• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Business Products & Services / Panduan dan strategi untuk bela kambing dengan betul

Panduan dan strategi untuk bela kambing dengan betul

Zik · Feb 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

kambing, bela kambing,

Bela kambing kalau takda ilmu memang tak jadi. Banyak perkara yang kita kena belajar. Bukan dari segi makanan sahaja. Banyak benda yang kita kena tahu. Dari segi tempat tinggal dia. Sistem penjagaan dia dari kecil sampai besar.

Kita boleh sharing kisah kejayaan orang yang telah berjaya bela kambing sejak dari kecil lagi.

Ketika rakan lain sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan semester akhir, Aminul Fikri Jalalin terpaksa berulang-alik dari Pekan, Pahang ke kampusnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, kerana terpaksa menguruskan ternakan kambing yang baru dimulakannya.

Bagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapinya tahun lalu itu kini berbayar apabila beliau muncul penternak berjaya.

Malah, dia tidak pernah menyesal memilih menjadi penternak kambing meskipun memiliki segulung ijazah. Ini kerana pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani itu sudah ada pengalaman dalam bidang itu sejak remaja.

Mewarisi ilmu penternakan daripada datuknya, Zakaria@Daud Mohamad, 86, yang menternak lembu, Mohd Aminul Fikri bagaimanapun memilih kambing kerana lebih mudah dijaga.

Perumpamaan ‘alah bisa tegal biasa’ sentiasa terpahat di hatinya dan menjadi pembakar semangat untuknya mempertahankan kerjaya itu walau sesibuk mana pun dengan tugasan di kampus. Ditanya mengenai cabaran dalam perniagaannya yang bermula ketika di semester akhir, Mohd Aminul Fikri berkata, komitmen sebagai pelajar menyebabkan dia berdepan kekangan masa untuk mengimbangi pelajaran dan perniagaan.

“Jarak lokasi penternakan di Pekan dengan UPM turut menuntut perbelanjaan agak besar, namun berbaloi apabila mendapat maklum balas positif dan kepuasan pelanggan.

“Dalam tempoh enam bulan kehidupan saya ‘tunggang terbalik’. Setiap minggu saya berulang-alik antara universiti dengan kampung menguruskan ternakan.

“Malah, ada ketika terpaksa tinggalkan kelas dan lupakan tugasan kuliah selama beberapa hari,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan Haji Jalalin Agrofarm di Kampung Penadah, Pekan, Pahang, baru-baru ini.

Menurutnya, idea mengusahakan ternakan itu bermula daripada minatnya menjual susu kambing segar di pekan sehari dan sekitar kampus, malah turut mempromosi di laman sosial Facebook bagi mencari ‘duit poket’ sepanjang tempoh pengajian.

“Walaupun pada peringkat awal ibu dan ayah tidak berapa setuju dengan hasrat saya menternak kambing kerana masih belajar, mereka akhirnya akur malah saya sudah membuktikan dengan menggenggam segulung ijazah, awal tahun ini,” katanya.

Mohd Aminul Fikri memulakan perniagaan menggunakan duit simpanan hasil jualan susu kambing selain bantuan bapanya, Jalalin Isa, 54, sebanyak RM7,000 untuk membeli 13 kambing ketika berada di semester akhir, tahun lalu.

“Fokus saya ialah ternak dan jual. Asal ada orang datang nak beli, saya jual terus tanpa bertangguh. Wang yang diperoleh dikumpul untuk beli kambing baru,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Norazira Najwa Shamsudin, 23, sejak dua tahun lalu.

Mohd Aminul Fikri juga tidak berhadapan masalah dari segi pasaran kerana syarikatnya menyediakan perkhidmatan sembelihan, memproses daging, jualan kambing, akikah, korban, kenduri, tujuan baka selain sedekah atau infaq ke rumah anak yatim dan pusat tahfiz.

