
Bermula Rabu, 18 Mac 2020, jam 6 pagi, semua pelanggan Astro boleh menikmati akses percuma kepada semua saluran filem di Astro dan Astro GO. [Read more…] about Astro Beri Akses Percuma Kepada Semua Saluran Filem, mulai 18hingga 31 mac 2020
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Zik · · Leave a Comment

Bermula Rabu, 18 Mac 2020, jam 6 pagi, semua pelanggan Astro boleh menikmati akses percuma kepada semua saluran filem di Astro dan Astro GO. [Read more…] about Astro Beri Akses Percuma Kepada Semua Saluran Filem, mulai 18hingga 31 mac 2020
Zik · · Leave a Comment

Izinkan saya bercakap sedikit berkenaan penyakit yang telah merebak, yang dikenali sebagai koronavirus yang telah jadi satu epidemik merebak seluruh dunia. Saya lihat keadaan di Malaysia dan saya nampak seolah-olah orang Malaysia tak begitu serius berkenaan tangani virus ini.
Kalau kita tak berjaga-jaga ia akan kena ribuan rakyat Malaysia dan ramai akan meninggal kerana penyakit ini. Penyakit ini luar biasa, ia disebabkan satu virus yg diberi nama corona kerana itu bentuk virus itu.
Virus ini tak pernah didapati dahulu sekarang g mudah merebak dan berjangkit. Kalau dekat dengan orang yang sakit, mungkin akan dapat jangkitan. Kalau dia tak pakai mask (topeng), dia batuk, bersin, kita mungkin dapat (jangkitan).
Sebab itu cara kita elak daripada dijangkiti kita mesti jauhkan diri daripada orang yang hidap sakit ini. Tapi orang ini mungkin tak sedar dia ada sakit ini kerana mulanya tak ada kesan sakit ini.
Mungkin suhu badan naik sedikit tapi dalam jangka masa pendek akan ada simptom lain yang mungkin membawa maut. Oleh kerana tak tahu, dekat dengan orang lain, dan mungkin orang berjangkit. Sebab itu kita perlu asingkan diri dari semua orang kerana kita tak tahu mereka sakit atau tak tapi untuk asingkan diri kadang-kadang sukar dilakukan.
Baru-baru ini (kumpulan) tabligh adakan perjumpaan gergasi, 15,000 orang berhimpun. Daripada perhimpunan ini lebih 40 orang dijangkiti koronavirus. Sebabnya dalam kumpulan begitu besar kita tidak dapat asingkan diri dari jiran, dekat dengan orang, bersalam-salam, dan agak mudah dapat penyakit ini.
Bila orang ini batuk, dekat dengan kita, kita akan dapat penyakit ini. Sebab itulah saya berpendapat ada penting kita elak kumpul ramai-ramai termasuk bila kita sembahyang berjemaah.
Bila berjemaah perlu rapatkan diri dalam saf, ini bermakna bila ada yang sakit, kita akan berjangkit. Bukanlah kita nak tolak ibadat tapi saya fikir utk menyelamatkan diri, kita perlu terima hakikat dekat dengan orang adalah suatu yang berbahaya.
Zik · · Leave a Comment

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, yang sehinggga Ahad mencecah 428 kes. Semalam sudah mencecah 500 lebih apabila ada lebih kurang 90 lebih kes dilaporkan. Hampir semua dari kes perhimpunan tabligh tuh.
Meski pun wabak terbabit diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun para saintis berjaya mengenal pasti virus berkenaan dalam tempoh dua minggu pertama penularannya dan beberapa hari kemudian ujian untuk mengesan virus itu sudah tersedia.
Senario ini memberi keyakinan kepada dunia bahawa para saintis barangkali mampu mencari formula vaksin kepada virus itu, berbanding virus-virus lain yang sebelum ini terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk dikenal pasti.
Selain itu, penularan wabak tersebut di Malaysia masih di peringkat awal dan terkawal.
[Read more…] about Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik