Di malaysia industri ini sudah mula menampakkan kerancakkan para blogger mula menjana pendapatan dengan blogging. Blogging yang pada mulanya haya sekadar hobi mengisi masa lapang, kini boleh menjadikan sumber pendapatan utama, selain pada asalnya hanyalah pasif income sahaja.
BUAT DUIT DENGAN BLOG , BETUL KE?
Untuk beberapa lama tidak buat posting mengenai blogging, bertapa sebenarnya. So sekarang setiap bulan sudah membuahkan hasilnya. Untuk itu, sudah sampai masanya untuk kongsikan pengalaman buat duit dengan blog. Sebenarnya banyak cara untuk kita buat duit dengan blog. Nak dengan tak nak jer.
Namun, pendapatan online dengan blog ini tidak konsisten macam gaji, ada kejap naik ada kejap turun. Sebabnya belum stabil lagi dan kadang-kadang job yang kita dapat tuh ikut kita lah, ikut traffic juga, dan ikut pada pendapat masing-masing dan kerajinan individu update blog dan apa yang bermain di fikiran kita.
Awal penglibatan dalam blogging.
Pada mula-mula dalam blogging , penulisan lebih kepada personal lah. Cerita pergi manalah, ada majlis event, ada itu ini, cerita pasal pendidikan dan sebagainya.
Setelah semakin lama, penulisan semakin baik. Aku cuba buat blog niche yang lain, pada awalnya traffic tak konsisten. Tapi makin lama makin banyaklah. Aku banyak membaca blog dari luar negara, masa zaman study dulu. Masa tuh banyak masalah, tapi tak berapa nak pandai untuk explore benda-benda yang lain luar kotak pemikiran kita.
Sebelum tuh naktanya ada blog tak? Kalau takda, tak boleh nak start buat duit. haha.
- Kena setup blog dulu
- Mula buat content dalam blog (ikut anda)
- Start menulis, dan cari pembaca tetap anda. Bina hubungan.
- Mula buat duit dengan program dibawah ini, lepas tuh baru boleh proceed dengan dibawah ini.
Cara buat duit dengan blog.
Aku bahagikan kepada beberapa bahagian.
Pengiklanan,
Diantara feveret para blogger. Cara buat duit dengan blog paling ramai sehingga kini masih ada guna di kalangan blogger. Terdapat pelbagai jenis syarikat pengiklanan local antaranya nuffnang jerla yang sekarang masih lagi bertahan. Luar negara ialah seperti innity, Google adsense, Revenuehits.com, Mobicow, bidvertiser.com. popads.net Semua ini akan aku kupas satu persatu untuk babak seterusnya. Sekarang ini ialah lebih kepada general jer. Nanti muntah hijau pulak aku cerita semua dalam satu artikel.
Adsense.
Boleh dikatakan idaman setiap blogger mahu apply adsense nih. Aku masa tuh baru buat blog dah apply adsense melalui akaun blogspot. Kesilapan aku ialah masa dah approve akaun adsense tuh aku tak fokus dengan adsense nih. Setia dengan nuffnang jer masa tuh. Masa tuh nuffnang dengan meletop.
Aku pun masa tuh tak pandai lagi macam mana nak cash out adsense dengan western union. Sekarang dah senang, masuk terus dalam bank pun terus senang tak bayar nak pergi bank lagi. Banyak buang masa dengan duit lagi, parking lagi, ah takpelah memang ada cas banyak juga tuh.
Tidak digalakkan letak banyak-banyak dalam satu blog. Kalau boleh fokus satu dua jer dalam satu blog, jangan jadi macam zikrihusaini.com. Pening banyak sangat iklan. Haha. Tak salah, tapi kalau boleh manage iklan itu dengan baik, sedap mata memandang.
Bila banyak sangat iklan, loading blog akan jadi lambat dan rank untuk seo akan jadi kurang. So kita nak dapat SEO dalam page pertama mungkin akan susah kecuali tiada persaingan lah kan. Untuk permulaan, letak satu sahaja. Kalau nak fokus nuffnang, letak nuffnang dulu.