Walaupun enggan menyatakan keuntungan yang diperoleh, Mohd Aminul Fikri mampu tersenyum lebar dengan jualan kambingnya kini mencecah 200 ekor setiap bulan dengan harga antara RM700 hingga RM900 seekor. Jumlah itu meningkat ketika musim perayaan terutama ketika Hari Raya Haji.

Selain kambing, Mohd Amirul Fikri juga menternak 50 biri-biri baka dorper, damara, black belly dan barbados dari Australia untuk tujuan pembiakan di Kampung Ketapang Tengah yang diusahakan bersama rakannya Anuar Othman.

Katanya, ternakannya diberi makanan daripada sumber hutan, pelepah sawit dan rumput napier selain dedak sebagai makanan tambahan.

“Rutin makanan seperti kebanyakan ternakan lain tiga kali sehari iaitu dedak sebagai sarapan pagi sebelum diberi makan pelepah sawit atau sumber hutan lain pada kira-kira jam 11 pagi di kandang. Pada sebelah petang sekali lagi kambing diberi makan dedak dan pelepah sawit.

“Kambing juga dilepaskan pada tengah hari untuk berjemur dan meragut dengan bebas. Tetapi kalau ‘malas’, kambing akan bergerak ke kandang sendiri tanpa paksaan,” kata bekas pelajar Kolej Matrikulasi Mara, Kuala Nerang, Kedah itu.

Menurutnya, tidak sukar mengenal pasti kambing sihat atau berpenyakit.

“Kambing akan aktif dan agak agresif jika sihat tapi jika sebaliknya, muka kambing akan kelihatan pucat, tidak bermaya, kerap ‘termenung’, ‘menyendiri’ dan ia boleh dikenali menerusi simptom mata berair dan bertahi, cirit serta najis berlendir.

“Jika itu berlaku, saya akan memeriksa serta melakukan rawatan awal dan memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk mengenal pasti punca penyakit,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah, Pekan, ini.

Walaupun masih kedengaran kata-kata sindiran mengenai kerjayanya sebagai penternak kambing sekalipun bergelar graduan, Mohd Aminul Fikri mempunyai pandangan peribadi tersendiri.

“Biarlah apa orang nak kata. Tidak semestinya belajar sampai universiti mesti pegang pen dan kertas, duduk dalam bilik berhawa dingin sahaja. Dalam dunia hari ini, kita perlu ubah persepsi negatif ini.

“Ketika rakan lain sibuk dengan tugasan kuliah atau aktiviti riadah sebelah petang dan hujung minggu, saya pula sibuk menjual susu kambing segar. Tetapi pengalaman itulah yang membawa seribu rahmat kepada saya hari ini tanpa perlu memikirkan soal mencari kerja lagi,” katanya.

Mohd Aminul Fikri menasihatkan mereka yang berhasrat menceburi bidang penternakan supaya tidak ragu-ragu untuk bertindak dan sentiasa bersedia mengharungi cabaran.

“Kita jangan mudah mengalah dengan persekitaran yang secara tidak langsung boleh memberi tekanan sehingga mematahkan semangat untuk memajukan diri,” katanya.

 

UNIKNYA, kandang kambing milik Pak Tam atau nama sebenar, Mohd. Anwar Che Mat, 36, adalah terletak bersebelahan (bersambung) dengan dapur kediamannya.

Bertambah unik adalah tiada bau busuk yang dihidu di persekitaran tersebut walaupun terdapat lebih 70 ekor kambing daripada enam jenis baka dibela secara komersial untuk penjualan daging dan susu di sini.

Rahsianya, menurut Pak Tam adalah hasil daripada kajian beliau sendiri berhubung penggunaan semburan produk Effective Microorganisms (EM) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kira-kira empat tahun lalu.

“Sebelum ni, saya gunakan sabun Dettol. Tapi, harganya terlalu mahal.

“Tapi, selepas Kerajaan Negeri memperkenal serta mempromosikan penggunaan produk EM yang jauh lebih murah, saya berasa lega. Kesannya adalah lebih efektif yang mana ia dapat mengelakkan bau busuk dan lalat daripada membiak di kandang kambing,” katanya ketika diwawancara Buletin Mutiara (BM) di kediamannya di Sungai Semambu, Penanti, Seberang Perai Tengah.

Setelah 12 tahun berkecimpung dalam bidang penternakan tersebut, Pak Tam yang amat peramah dan petah bercakap menyatakan bahawa beliau sanggup berkongsi pengalaman serta panduan penternakan kambing dengan mana-mana pihak berminat.

Jelas beliau, selain menambah kenalan, ia juga mampu mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penternak.

“Lagi ramai orang bela lagi seronok. Sebab, nanti kita sama-sama boleh belajar dan bertukar-tukar idea serta baka.

“Malah, apabila tiba musim perayaan, sekiranya bekalan sendiri tidak dapat tampung, kita boleh call member untuk tampung permintaan supaya tidak mengecewakan pelanggan,” jelas Pak Tam yang menjadikan bidang berkenaan sebagai profesion separuh masanya.

KAMBING-kambing yang diternak.

KAMBING-kambing yang diternak.

Beliau yang berkhidmat di sebuah syarikat pelancongan menyatakan bahawa pada peringkat permulaan, penternakan terbabit adalah dijalankan oleh arwah bapanya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Saya memang hargai jasa Pak. Kalu Pak tak mula buat, memang tidak akan menjadi,” kenangnya.

Bercerita lebih lanjut, Pak Tam menyatakan bahawa bidang penternakan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Selain berdepan dengan masalah penyakit haiwan-haiwan ternakan, para penternak juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikkan bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan di pasaran.

“Antara penyakit yang sering menyerang kambing-kambing ternakan adalah perut kembung, kutu, sakit mata dan kuku. Semua penyakit ini tidak boleh elak.

“Apa yang boleh dibuat adalah jaga kebersihan kandang yang mana ia perlu dicuci setiap hari dan kemudian sembur EM dan pada masa sama letakkan juga EM dalam minuman kambing.

“Pada setiap empat bulan, kambing-kambing ternakan juga perlu diperiksa dan diberikan ubat cacing. Malah, dari semasa ke semasa, kambing-kambing juga perlu diberi makan vitamin, dicucuk ubat tahan penyakit,” ujar Pak Tam.

Menyentuh mengenai pemakanan kambing, Pak Tam menyatakan bahawa bagi memastikan kesihatan optimum kambing, pemakanan seimbang adalah perlu diamalkan iaitu diselang-selikan dengan makanan pelet dengan rumput, daun goncak, daun nangka, petai belalang, daun kelapa, daun sawit dan lain-lain.

“Tempoh matang kambing (tumbuh gigi baru) adalah setahun lima bulan. Kambing dibiak sebanyak dua kali dalam setahun dan tahap bunting adalah lima bulan 10 sehari,” jelas beliau.

Pak Tam memberitahu, berbanding kambing kampung, jumlah daging baka kambing kacukan adalah lebih banyak.

“Bagi kambing kacukan yang memiliki berat 35 kilogram (kg), jumlah daging yang dapat diperoleh adalah sebanyak 180 ketul, manakala, 40 kg ke atas adalah lebih 200 ketul.

“Bagi pasaran susu, kambing kacukan jenis Saenna adalah jenis kambing susu yang dibela di sini. Kini, hanya terdapat dua ekor kambing jenis ini dan pasaran susu hanya tertumpu di sini sahaja,” kata Pak Tam yang menggalakkan supaya anak-anak muda menceburi bidang berkenaan.

Dianggap sebagai orang lama dalam bidang ternakan tersebut, Pak Tam menyeru supaya pihak kementerian memantau harga jualan makanan pelet kambing.

