
Sekiranya anda masih tidak terima dan bengang terhadap arahan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin kenyataan daripada ‘mat saleh’ ini boleh memberi justifikasi yang diinginkan.
Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya pada Sabtu yang lepas.
Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.

