Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Live streaming Selangor vs JDT Piala Malaysia 26.10.2019

Live streaming Selangor vs JDT Piala Malaysia 26.10.2019

Zik · Oct 26, 2019 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Perlawanan piala malaysia sudah sampai separuh akhir kedua diantara pasukan SELANGOR VS JDT di stadium Shah Alam Selangor . Perlawanan El Clasico di Stadium Shah Alam menjadi medan pertempuran yang tidak boleh dielakkan. Stadium yang memuatkan lebih kurang 80 ribu. Beberapa hari lepas dikatakan tiket telah terjual lebih kurang 50 ribu . Maknanya ada lagi lebih kurang 20 ribu lebih lagi.  Kita tak pasti berapa kuota untuk penyokong jdt pula.

AGGREGATE :

JDT 2-1 SELANGOR

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN LIVESCORE :

Perjalanan JDT sebelum mara ke separuh akhir. Dalam peringkat kumpulan, B , JDT yang bersama dengan pasukan UITM, PKNP dan Petaling Jaya. Tak susah peringkat kumpulan. Tiada kekalahan dicatatkan cuma satu kali seri. Hanya pasukan PKNP yang berjaya mengikat kedudukan pasukan jdt.

Suku akhir.

JDT teruskan perjuangan tanpa toleh kebelakang. Menang di larkin membawa bekalan yang sedikit 1-0. Kemudian bertandang ke stadium Kuala Terengganu menang besar 4-1 untuk meneruskan perjuangan ke separuh akhir. Separuh pertama pada minggu lepas kita menang juga dengan bekalan yang tampak tipis 2-1. Biarpun masih mendahului. Kita tak tahu bagaimana tekanan kali ini ditempat lawan, dan kelebihan buat pasukan selangor ada satu gol pelawat. Selangor hanya perlu menang 1-0 untuk mara ke final. 2-1 untuk mengheret ke masa tambahan dan penalti. Atau perlu menang besar. Yang penting memerlukan kemenangan di stadium Shah Alam hari ini.

Baca juga: P sathianathan mahu buat magis sekali lagi di Shah Alam.

Seperti di suku akhir Selangor yang pada perlawanan pertama tewas 0-1 di perak. Kemudian di gelanggang keramat mereka, Selangor bangkit menang 3-1 mengecewakan penyandang juara piala malaysia 2018.  Adakah kejayaan selangor menempa misi ke 34 piala akan dihash tag dimedia sosial setelah menewaskan jdt malam ini di stadium mereka?

Pastinya ramai penyokong selangor akan berkampung di sini malam ini nanti. Dan tiket kebarangkalian akan sold out , laku habis macam jual pisang goreng.  Inilah satu fenomena bola sepak di peringkat separuh akhir mendapat sambutang yang menggalakkan. Lagi-lagi bila bertemu dengan pasukan jdt. Semangat dan motivasi pemain untuk menewaskan jdt adalah satu luar biasa yang jarang berlaku.

 

Masih ada 90 minit lagi untuk berjuang.

Sembilan puluh minit lagi! Sembilan puluh minit itu akan menjadi saksi! Sejauh manakah perjuangan ini? Adakah pentas akhir berjaya kita jejaki?

Hanya tinggal beberapa hari perlawanan separuh akhir kedua antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor akan berlangsung. Dua puluh enam haribulan sepuluh, di Stadium Shah Alam Harimau Selatan bakal bertarung.

“Provokasi menghimpit situasi?”

Di situasi terkini, gendang laman media sosial telah mula bertalu-talu kedengaran. Nama Harimau Selatan setiap hari meniti menjadi zikir tajuk perbincangan. Kerana tersedar tanpa tajuk JDT, berita mereka sejuk beku dan tidak laku, maka tiap-tiap hari otak diperah mencipta manipulasi segala isu yang terbaharu. Etika dan tertib tatabahasa mereka kunci dalam kubus, asalkan sifat kebencian satu Malaya tersebar virus.

Namun realitinya, situasi ini tidak berkesan untuk dijadikan senjata ampuh agar melihat Harimau Selatan tertekan, kerana bertahun-tahun terjadi hingga ianya sebati menjadi kebiasaan.

“Kunci perjuangan”

Konsintensi dalam aksi menjadi formula ampuh ketika bermula konkurensi, kerana misi meneruskan kemaraan menjadi tanda aras implementasi aspirasi. Apa sahaja perancangan rahsia sang gergasi, kita hadapi dengan tingginya efikasi.

Katakan sahaja apa rintangan, dengan berani seluruh pasukan meneruskan perjalanan. Terbelenggu lautan merah kuning ketika pertembungan? Kita pastikan Merah Biru kekal mendominasi perlawanan. Tiga puluh tiga kali juara dalam reputasi? Kita pastikan mereka berakhir dengan penuh tribulasi.

“Gentar? Gusar? Berdebar?”

Kita tidak perlu gentar dan gusar dengan atmosfera gelanggang lawan, kerana itu bukan masalah besar yang perlu dirisaukan. Penyokong Harimau Selatan begitu ramai di sekitar negeri Selangor dan Lembah Kelang. Ditambah pula dengan kehadiran beribu lagi warga Ujong Tanah yang mengintai tempat dan ruang.

Stadium berkapasiti besar yang dahulunya sering sunyi kurang tetamu, dijanjikan akan meriah apabila tiba waktu bersama JDT mereka bertemu.