Ini kerana, jelasnya, pada tahun 2002, harga kilang makanan pelet seberat 50 kg adalah RM18.50. Kini, dengan kuantiti sama, harganya meningkat kepada RM48.00.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menafikan bahawa bidang tersebut turut memperuntukkan keperluan modal yang tinggi termasuk keadaan kayu kandang yang secara puratanya perlu ditukar setiap tahun (berperingkat) kerana reput.

Bagaimanapun, baginya, ia adalah sebahagian cabaran yang terpaksa dihadapi dan ia langsung tidak menjejaskan minatnya dalam bidang penternakan yang mendatangkan kepuasan pada diri beliau.

INFO : 

BAKA-BAKA KAMBING

Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:

  1. Kambing Kacang (Katjang)
  2. Jamnapari/Ettawah
  3. Anglo Nubian
  4. Kacukan
  5. Saanen

Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu.

Kambing Kacang (Katjang)

 

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa  
Jantan 1.6 kg 20 – 25 kg
Betina 1.8 kg 25 – 30 kg

 

Ciri-ciri:-

  • Asal dari Malaysia dan Indonesia.
  • Badan yang kecil dan pendek
  • Tanduk melentur ke atas dan ke belakang.
  • Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina.
  • Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang  lebih tinggi dari bahu  purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
  • Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna  hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar .
  • Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 – 6 bulan.

Kambing Jamnapari

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa  
Jantan 3 – 4 kg 68 – 91 kg
Betina 3 – 4 kg 36-63 kg

Ciri-ciri:-

  • Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
  • Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
  • Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.

Kambing Anglo Nubian

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa  
Jantan 3.5 kg 70 – 85 kg
Betina 3.9 kg 55 – 70 kg

Ciri-ciri:-

  • Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
  • Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
  • Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
  • Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
  • Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Kambing Kacukan

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa  
Jantan 2 – 2.5 kg –
Betina 2 – 2.5 kg –

Ciri-ciri:-

  • Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
  • Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
  • Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
  • Berat badan 18 – 25 kg. dalam lingkungan umur setahun.
  • Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

Kambing Saane

Jantina Berat Lahir Berat Dewasa  
Jantan 3.0 kg 68-91 kg
Betina 3.3 kg 36-63 kg

 Ciri-ciri:

  • Berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
  • Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
  • hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher
  • Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari

CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK

Cara Pemilihan Baka dan Keturunan

Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya

Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:

  • Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
  • Kenaikan berat badan yang cepat
  • Berat badan semasa 1 tahun
  • Keluaran susu yang banyak
  • Jarak kelahiran yang rapat
  • Cara Pemilihan Konformasi Badan

Cara-cara Pengamatan

Sifat Jantan Betina
Warna Warna berbeza mengikut jenis baka. Sama
Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk. Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut.
Saiz  Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)
Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata. Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.
Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit
Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan Sederhana
Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik. Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.
Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan
Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar di bahagian “rump” dan punggung. “Rump” menurun sedikit tidak terlalu mencuram
Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh;  keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.
Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila  berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar. Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; “Hock” pendek sedikit; “Pastern” pendek dan tidak terjatuh.
Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata
Buah Zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh  dikeluarkan dan masuk  dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh.
Ambing dan puting susu Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.
Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas
Kesihatan Sihat Sihat

 

Cara Perabaan

Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

Teknik berdasarkan penilaian

Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.

PENGURUSAN TERNAKAN

  • Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali. Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
  • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
  • Cerai susu hingga bunting
  • Pengurusan Kambing dewasa
  • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
  • Pengurusan baka jantan
  • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
  • Lahir hingga 3 bulan

Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)

  • Anak kambing diberi susu permulaan (kolostrum) dalam masa 6 jam selepas dilahirkan
  • Susu kolostrumdikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak.
  • Kebiasaanya anak kambing menghisap sendiri, jika gagal hendaklah diperah dan diberikan melalui botol.
  • Pengambilan susu kolostrum paling penting untuk antibodi bagi melawan penyakit juga mernbantu merangsang sistern cernaan supaya berfungsi dengan sempurna.
  • Pusat anak-anak kambing disapu dengan ‘iodine’ supaya cepat kering,  juga  menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
  • Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selarna 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rurnput sepenuhnya
  • Penceraian susu dilakukan secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rurnput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Anak dan ibu di kurung dalam kandang, Selepas 4 atau 6 minggu  dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
  • Kandang ternpat menernpatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Ternpat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
  • Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih  boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
  • Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. lembu yang dicampurkan dengan I – 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang I cawan) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkat mengikut umur.

Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa

Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 – 4 bulan anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Pemakanan hendaklah dijaga  baik kerana berat badan biasanya mudah turun. adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian ibu dan juga susu.

Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasing daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak sesuai dijadikan baka bolehlah dijual.

Pengurusan Kambing Dewasa

Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga I tahun

Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran

Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan  hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga  menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anakanak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.

Baka Jantan

Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.

Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.

Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan ticlak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.

Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.

Pengurusan Penggemukan

Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah. Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.

Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. la mernerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 – 25 kg. Ini. bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik, jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.

Pengurusan Kambing Sakit/Cedera

Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari. kumpulannya dan diberi rawatan segera.hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya,

PENGURUSAN AM

Merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:

Pengurusan Keterangan
Kawasan Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan.  Perparitan di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis dibuang jauh dari kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagar, memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
Buruh Kerja-kerja mesti teratur dan mudah, sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan  kandang pula dibersihkan.
Jadual Pengurusan Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
Pengenalan Ternakan Rekod ternakan perlu disediakan apabila  seekor anak dilahirkan. Pengenalan- memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya..
Pengasian Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka dilakukan pada umur 4-5 minggu– mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
Mematikan Tanduk Dilakukan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.
Memotong Kuku Kambing yang dikurung jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang, menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit .
Menggunting Bulu Kambing kacukan  mempunyai bulu yang agak panjang dan perlu dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakkan kutu. Bulu di sekitar ambing digunting untuk memudahkan pemerahan dan mengelakkan bulu bercampur dengan susu.
Kawalan Kutu Sembur ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu pada badan kambing.

 

Sistem Berkurung (intensif)

  • Memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut
  • Makanan dan minuman diberi setiap hari – konsentrat, rumput dan garam jilat.
  • Kebiasaannya diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka
  • Kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi
  • Kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.

Ciri-ciri Sistem Ragut Lepas

  • Kawasan ragutan yang luas.
  • Kambing meragut sepanjang masa
  • Kos yang tinggi
  • Pengurusan rumit-ternakan merayau

Sistem Separuh Berkurung (separa-intensif)

  • Kambing dilepaskan pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam.
  • Faedah perlindungan pada malarn hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik.
  • Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya.
  • Permeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

PEMILIHAN KAWASAN

  • Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:
  • Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
  • Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
  • Jauh dari jalan raya yang sibuk.

Perumahan

Perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia, kerana keadaan cuaca hujan dan panas terik menyebabkan ternakan perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut/sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarakdi antara dua kandang hendaklah sekurang kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

 

Contoh Pelan Kandang:

  1. Pandangan Sisi
  2. Pandangan Serong
  3. Pelan Ringkas
  4. Pelan Ringkas- Pandangan hadapan
  5. Pelan ringkas-80 100 ekor Kambing
  6. Kandang Kambing Berlantai bawah
  7. Pelan Kandang-15-20 ekor
  8. Pelan Bangsal kambing

Keperluan-keperluan penting untuk pembinaan kandang

  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukkan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan ticlak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.ketara membawa kesan buruk kepada karnbing contohnya sebaran penyakit

Pembinaan Kandang

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

Lantai hendaklah –

  • tahan lama
  • misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan j arak 1.2 – 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 – 1.4 meter persegi (8 – 15 kaki persegi).

Dinding

  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m keatas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5-2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya bolehlah digunakan kayu beroti,buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 – 12 s.m.

 

Bumbung

Bahan-bahan yang boleh dibuat burnbung termasuklah:

  • Nipah – bagus untuk sistern pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah)
  • Zink – mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutarnanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan burnbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik
  • Asbestos – bahan yang paling baik untuk dijadikan burnbung tetapi ianya mahal sedikit. la tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar
  • Aluminium – dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput diikat pada 0.5 cm dari paras lantai. Air Yang secukupnya hendaklah disediana dalam baldi atau besen.

MAKANAN DAN MINUMAN

Diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga. Jika tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan.

Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:

 

Zat Makanan Keterangan
protein membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan
karbohidrat (kanji) pembesaran.
vitamin Diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika tidak seimbang boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara dan menyebabkan ternakan  lebih peka kepada sesuatu jenis penyakit.
Mineral Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. contoh.

– garam biasa

– garam jilat

– dicalsium fosfat

– tepung tulang

– tepung ikan

 

Air  juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.

 

Rumput dan Kekacang

Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting . Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pernakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gentian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.Kuantiti yang banyak di samping adanya. gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.Bagi bahan hijauan seperti rumput atau kekacang, seekor kambing dewasa mernerlukan di antara 4.5 kg bahan basah sehari. Di antara jenis-jenis rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:

 

i Rumput Guinea (Panicum)

  1. Rumput Gajah (Panisetum purpureurn)

iii. Rumput Setaria

  1. Kekacang: lpil-ipil/Petai Belalang (Leucaenia leucocephala).

 

Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:

  1. Daun ubi-hendaklah dilayukan dahulu sebelum diberi makan untuk mengurangkan kandungan racun ‘cyanide’ yang terdapat pada daun tersebut.

 

ii.Daun nangka-disukai oleh kambing sesuai untuk penggernukan.

iii. Rumput nyonya (akar ruas-ruas)-tidak boleh diberikan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kernbung.

  1. Daun turi

iv.Glyricidia maculata

  1. Daun mengkudu (Merinda citriplia)

vii. Daun pisang – disukai terutama yang muda

Makanan Tambahan (Konsentrat)

Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan  anak kambing Yang mengikut induknya. lbu bunting atau Yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 – 3/4 kg. sehari manakala ibu Yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg. sehari.

Semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur I – 1.5 bulan.

Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu clan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:

 2 bahagian jagung

I bahagian sekam atau dedak

I bahagian hampas kelapa kering

  1. 40 kg. dedak halus

39 kg. tepung jagung

18 kg. bungkil kelapa

3 kg. campuran mineral (garam galian)

Garam Galian (mineral)

Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dinding atau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mengambilnya bila-bila .masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah I : 4.

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah penting.

Sakit Sihat
monyok dan kelihatan tidak bermaya kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan berselera makan
mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising
tahi tidak bulat tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat
kurus kering tidak kurus

 

Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam permeliharaan kambing adalah:

 

