Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Home

Teks Khutbah aidilfitri 2020 pdf file format

Zik · May 20, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

khutbah sembahyang raya 2020

Ok Dr maza atau mufti perlis ada menyediakan khutbah aidilfitri bagi tahun ini 2020. Ya kita masih dalam pkpb lagi sampai 6 jun 2020. So ada yang tempat sudah boleh sembahyang raya di tempat qariah masing-masing tetapi ianya bersyarat.  Cuma 12 orang termasuk imam, bilal, ajk masjid.

LELAKI yang berhasrat mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di rumah dinasihatkan supaya tidak takut seandainya melakukan kesilapan bukan disengajakan ketika menunaikannya menjelang 1 Syawal nanti.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, ia kerana kesilapan kali pertama itu perkara biasa dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Menurutnya, solat sunat Aidilfitri juga memadai diadakan mengikut rukun asasnya iaitu lafaz niat, takbir sebanyak tujuh kali, bacaan Al-Fatihah diikuti surah ringkas, rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud ,sujud kali kedua dan bangkit dengan takbir untuk rakaat pertama.

Manakala, katanya, rakaat kedua diteruskan dengan takbir sebanyak lima kali, tasbih, bacaan al-Fatihah dan surah ringkas serta disudahi dengan memberi salam selepas membaca tahiyat akhir.

“Solat sunat Aidilfitri hukumnya sunat, buat boleh dan bukan berdosa jika tidak menunaikannya.

“Cuma, rasa tidak lengkap sambutan Syawal tanpa menunaikannya dan situasi berbeza kali ini apabila orang ramai perlu melakukannya di rumah dalam suasana normal baharu kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),”

Mohamed Hanafiah, 46, mengakui, perasaan gementar tentunya ada bagi mereka yang pertama kali menjadi imam, tetapi beliau mengingatkan supaya tidak takut sebaliknya niat di hati untuk belajar.

“Jika silap, mohon ampun dari Allah dan Insya-Allah, Allah ampunkan,” katanya

Mengenai khutbah selesai solat, beliau berkata, ia satu pilihan untuk dilakukan atau sebaliknya.

Namun, beliau mengesyorkan khutbah ringkas diberikan dengan mengambil tajuk berkait rapat dengan keadaan semasa.

Katanya, khutbah selepas solat Aidilfitri berbeza dengan khutbah Jumaat, ia tidak wajib dan ada baiknya seseorang itu menyampaikan khutbah biarpun ringkas.

“Memandangkan kita masih berada dalam ancaman Covid-19, khutbah dengan inti pati mengajak makmum mengingati hari kiamat adalah disyorkan.

“Ia supaya cenderung untuk bertaubat, membaiki diri untuk tidak mengulangi kesilapan lepas dan hijrah kembali kepada fitrah bersesuaian dengan makna Aidilfitri,” katanya.

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID-19 – VERSI SATU KHUTBAH E

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI DI RUMAH MUSIM PKPB COVID 19 – VERSI DUA KHUTBAH -2e

Teks khutbah Hari raya aidilfitri negeri Terengganu.

khutbah hari raya 2020

Panduan Mudah khutbah hari raya Aidilfitri 2020.

 

credit to muftiperlis.gov.my

Share this on WhatsApp

Cara bayar zakat secara online Johor 2020

Zik · May 20, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

Berikut adalah panduan untuk mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online bagi penduduk warga johor.  JDT. Senang jer sebenarnya nak bayar zakat fitrah nih. Cuma kita kena tahu cara perlaksanaan dan lafaznya kita pun buat juga ya.

Ada banyak laman web dan apps untuk kita boleh bayar zakat fitrah ini. Untuk kaedah bayaran zakat fitrah melalui  (online) atas talian, MAINJ menyediakan kemudahan seperti berikut: [Read more…] about Cara bayar zakat secara online Johor 2020

Share this on WhatsApp

Permohonan online program pinjaman pelajaran MARA ke universiti terbaik dunia 2020

Zik · May 18, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

edu mara,

Berita baik buat bumiputera yang ingin sambung pelajaran ke universiti terbaik dunia bagi tahun 2020. MARA (Majlis Amanah Rakyat) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti terbaik dunia. Program ini bertujuan melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman  web rasmi MARA iaitu http://www.mara.gov.my mulai 12 Mei sehingga 23 Mei 2020.

Takda respon dari pihak Mara, dianggap TIDAK BERJAYA

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. Sila move on kalau tak dapat, bolehlah mohon dari badan lain. Banyak lagi peluang yang ada ok.

Panduan. [Read more…] about Permohonan online program pinjaman pelajaran MARA ke universiti terbaik dunia 2020

Share this on WhatsApp
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 629
  • Page 630
  • Page 631
  • Page 632
  • Page 633
  • Interim pages omitted …
  • Page 2164
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.