Ketua jurulatih Vietnam , Park Hang-seo tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata selepas menyaksikan pasukannya tersingkir dari saingan Piala AFF Suzuki 2020. Naga emas akhirnya tersungkur pada perlawanan kali ini. Malam tadi gagal mengutip sebarang gol , baik vietnam mahupun thailand. Thailand pun main hati-hati. Lebih kepada bertahan ,ada juga menyerang tetapi kurang tajam. Mereka tak lebih pressure nak cari gol.
Vietnam gagal menembusi benteng pertahanan Thailand pada separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Nasional semalam sekaligus agregat 2-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
SIDANG MEDIA, PAK HANG SEO KUNCI MULUT.
Pada sidang media selepas perlawanan, Hang-seo nyata tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata dan beliau juga enggan menjawab soalan berkenaan masa depannya sebagai ketua jurulatih Vietnam.
“Ketua jurulatih kepada pasukan yang kalah tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak tahu untuk bercakap buat masa ini.
“Rancangan mengenai masa hadapan saya masih belum fikirkan. Sebagai ketua jurulatih dalam saingan edisi kali ini, saya tidak harus mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” kata Park Hang-seo.
Pada perlawanan separuh akhir kedua semalam, kalau kita tengok Vietnam melancarkan gerakan serangan sejak minit pertama permainan namun benteng pertahanan yang diisi oleh Manuel Tom Bihr dan Kritsada Kaman berjaya menyekat gerakan yang dilancarkan oleh barisan serangan Naga Emas itu.
Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai menjadi pemain paling berbahaya buat skuad Gajah Perang dimana pemain itu mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh penjaga gol lawan iaitu Chatchai Bootprom dan penjaga gol gantian, Siwarak Tedsungnoen.
Keputusan 0-0 menyaksikan Thailand mara ke perlawanan akhir dan bakal bertemu pada 29 Disember hari rabu minggu ini dan 1 Januari sabtu minggu ini juga nanti dan perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Singapura. harap padang rumput sempat dirawat. Itu hari main dah macam apa padangnya.
PERTEMUAN SEMULA , LAST PADA 2016.
Kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan akhir saingan edisi 2016 dimana Thailand berjaya memenangi perlawanan dengan agregat 3-2 sekaligus memenangi trofi kelima mereka dalam sejarah saingan.
Indonesia tampil cemerlang lebih dahulu apabila memenangi perlawanan akhir pertama dengan keputusan 2-1 namun Thailand berjaya bangkit pada aksi akhir kedua dengan memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.
credit to bolasport.com
Leave a Reply