Bela kambing kalau takda ilmu memang tak jadi. Banyak perkara yang kita kena belajar. Bukan dari segi makanan sahaja. Banyak benda yang kita kena tahu. Dari segi tempat tinggal dia. Sistem penjagaan dia dari kecil sampai besar.
Kita boleh sharing kisah kejayaan orang yang telah berjaya bela kambing sejak dari kecil lagi.
Ketika rakan lain sibuk menelaah pelajaran bagi menghadapi peperiksaan semester akhir, Aminul Fikri Jalalin terpaksa berulang-alik dari Pekan, Pahang ke kampusnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, kerana terpaksa menguruskan ternakan kambing yang baru dimulakannya.
Bagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapinya tahun lalu itu kini berbayar apabila beliau muncul penternak berjaya.
Malah, dia tidak pernah menyesal memilih menjadi penternak kambing meskipun memiliki segulung ijazah. Ini kerana pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani itu sudah ada pengalaman dalam bidang itu sejak remaja.
Perumpamaan ‘alah bisa tegal biasa’ sentiasa terpahat di hatinya dan menjadi pembakar semangat untuknya mempertahankan kerjaya itu walau sesibuk mana pun dengan tugasan di kampus. Ditanya mengenai cabaran dalam perniagaannya yang bermula ketika di semester akhir, Mohd Aminul Fikri berkata, komitmen sebagai pelajar menyebabkan dia berdepan kekangan masa untuk mengimbangi pelajaran dan perniagaan. [Read more…]