Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Live streaming jdt vs pahang liga super 8.6.2018

Live streaming jdt vs pahang liga super 8.6.2018

Zik · Jun 8, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Perlawanan liga super yang sudah bertangguh untuk sekian lama. Inilah perlawanan yang dikatakan el classico barangkali. Mampukah skuad jdt menyekat kemaraan tok gajah yang mahu mengurangkan defisit mata jdt dalam mengejar kejayaan liga super 2018. Biarpun agak jauh jdt meningalkan pasukan-pasukan yang lain.

JDT dengan 32 mata, diikut mengejar di tangga kedua iaitu pahang dengan 24 mata. Biarpun jdt dengan kelebihan 8 mata. Ianya bukan satu jaminan untuk jdt beroleh kejayaan dengan mudah malam ini.

Ikuti kata farizal marlias..

Persiapan bertemu pasukan Pahang pada malam ini berjalan lancar. Pada saya, para pemain telah memberikan komitmen yang begitu baik ketika sesi latihan. Oleh itu kami berharap agar kami dapat menterjemahkan segala taktikal yang dirancangkan dalam perlawanan sebenar nanti. Apa yang penting adalah konsistensi dan komitmen setiap pemain tidak kira di dalam atau pun di luar padang.

Sudah pastinya kemenangan yang kami cari, tidak kira perlawanan menentang pasukan apa sekalipun. Tidak kira siapa antara kami yang diberi kepercayaan sebagai penjaga gol, kami perlu memberikan satu persembahan yang dapat membantu pasukan. Sesiapa sahaja yang diberi peluang dalam kesebelasan utama harus memberikan yang terbaik. 

Kejayaan dan kemenangan tidak datang dari hasil kerja individu, kerana bola sepak terbentuk dari satu pasukan, oleh itu apa sahaja keputusan kami sebagai satu pasukan harus sama-sama menerimanya. Kami juga sedar bahawa perlawanan malam ini merupakan perlawanan yang penting. Oleh itu kami perlu memastikan mental dan fizikal berada dalam keadaan terbaik.

Saya juga berharap semua penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dapat memenuhi setiap penjuru stadium dan memberikan sokongan kepada kami. Kami amat memerlukan sokongan anda kerana tanpa anda siapalah kami. Tidak kira menang atau kalah, kita perlu sentiasa bersama. Saya harap semua penyokong dapat hadirkan diri.

See also  Salah sambut ramadhan cara berbeza.

Farizal Marlias, Penjaga Gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Perkhidmatan bas shuttle seperti biasa. 

PERKHIDMATAN BAS ‘SHUTTLE’ PERCUMA UNTUK MENYAKSIKAN PERLAWANAN JDT DI STADIUM LARKIN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bagi kemudahan para penyokong Harimau Selatan pada hari perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Para penyokong boleh menaikinya di hentian yang dinyatakan seperti berikut;

• Taman Tasek Merdeka
• Perpustakaan Awam Larkin
• Larkin Sentral (Pasar Awam Larkin)
• Perhentian Bas Stadium Larkin

Perkhidmatan bas ‘shuttle’ ini akan bermula dari jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Ia akan disambung semula pada jam 11.30 malam sehingga 1.30 pagi. Perkhidmatan ini diadakan bagi menangani masalah tempat letak kenderaan.

Apa kata coach Raul perlawanan malam ini??

Persiapan bertemu pasukan Pahang berada dalam keadaan terbaik. Kami memiliki peluang terbaik untuk memenangi perlawanan pada malam ini. Tiga mata kemenangan ini amat penting bagi kami kerana kami tahu perlawanan bertemu pasukan Pahang di tempat lawan akan menjadi perlawanan yang sukar.

Kami tewas ketika perlawanan bertemu Pahang sebelum ini, bagi saya ia hanyalah satu insiden kerana sebelum perlawanan bermula hujan telah turun dengan amat lebat sehingga kami melakukan beberapa kesilapan sepanjang perlawanan. Namun saya tahu bahawa kesilapan dalam padang adalah perkara yang normal dalam bola sepak.

Saya yakin malam ini akan menjadi perlawanan yang berbeza. Para pemain juga berada dalam keadaan terbaik, itu yang penting bagi kami. Saya turut berharap agar kami mendapat sokongan sebaiknya daripada para penyokong. Para pemain amat memerlukan anda semua bagi menaikkan semangat mereka.

See also  Jdt vs pahang piala sumbangsih 2015

Rekod  5 perlawanan jdt setakat ini.

Last matches: JOHOR DT
02.06.18SLJohor DTPerak2 : 0
27.05.18SLPKNS FCJohor DT0 : 0
23.05.18SLJohor DTNegeri Sembilan2 : 0
12.05.18SLSelangorJohor DT2 : 2
05.05.18SLNegeri SembilanJohor DT0 : 4

2 seri 3 menang. Nampak macam sudah berada di kedudukan yang baik. Seri dengan team hebat atau kurang hebat. Mungkin ada satu petanda bahawa jdt mungkin dalam keadaan yang sangat bahaya.

Last matches: PAHANG
02.06.18SLPKNPPahang1 : 2
25.05.18SLPahangKuala Lumpur4 : 0
22.05.18SLKedahPahang2 : 0
11.05.18SLPahangTerengganu0 : 1
05.05.18SLPahangKedah2 : 2

Pahang dengan rekod 2 kalah, seri sekali dan 2 menang , sukar juga untuk mengukur kehebatan pasukan. Hanya pasukan pahang sahaja yang mampu menewaskan jdt, untuk musim kali ini. eh lupa pasukan kualal lumpur pun menang tipis dengan jdt 1-0 di perlawanan liga super awal tahun yang baru ini jer.

Rekod pertemuan.

Head-to-head matches: JOHOR DT – PAHANG
20.04.18FACJohor DTPahang0 : 3
06.04.18FACPahangJohor DT0 : 0
11.07.17SLPahangJohor DT0 : 2
23.04.17FACJohor DTPahang2 : 1
01.04.17FACPahangJohor DT3 : 1

JDT menang dua kali, Pahang menang 2 kali. seri sekali. Kalau ikut rekod terkini, pahang berjaya tewaskan jdt 3-0 beb. Kali ini pastinya sukar untuk jdt mencari tiga mata penuh perlawanan malam ini di stadium larkin malam ini.

tunggu live… kita akan update.. kalau tiba2 live stop, tekan f5 kita akan update… cari live yang lain ok..

Share this on WhatsApp

Related Posts:

  • liga super.
    Live streaming Pahang Vs Selangor liga super 5.5.2021
  • liga super.
    Live streaming Kedah vs Sri Pahang fc 2.4.2021
  • liga super.
    LIVE STREAMING UITM VS SRI PAHANG 12.9.2021
  • liga super ,
    Live streaming pknp vs pahang liga super 2.3.2019
  • logo liga super, liga super,
    Live streaming jdt vs FELDA United 5.4.2019
  • liga super.
    Live streaming kedah vs pahang liga super 14.6.2019

Sukan jdt vs pahang, live online jdt vs pahang 8 jun 2018, live streaming jdt vs pahang liga super 8 jun 2018, Live streaming jdt vs pahang liga super 8.6.2018, live streaming liga super jdt vs pahang 8 jun 2018, live streaming liga super jdt vs pahang 8.6.2018, siaran langsung jdt vs pahang 8.6.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.