Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Zik · Oct 14, 2019 · 9 Comments

Share this on WhatsApp

Semak kelayakan PSP secara online.

PUTRAJAYA: Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari beberapa hari lepas membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

[Read more…] about Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020 ONLINE

Share this on WhatsApp

Pelaksanaan teknologi 5G, jualan vape tumpuan Dawan Rakyat hari ini

Zik · Oct 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Teknologi 5G bakal dilancarkan di malaysia dalam 3 tahun akan datang, lebih kurang pertengahan tahun 2021. Kita akan ulas bagaimana kelajuan teknologi 5G , apa dan bagaimana ianya berlaku.  Naun semua ini harus dibincangkan dalam dewan parlimen. Takut apa kesannya, mungkin dari segi intipan, ataupun dari segi pangkalan data maklumat.

Kesediaan kerajaan dalam pelaksanaan teknologi jalur lebar 5G dan sama ada wujud perancangan bagi menghalang penjualan vape, bakal diketahui pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, perkara berkaitan 5G dibangkitkan pada soalan pertama sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Teh Kok Lim (PH-Taiping), yang diajukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Turut dijangka mencuri perhatian adalah soalan dari Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang meminta pendirian Kementerian Kesihatan, untuk menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan “vape” secara menyeluruh, ataupun membendung jualan bahan berkenaan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah, memandangkan bahaya bahan itu daripada aspek kesihatan.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (PH-Jerlun) yang meminta penjelasan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai negeri- negeri yang di luar “laluan pelancongan”, sama ada akan mendapat manfaat daripada Tahun Melawat Malaysia 2020.

Usai sesi tersebut, Dewan Rakyat akan menyambung pula sesi perbahasan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang berkisar kepada Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

– Bernama

 

Share this on WhatsApp

Mengukur menggunakan nombor

Zik · Oct 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ukur buku,

Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan mengunakan perlatan.

PETUNJUK

  1. Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
  2. Boleh mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor
  3. Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
  4. Menggunakan skala dan menerangkan nisbah
  5. Mengira dengan mudah
  6. Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
  7. Menggunakan alat dengan betul
  8. Mencatat bacaan dengan tepat
  9. Mencatat unit dengan betul
  10. Memilih dan menggunakan unit yang piawai
  11. Membanding masa, jarak, luas dan isipadu dengan unit yang berkaitan
  12. Menentukan kejituan ukuran tertentu

 

Peralatan yang biasa digunakan untuk mengukur suatu kuantiti dinyatakan dalam jadual di bawah.

Kuantiti          Peralatan
Panjang         Pembaris, benang
Isi Padu         Cawan, silinder penyukat
Masa             Jam, Jam randik
Jisim              Neraca

 

Rajah dibawah menunjukkan cara mengukur panjang sebuah buku dengan menggunakan sebatang pembaris.

ukur buku,

Pembaris digunakan kerana sisi buku yang lurus. Semasa mengukur, hujung pembaris bertanda sifar mestilah selari dengan satu hujung buku. Barulah tepat kiraan ukur buku.

Mengukur & menggunakan nombor adalah pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Bagi aktiviti ini saya menggunakan pelbagai alat spt neraca tiga palang, neraca digital, penimbang & pengukur badan, pita pengukur, neraca Newton, neraca spring, angkup Vernier, pembaris, silinder penyukat, termometer dll. Saya mahu setiap murid mendapat pengalaman menggunakan alat ini. Seterusnya murid mengisi jadual setelah mendapatkan data.

ParameterNilai ukuranUnitAlat ukuran
Tinggi saya
Jisim saya
Ukur lilit pinggang
Jisim tepung Neraca tiga palang
Tinggi doh awal
Isipadu air
Berat pemberat Neraca Newton
Jisim pemberat Neraca spring
Jumlah yis
Lebar fail
Panjang meja makmal
Diameter pensel
Suhu badan saya

 

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 796
  • Page 797
  • Page 798
  • Page 799
  • Page 800
  • Interim pages omitted …
  • Page 2165
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.