Malahan penyokong Harimau Selatan pastinya akan bersama-sama setia menemani sepanjang perjuangan. Gelombang Sorakan Larkin tetap sama-sama dibawa ke gelanggang lawan.

Lautan merah kuning akan ditenggelamkan. Di sana kelak kuasa Johor akan cuba sedaya upaya diluaskan.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang bertarung, jangan dibiarkan langkah ini terhenti di tengah jalan!

Akhir kalam, biar mereka berkata bahawa kita bukan pilihan, biar mereka kata kita akan menghadapi kesukaran. Sedikit pun tidak kita akan berganjak keyakinan menjejaskan kepercayaan. Lihatlah nanti, besarnya gergasi akan kita jadikan sebesar kuman.

“Kita tidak gentar ketakutan kerana kita adalah ketakutan”

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel: Media JST

Apa kata jurulatih Selangor ??

Mental kena kuat — Sathianathan

Jurulatih Selangor B. Sathianathan, mahu barisan pemainnya turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kekuatan mental yang jitu agar tidak berputih mata dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Larkin malam ini.

Enggan berbicara mengenai faktor luaran yang mungkin meragut peluang meraih keputusan positif, bekas jurulatih negara itu percaya hanya keyakinan tinggi mampu memastikan mereka pulang dengan senyuman.

“Inilah peluang pemain-pemain Selangor membuktikan kemampuan mereka. Kekuatan mental pemain akan diuji dan saya berharap mereka akan menonjol dan menampilkan persembahan yang terbaik,” katanya.

Jurulatih berusia 61 tahun itu dijangka melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utamanya apabila mereka kembali diperkuatkan perancang tengah, Sandro Da Silva yang sebelum ini terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.

Apa kata jurulatih Benjamin Mora.??

Mora berahsia status Diogo

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, membayangkan kejutan apabila mengambil pendekatan berahsia mengenai status sebenar penyerang utamanya, Diogo Luis Santo, menjelang perlawanan menentang Selangor dalam separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok.

Walaupun Diogo menyertai kunjungan ke Shah Alam, Mora seakan-akan merahsiakan status kecergasan sebenar pemain itu dengan menjelaskan tiada sebarang jaminan untuk ayam tambatannya itu diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Diogo baik-baik sahaja, dia telah mula berlatih bersama pasukan.

“Jika segala-galanya berjalan lancar, dia mungkin berpeluang untuk beraksi.

“Kita perlu menunggu dan melihat apa yang akan terjadi,” katanya.

Nampaknya adakah ini hanya gimik dari beliau atau mahu atur strategi yang lain untuk menewaskan pasukan tempat lawan, selangor bukan sesuatu yang mudah di stadium shah alam.

Syazwan: Jentera serangan Selangor perlu peka

Pemain sayap Selangor, Syazwan Zainon, mengakui jentera serangan The Red Giants perlu memainkan peranan besar dalam membantu misi wajib menang ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, esok.

Selangor tetap berdepan tugas sukar untuk aksi timbal balik di laman sendiri walaupun mempunyai kelebihan satu gol tempat lawan.

Ini berdasarkan aksi tidak konsisten bahagian pertahanan apabila dibolosi dalam semua empat perlawanan di laman sendiri.

Malah, juara 33 kali Piala Malaysia itu turut melakar hanya satu kemenangan daripada empat perlawanan di Stadium Shah Alam.

Lantas, Syazwan mengakui harus memainkan tanggungjawab dengan berkesan untuk memastikan keputusan positif buat Selangor.

“Sukar untuk menjangka keputusan perlawanan bola sepak. Saya berasakan jentera serangan yang dibarisi oleh Ifedayo Olusegun dan Sandro Da Silva harus berusaha mencari gol,” katanya.

Bekas pemain Kedah itu, bagaimanapun, memikul tugas berat di Shah Alam apabila sekali lagi terpaksa berdepan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Mengkui pertahanan JDT itu sukar untuk diatasi, Syazwan kini menagih semangat berpasukan untuk misi merobek gawang Harimau Selatan itu.

“Liga Super dan Piala FA sudah terlepas. Inilah peluang buat Selangor meraih kejayaan musim ini. Kami juga berdepan JDT, pasukan yang dibarisi pemain berkualiti dan tugas yang perlu dihadapi bukanlah mudah.”

Head to head perlawanan Selangor vs JDT 5 perlawanan yang lepas.
Head-to-head matches: SELANGOR – JOHOR DT
19.10.19MCJohor DTSelangor2 : 1
19.06.19SLJohor DTSelangor3 : 2
01.03.19SLSelangorJohor DT2 : 4
12.05.18SLSelangorJohor DT2 : 2
02.05.18SLJohor DTSelangor2 : 0

 

Live streaming SELANGOR VS JDT PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR KEDUA 26.10.2019
‘
Kita akan update keputusan terkini perlawanan ini ok. Tunggu ya!!

 

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan keputusan semasa selangor vs jdt piala malaysia 26., live score selangor vs jdt piala malaysia separuh akhir kedua 26.10.2019, live streaming jdt vs selangor 26.10.2019, live streaming selangor vs jdt piala malaysia 2nd leg 26.10.2019, selangor vs jdt, siaran langsung selangor vs jdt piala malaysia 26.10.2019

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.