Daftar mobicow dibawah.
Dan macam-macam lagi. haha.
Tapi bagi yang sudah tahap level power, biasanya blogger tak letak iklan third party macam ini dah. Dia lebih kepada produk sendiri jer. Itu memang dah income tahap ratus ribu riban. Dia lebih mementingkan kualiti dan keselesaan pembaca itu senMdiri. Dia lebih kepada menjual barang yang lagi mahal. Ebooklah lebih sesuai.
Bukti income. Adalah sikit2 nih.
Bivertiser, pops ads, Shorte,st, revenuehits.com, mobicow. Campur lah, tapi tak konsisten.
Adsense. boleh tahan konsisten setiap bulan . berapa tuh rahsialah. Takut lhdn cari pulak. Innity pun boleh tahan jugak, tapi dalam myr tuh yang rasa macam tak ok, tapi oklah dari takda kan.
Pengiklanan sendiri.
Ini memang biasa ada orang buat punya, dulu aku pun rajin, tapi melihat agak malas, aku jarang letak untuk sesiapa iklan. Kalau nak orang beriklan dengan kita, biasa ada traffic yang tinggi dan dilihat produk yang dia nak letak tuh dalam blog kita sama niche dan kebarangkalian dia nak beli sangat tinggi. Biasa kadang-kadang pihak pengikalanan nak mintak kita punya pageviews dalam sebulan-3 bulan gitulah. Ini paling cepat kita dapat incomenya.
Servis/Review.
Servis ini aku jarang dapat, sebab malas. Biasa yang rajin-rajin dapat servis ini ialah berkaitan dengan kita tulis artikel promote barang dari sesebuah company. Aku pernah dapat banyak juga company luar, dia suruh buat artikel tentang produk, atau servis. Contoh servis yang aku dapat ialah, kena buat entri pasal produk TM, third party. Berapa bayaran kita dapat tuh, sendiri mahu buat resume cantik, berapa pageviews korang sebulan, alexa , page rank ke, ikut kesesuaian. Berapa korang sanggup bayar untuk. Bagi aku, kalau kawan-kawan masa mula-mula nak dapat job tuh, free lah, belanja makan dulu ker , lepas tuh bila dah dapat banyak review job. Boleh jadikan ianya satu testimonial.
Kalau nak rajin dapat job, kena ramai kenalan, kena ada nama macam budiey lebih kepada artis hiburan. Ada ramai sebenarnya, broframestone, hazman fazdil. dan sebagainya. Korang dapat job review untuk sesebuah restoran baru atau lama contohnya, dibawah ikut deal korang dengan pemilik syarikat tuhla. Biasa banyak job-job event luar nih biasa di kuala lumpur.
Biasa nuffnang ada job review nih. Korang kena rajin tengok dekat email yang dia hantar, dan juga selalu hantar emailah apa-apa yang boleh korang buat ker. haha, kira bodek lah.
Kontest.
Dekat malaysia, industri blogger dilihat boleh tahan banyak kontest dibuat. Sebab tuh kena rajin blogwalking tengok-tengok ada rakan blogger buat contest apa yang dianjurkan. Biasa yang selalu ada contest ialah contest SEO, giveaway dan lucky draw, dan macam-macam lagilah. Orang malaysia negara kita memang murah rezeki. Amin. Semua diaorang buat contest itu adalah nak kasi branding dan win-win situation sebenarnya. Rajin-rajinkanlah join kontest seperti macam itu. Tak menang pun takpe yang penting, kita diantara rakan blogger kita nanti diantara rakan blogger yang dilihat sporting .
Penulis dulu rajin juga nak join-join. Sekarang dah susah sikit. Waktu sangat singkat, kepala pun asik tepu jer. Bila nak tulis dah lupa apa idea yang tulis masa nak join kontest. Sebabnya ianya memerlukan masa dan strategi untuk menang nih bukan senang, kita sebagai contestant nak cari yang kelaianan gitu. Takkan nak sama jer. Copy paste lagi jadi isu besar dalam blogging nih.
Jual barang, servis.
