa dia adalah hamba yang dimiliki oleh Allah. Kedua, jiwa manusia akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang akan memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah SWT. [Read more…] about PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT FARDU, 5 waktu , subuh,zuhur, asar, maghrib, isyak

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.