Penyakit Tanda-Tanda Pencegahan Ubat/Rawatan
Puru (Contagious Ecthyma)  disebakan oleh virus, menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan. terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir. Bila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah. vaksinasi  sernasa berurnur di antara 3 minggu – 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas vaksinasi  pertama. Mengasingkan anak-anak karnbing yang berpenyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelernbung yang telah pecah. Mernbersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau ‘gentian violet’ (ubat biru).
Kembung i. Mengeluarkan air liur i. mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mernpunyai kandungan nitrogen yang tinggi i. Memberi makan minyak kacang.
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalarn perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang. ii. Perut buncit terutarna di sebelah kiri ii. Memelihara padang ragut supaya tidak lebib dari 50% kekacang
iii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
iv. Pernafasan yang susah ii. Minyak sayur/minyak jagung.
v. Keadaan gelisah, bising, mengernbik dan kerap buang air kecil
Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia) i. Kelihatan moyok dan mengasingkan diri i. Asingkan supaya tidak berjangkit
Batuk basah – disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya. ii. Lemah dan tidak terdaya ii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
iii. Menjadi kurus iii. Elakkan ia berhujan
iv. Pernafasan cepat
v. Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir keluar dari hidung seperti hingus. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian
Cirit-birit (Diarrhoea)  i. Najis cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa i. Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing i. Memberi banyak air terutarna yang mengandungi glukos(gula)
ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor ii. Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya ii. Memberi ubat yang bolch mengurangkan berak seperti ‘kaolin’ yang boleh mengalas kulit perut
i. Cacing iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri iii. Mernberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur iii. Ubat pembunuh kuman ataupun cacing
ii. Protozoa (koksidia) iv. Kadangkala najis berbau busuk
iii. Kuman
iv. Salah makan.
Kurang Darah (Anaemia) i. Muka pucat i. Memberi makanan yang cukup dan berzat
bibir, gusi dan lidah yang pucat ii. Menambahkan zat besi
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah  kurang daripada biasa. lapisan dalam kelopak mata juga keputihan iii. Memberikan vitamin untuk selera makan
ii. Lemah iv. Ubat cacing
iii. Bulu meremang v. Pembasmian kutu
iv. Badan kurus
Kancing Gigi i. Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tiadak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras i. Suntikan toxoid semasa 3 bulan i. Tetanus antitoxin dan toxoid
disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemung kinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak ii. Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepalabiasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang ii. Mengubat luka-luka terutarna ‘puncture wound’ ii. Ubat pelali
iii. Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang
Luka-luka i. sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat. ii. Sapukan ubat ‘lorexane’ pada luka
iii. Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘gusanex’ ataupun ‘negasunt’
Kurap Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan kerosakan akar rambut. Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine
Kurap boleh terjadi disebabkqn oleh kulat atau ektoparasit (mange  kurap yang disebabkan oleh ‘mange’ pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti I% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa.
Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 – 14 hari selarna 3 kali.
Buruk Kuku i. Kambing kelihatan tempang Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. la disebabkan serangan bakteria pada kuku. ii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau busuk

Pembiakan

Kaedah Pembiakan dilakukan dengan dua cara iaitu:

  1. menggunakan baka jantan

ii.melalui permanian beradas

Kebaikan dan kesulitan  permanian beradas adalah:

Kebaikan Kesulitan
dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan penentuan biang dan waktu permanian
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih menentukan teknik-teknik semasa menyuntik airmani adalah betul
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walaupun baka tersebut telah mati boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan

 

Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak

  • mula membiakapabila mencapai umur sembilan bulan
  • pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda.-tidak akan menghasilkan anak yang baik
  • 1 – 1 1/2 tahun – berat badan adalah 20 – 25 kg

Pengenalan Berahi

Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dlikahwinkan.

Tanda-tanda berahi:

  • tidak tenang (gelisah)
  • mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
  • mengembek terus menerus
  • sering kencing
  • kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan

Lama masa berahi 12 – 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 – 24 hari, puratanya 20 hari

Jangka Masa Bunting

Tempoh kebuntingan selama 145 – 155 hari atau puratanya 151 hari. :

Jarak Kelahiran

Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 – 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.

Inovasi pembiakan dan perternakan kambing di malaysia. 

Penternakan Kambing Boer Di malaysia

Untuk dapatkan lagi infi bagaimana untuk berjaya dan panduan lengkap bagaimana nak bela kambing ini korang boleh dapatkan ebook disini.

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Business Products & Services cara nak bela kambing, panduan bela kambing, panduan bela kambing dari kecil sampai besar, Panduan dan strategi untuk bela kambing dengan betul, panduan lengkap cara nak bela kambing

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Business Products & Services

Syyyyhhhh Yusuf Taiyoob

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Salam ramadhan al mubarak anda semua. Puasa k…

Business Products & Services

Viral Press plugin

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Khas Untuk Marketer Yang Nak Buat Income Pasi…

Business Products & Services

Letupkan jualan anda gunakan fb personal sahaja!! Biar betul?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG             &nb…

%d bloggers like this: