Syukran. Tahniah buat pasukan pahang yang telah mempertahankan piala malaysia buat kali kedua untuk edisi 2014. Ternyata permainan yang dipamerkan ternyata bermain dengan bersungguh-sungguh malam tadi.
Pahang bermain 10 orang beb!
Keadaan jadi kecoh apabila poyeng dilayangkan kad merah. Namun morale dan pengalaman yang ditunjukkan pahang ternyata pahang di kelas yang tersendiri. Memang hebat dan pantas pahang membuat pertukaran strategi.
Ulasan perlawanan penuh:
Dari awal minit ke 10, pahang terus mengasak membuat serangan bertali arus. Larian panas gopi memang mengucar-kacirkan pertahanan jdt. Gol pertama dari pahang melalui sepakan percuma oleh azidan. Dickson yang tidak dijaga dengan kemas, dengan cepat menampan bola itu masuk ke dalam gawang. Al hafiz tak sempat buat apa. Pahang didepan.
Jdt mengatur serangan.
Dalam mengatur mencari gol penyamaan, beberapa siri percubaan tak berhasil. Namun, pada minit ke 31, diaz menyamakan kedudukan hasil dari hantaran jauh oleh safiq, kemudian luciano menahan bola itu dari out. Amri ada peluang, tetapi kena pemain defend, lantas diaz pantas membuat sepakan kencang ke sebelah kanan dan goll. Jdt 1-1 pahang.
Jdt didepan!!!
Mungkin kapten pahang tak jangka bola tuh. Dah terkena tangan. Penalti pulak. Nak buat macam mana, memang gol lah kalau luciano figueroa. Jdt 2-1 pahang.
Pahang rileks je dalam separuh masa pertama. Separuh masa kedua semakin panas, banyak serangan dibuat dari pahang dan jdt. Keadaan jadi tegang apabila poyeng dilayangkan kad merah. Mungkin poyeng tumbuk perut amri tak seberapa pun, tapi disebabkan ia perlakuan yang tak profesional ia tak wajar patutnya.
Pahang menyamakan kedudukan.
Duk tengah kalut nak sepakan sudut dari pahang, pertahanan jdt teruk tidak mengawal ketat dua pemain awang hitam. Damian steward dah didepan, terus bagi ke dickson. Dengan mudah dickson menyudahkan gol itu. Pahang kembali bernyawa!! 2-2.
Dalam pasa itu, diaz banyak peluang terhidang, disia-siakan begitu sahaja. Boleh pulak terkena tiang. Dua kali kalau tak silap. Memang takda luck malam nih buat jdt.
Mengheret ke masa tambahan.
Pahang menukar strategi memasukkan zesh rehman dan mengeluarkan matias conti. Untuk bermain defend. 5-3-1. Sekali sekala ada peluang tapi sayang tak cukup orang.
Jdt pun sama, memasukkan matyo, ganti amri kalau tak silap. Amirul hadi masuk ganti sapa ek. Harris harun masuk ganti marcos antonio.
Apepun tak berhasil, sebab pemain dah penat. Keadaan padang yang semakin teruk. Kenapa padang bukit jalil tak berapa bagus, walaupun dah renovate tuh. Banyak cost beb.
Penalti!!!
Penentuan penalti mendebarkan. Aku malas nak taip lah sebab ada seorang pemain pahang aku tak ingat namanya. Yang pasti semua gol, kecuali matyo tak gol. Dan hafiz kamal menjadi penyelamat terakhir menyempurnakan sepakan terakhir pahang mengesahkan kejuaraan piala malaysia 2014.
Faktor kemenangan pahang:
Pengalaman, keserasian, morale yang tinggi dan juga skill individu yang baik dari dickson.
Pahang lawan pdrm 10 orang jugak, mampu gol penyamaan. Pasal keserasian, memang ada good teamwork. Dari segi morale memang bagus walaupun dah main 10 orang, tetap ada semangat untuk kejar cari gol penyamaan. Konsisten dan percaturan strategi dari zainal abidin ianya memang patut dipuji. Nasib pun ada jugakla, sebab jdt ada banyak peluang terhidang disia-siakan.
Tahniah pahang !!!
Hogoh pahang hogoh!!
Tahniah juga buat jdt, sebab bagi tentangan yang cukup baik, buat pahang sebagai penyandang juara. Sikit jer lagi. Kalau ikutkan memang ada pro and cons dia. Terima kasih buat jdt kerana telah menghidupkan kemeriahan bolasepak negara ditahap yang membanggakan.
Pemain tempatan kena belajar sesuatu dari pemain import ini. Jangan jadi macam liga epl. Meriah, liputan seluruh dunia. Tapi bila untuk negara england?? Krik krik krik.
Cuma yang tang keyboard warrior memang tak dapat dielakkan. Ada jer yang iri hati. Itu biasalah standard. Huhu.
Majulah sukan untuk negara!!
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
titan says
pahang ni..kalau bab-bab comeback..memang selalu menjadi.
tahniah pada pahang.
Buat Mat Yo.
Hang sabar ajelah. Berlatih lagi sepakan penalti hari-hari ye.