Ini blog yang terus direct buat jual. Yang penting ialah kita sudah ada produk/servis yang hendak dijual. Ini kalau betul-betul serius memang masyuk. Lagi-lagi kita punya blog mesra seo, dapat first page. Memang orang berpusu-pusu untuk dapatkan barang yang kita jual tuh. Biasanya barang-barang yang kita jual/servis contohnya ialah homestay dikawasan yang memang orang selalu pergi dan cari. Itu memang lubuk duitlah jawabnya.
Memanglah sekarang zaman facebook, kita nak cari pelanggan dari facebook mungkin ada senang juga, tetapi kos pengiklanan facebok sekarang sudah mula naik. Kuasa google boleh membantu banyak dalam perniagaan kita untuk meningkatkan sales. Dalam blog, kita boleh jual rumah ke, jual barang panas, drone ker, gasing ke, itu semua kreativiti kita nak jual / servis apa dalam blogging. Konsep blogging ini sebenarnya terlalu luas untuk kita cari dan kaji.
Affiliate.
Boleh pergi jauh sebenarnya dengan affialiate nih, sebab komisen dalam lebih kurang 20percent sampai 70 percent dari jualan yang kita dapat tuh. Itu bergantung kepada pihak penerbitlah nak bagi berapa percent tuh. Lagi banyak kalau main affiliate antarabangsa, lagi untung sebab kita dapat USD. Tapi kenalah tulis dalam bahasa English, tak pandai dalam english jangan risau sebenarnya banyak produk malaysia, yang membuat affilate program untuk memudahkan sales, so kita sebagai affiliate hanya tinggal mempromotekan link produk yang sudah sedia ada, contohnya ebook. Sebelum itu, kita sebagai penulis blog kena buat satu entri contohnya ialah panduan main saham. So disini sebagai penulis, kena tahu buat research yang mendapat, kena dapatkan skills copywriting yang cukup berpengaruh dalam kasi cari buat pembaca terus segera beli produk itu.
Kita tak payah nak susah simpan stock , atau kena cari stock baru. Kita hanya promosikan produk itu melalui penulisan atau letak banner di blog. Biasa lagi sesuai untuk affilate nih kita letak di blog niche yang betul-betul berkaitan dengan barang yang nak dijual tuh.
Di Malaysia, affiliate tempatan adalah seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti Amazon.com, Clickbank.com dan lain-lain semuanya dah jadi sinonim dalam market malaysia nih. Namun,untuk buat duit dengan blog melalui affiliate,anda perlu menguasai ilmu pemasaran kerana ia dapat membantu anda untuk mempromosikan sesuatu produk nanti.
Daftar klikjer disini.
Punca Gagal Buat Duit Dengan Blog
Kenapa gagal ? dalam blogging .
Aku tengok masa awal-awal dulu ramai blogging yang buat, masa zaman nuffnang tengah hot. Lepas tuh dah senyap semula. Kalau tengok puncanya nih, biasalah kita manusia selalu mengharapkan nak result yang cepat jer. Blogging ini jangka masa yang panjang sebenarnya. Kena ada kesabaran dan ada perancangan yang betul-betul. Kalau boleh kita buat satu team blogging yang mantap. Buat group wassap ke macam mana.
4 sebab utama
-
Cepat putus asa
-
Nak cari jalan yang cepat untuk berjaya
-
Tiada Pelan perancangan yang jelas
-
Salah pilih produk dalam affialiate
1. Cepat Berputus Asa
Terdapat sesetengah orang yang baru bermula menceburi bidang ‘blogging’ ini,tetapi telah mengundur diri lebih awal kononnya dengan alasan tiada kemahiran untuk menulis atau membina blog yang baik. Sebenarnya untuk berjaya, anda perlulah melalui pelbagai halangan dan dugaan untuk diatasi. Jika anda tidak tahu melakukan sesuatu perkara, anda bolehlah mendapatkan bantuan daripada yang pakar dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk mencuba dan bertanya.
Boleh tanya kepada aku, kalau ada apa yang tak berapa nak paham dan mahu jadi blogger yang disegani macam aku. hahah poyonya.
