
Sejak kecil lagi, kita selalu ditayangkan dengan filem-filem arahan dari pelakon dan pengarah terkenal, Allahyarham Tan Sri P.ramlee. Sukar untuk dilupakan, filem arahannya juga sentiasa mencuit hati kita, lagi-lagi kepada peminat tegar Tan Sri P.Ramlee.
Antara filem P.Ramlee yang terbaik dan best ialah Tiga Abdul. Filem ini mengisahkan tentang seorang hartawan bernama Ismet Ulam Raja yang mempunyai tiga orang anak iaitu Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Apa yang kita tahu, tiga adik beradik ni selalu bergaduh. Tapi korang tahu tak, sebenarnya filem Tiga Abdul ni nak tunjukkan suasana sebenar yang berlaku ketika khilafah Turki Uthmaniyah runtuh?
Ismet Ulam Raja tu sebenarnya P.Ramlee nak gambarkan pada kita sebagai ‘Turki Besar’ iaitu asal khilafah Uthmaniyyah. Bila Ismet meninggal dunia, itulah tandanya khalifah jatuh kemudian khilafah ni dipecahkan pulak kepada Tiga Abdul tu. [Read more…] about FILEM TIGA ABDUL DAN SEJARAH TURKI UTHMANIYAH