2. Mahu Cara Yang Cepat Dan Mudah Untuk Berjaya
Sebenarnya untuk buat duit dengan blog ini,anda perlu sabar menunggu hasilnya kerana bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blog ini.Bukan sehari dua jer terus dapat, kena sabar. Bulan-bulan pun belum tentu. Aku penulis blog yang entah apa-apa jer kadang-kadang cerita mengarut je banyak drama, makan tahun baru boleh dapat pulangan setiap bulan.
3. Tiada Perancangan
Kebanyakkan orang yang mahu buat duit dengan blog tanpa mempunyai pelan yang betul dan sistematik. Mereka mempunyai banyak idea yang hendak dilaksanakan, tetapi tiada sistem yang akan mereka ikuti.
Kalau masa mula-mula blogging , tak banyak post, memang orang tak ramai akan datang ke blog kita. So, untuk permulaan, buatlah entri yang mantap sesuai dengan penulisan kita. Ini kita nak expect dapat 100 usd sebulan, tapi update blog pun tidak macam mana nak dapat? Cakap tak serupa bikit. Contoh lain nak buat ebook, tapi tak buat-buat, so korang kena tetapkan masa deadline, target satu hari berapa helai. Dah siap mintak sapa-sapa review ebook yang korang buat.
4. Salah pilih Produk Affiliate
Salah satu sebab anda tidak berjaya buat duit dengan blog adalah kerana anda memilih produk affiliate yang betul untuk blog anda. Contoh dalam produk yang korang nak promote ialah pasal memancing, tiba-tiba korang promote pasal panduan kebahagian rumah tangga? apa cerita? Dah salah tajuk, mana orang nak beli!! Jangan salah pilih produk affiliate yang tidak ada kaitan dengan produk anda.
Tambahan: Buat duit dengan jual servis di blog
Anda juga boleh menjual servis anda melalui blog.
Tunjukkan hasil kerja anda. Beritahu kepada dunia apa yang anda lakukan supaya dunia ni taklah tak tahu kebolehan sebenar anda. Kebanyakan daripada hasil kerja selalunya tidak menjadi mesin duit untuk tuannya kerana disorok.
Beritahu apa yang anda boleh buat melalui blog anda.
- Apa servis yang boleh anda tawarkan.
- Pandai buat video? Pandai buat animasi? Buat banner?
- Buatlah blog yang boleh anda ceritakan mengenainya!
- Jangan takut, malu untuk keluar dari kepompong (apa aku tulis nih) . Apa jenis barang lu boleh jual , lu jual jer.
- Kena buat sesuatu kalau nak dapatkan sesuatu.
- Tunjukkan bakat anda dengan menunjukkan apa yang anda boleh buat. Bakat nyanyi ke apa. Smule, haha. Bukan bakat nih, bakat lain lah.
- Letakkan testimoni hasil kerja anda di dalam blog. Biar orang datang dan biar dia kagum dengan hasil kerja anda. Letak di bahagian page.
JUAL BLOG.
Ini kalau pandailah, boleh dah jual blog di laman flippa. Boleh untung ratus ribu dollar kalau pandai caranya. Biasa jual blog ini nama domainnnya cantik dan pendek , ringkas dan page rank yang tinggi memang ada market value dalam flippa.com. Kalau nak jual blog, kasi blog itu nilainya dah sampai berjuta-juta. Lepas tuh jual jerla. Try buat blog baru pulak, niche lain. huhu .
Nak tambah lagi ilmu?
Korang kena laburkan duit sedikit untuk dapatkan ilmu dalam dunia blogging. Jangan takut rugi untuk dapatkan panduan seperti ini, sebelum harga dia naik. Sebab ilmu yang diajarkan nih bukan senang nak dapat kat google. Dapatkan disini dan bagi pakej wordpress disini
bersambung…
menarik. tapi 1st time saya datang ke blog encik. waaaaahhh banyaknya
takda yang menarik pun..
Nice idea to gain money from blog
Terbaik bosku..
Thank you for sharing;)